Resepi Ayam Lemon Madu

Resepi Ayam Lemon Madu | Assalammualaikum wbt. Salam hujung minggu buat semua.  Umi nak share resepi ayam lemon madu yang ringkas dan mudah dibuat dan tak perlu bahan-bahan yang remeh yang boleh dijadikan juadah berbuka nanti



Pastinya lauk ni akan jadi semangat buat anak-anak yang berpuasa sebab selepas seharian berpuasa tu pastinya, ayam goreng dengan isi lembut ni akan membuat nasi bertambah. Rasanya yang tidak pedas dan wangi ni memang sedap walau untuk diratah saja.


Selamat mencuba


Resepi Ayam Lemon Madu

Bahan-bahan:

500gm isi ayam bahagian dada, dihiris memanjang*
1 inci halia ditumbuk halus dan diperah  jusnya*
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan tepung gandum
1 camca teh serbuk lada sulah
1/2 camca teh garam *

* disatukan, gaul rata dan diperap dalam 15 - 20min


Bahan- bahan Sos

1/4 cawan madu
1 biji lemon, parut kulitnya (yang kuning), perah jusnya
2 ulas bawang putih, dicincang halus
2 camca tepung jagung*
1/4 cawan air *
1 biji cili merah, dibuang biji dan dipotong dadu
1/2 cawan air

* tepung jagung dan air digaul sebati


Bahan hiasan

1/2 biji bawang kuning
Daun sup
Bijan


Cara membuatnya:

  • Masukkan tepung gandum dan serbuk lada sulah digaul rata didalam sebuah bekas. Dalam bekas berasingan, isi ayam yang diperap tadi dicelup dengan telur kemudian digolekkan didalam bekas berisi tepung.
  • Panaskan minyak didalam kuali dan goreng isi ayam hingga kekuningan, diangkat dan dimasukkan kedalam bekas
  • Panaskan minyak didalam kuali, tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.  Masukkan madu dan jus lemon dan dikacau rata, kemudian tuangkan air dibiar hingga mendidih.  Masukkan parutan  kulit lemon dan garam secukup rasa.
  • Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung (kacau bancuhan sebelum masuk ke dalam kuali sebab dia akan jadi tepu).  Kacau sentias dengan api kecil hingga pekat.  Kemudian masukkan isi ayam yang telah digoreng tadi bersama bawang kuning, cili merah yang dipotong dadu, masukkan daun sup dan daun bawang dan tutup api
  • Masukkan kedalam pinggan, tabur hirisan daun bawang dan bijan kalau suka dan boleh lah dimakan dengan nasi panas

Selamat mencuba

xoxo, Umi Fuzy

Post a Comment

1 Comments

  1. pergh !! gambar tu menggugat iman.. hee~ tapi sikit jek bahan nye.. senang jek.. nanti boleh try buat.. kalau rajin..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!