Sedikit perkongsian dari penceramah Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman untuk kita hayati dan fahami dan semoga ibadah puasa kita diberkati.
Pada hemat saya,
kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh
Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama, iaitu TAQWA dan KEAMPUNAN. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183
dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan
keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang
bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat
lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta
keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun,
kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat
akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini.
Antara yang saya
maksudkan adalah :-
Makan dan minum
dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan
kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal
puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja,
merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan
apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh
as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya sel ain
kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah
hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa)
hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir
malam. Jelasnya, individu yang melakukan
amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan
oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu
sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama
pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam
Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang
diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah l ain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
Menunaikan solat
witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat
witir adalah penutup
segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith
ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir
dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk
melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan
kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu,
maka adalah lebih
elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
Tidak menunaikan
solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat
bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak
kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan
menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
Tidak
mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu
kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan
tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat,
teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang
mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
Menunaikan solat
terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah
mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu
( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya
atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang
ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka,
"Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat
al-Bukhari)
Bermalasan dan
tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan
alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat
ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya
memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
Memperbanyakkan
tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam
As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa
itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi,
6/291)
Menganggap waktu
imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak
sebenarnya tidak l ain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh
beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia
bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah
ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat
berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat
sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm
278)
Wanita berterawih
beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata
apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki
dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid
di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah
lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
Tidak
memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi
jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.
Nabi SAW telah menyebut :-
ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya :
"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil,
individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi"
( Riwayat
At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa
menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya :
"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka)
doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi :
Sanadnya sohih)
1 Comments
ada kesilapan yg kita sedar tp masih dibuat dan ada juga kesilapan tnpa sedar dan tnpa sngja dilakukan. salam ramadhan sis =)
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!