Hari ni dah masuk hari ke 14 kita berpuasa dan mungkin antara kita ni mesti dah kehabisan idea nak masak apa kan. Almaklumlah bulan Ramadhan ni memang bulan yang paling menyeronokkan sebab masa ni la kita dapat berkumpul sekeluarga untuk makan malam sebab dihari lain memang tak la nak dapat duduk berkumpul sambil menjamu selera diwaktu malam kecuali dihujung minggu tu pun diwaktu tengahhari jadi lebih seronok dapat memasak untuk menjamu anak-anak walau penat selepas balik dari kerja kan.
Ok, jom cuba resepi mudah secepat kurang dari 30 min dari segi penyediaan ke hingga la lauk ni dimasak
Nota : Masak pindang ni sama jugak dengan masak singgang di Pantai Timur
resepi kali ni Umi guna ikan susu yang lemak dan manis |
Bahan- bahan
ikan kembung atau ikan lain (Umi guna ikan susu yang sangat lemak)
4 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai dititik
2 keping asam keping
3 batang cili kering - dipotong 2 atau 3
cili api - kalau suka nak lebih pedas
serbuk kunyit atau
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Cara memasak:
- Masukkan bawang merah, bawang putih, serai yang telah dititi, asam keping, cili kering kedalam periuk yang berisi air
- Biarkan air dimasak hingga mendidih
- Kemudian masukkan ikan dan perlahankan api
- Terbalikkan ikan supaya ianya dimasak dengan sempurna
- Tutup api dan masukkan garam dan dikacau.
- Sedia untuk dimakan bersama nasi panas dan hirup kuah dia yang masam-masam tu...syiokkk
Selamat mencuba
ni la rupa ikan susu buat sesiapa yang tak pernah tengok ikan ni |
xoxo, Umi Fuzy
4 Comments
Sedapnya...
ReplyDeleteKalau kami, pantai timur panggil ikan singgang.
Lauk ni kalau mkn dgn nasi panas2 mmg syok
ya, ada yang panggil singgang di KL juga dan ada kalanya bahan pun ada tambahan lain dan ada yang sama kan..
DeleteTerima kasih atas perkongsian, sedap saya buat hihihi.
ReplyDeleteselamat mencuba...memang sedap makan dengan nasi panas dan waktu tiada selera macam demam atau selesema...mmg bertambah heehe
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!