Hanya beberapa hari lagi menjelang Aidil Fitri dan Umi pasti ramai yang sibuk dengan persiapan diri dan pasti dah merancang untuk pulang ke kampung tak kisahlah kampung isteri atau suami tapi Umi pasti ramai yang tak berapa ambil peduli sekiranya diri yang akan memandu jauh atau dekat tu sudah cukup rehat dan perlu rehat bila diperlukan dan panggilan kampung tu seakan membuat kita mengabaikan itu semua kerana nak cepat bertemu ayah bonda dan keluarga tapi sedetik kita alpa dengan pemanduan akan mengakibatkan kesan selamanya.
Jadi baca dan fahami serta jangan terburu-buru demi keselamatan diri dan keluarga kita.
#copypaste
Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.
Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.
MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".
Pada kelajuan 70km/h, *microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.
Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."
Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."
Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang membahayakan diri lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.
Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan *'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.
Jadi, apa yang harus dilakukan?
🔺 BERHENTI.
🔺 LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
🔺 TIDUR.
Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.
Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.
Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.
Ramadan Kareem.
Ikhlas dari:
Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia
#biarlambatasalselamat
#microsleep
#opssikap
2 Comments
salam perkenalan.. :)
ReplyDeletesaya pernah alami microsleep ni sampai eksiden. betul..otak seperti shut down dalam beberapa second. sebelum mata terbukak semula, saya masih boleh tekan brek (lepas dah hentam kereta lain), masuk gear parking dan tarik hand break dalam keadaan mata terpejam. bila bukak mata, air beg dah terkeluar dan kereta berasap. pengalaman sebagai peringatan di masa akan datang.
Salam perkenalan dari sy jugak...pengalaman Bee tu sama mcm kakak sy jugak...mujur tak serius..
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!