Review Novel Semusim Rindu Karya Aleya Aneesa

Assalammualaikum

Buat pertama kalinya Umi berjaya membeli buku online hari Jumaat lepas ngeee. Memula baca online secara percuma tapi sakit hati pulak sebab tengah seronok membaca ada mukasurat yang tak ada jadi bila baca tu hilang teruja hehe..yela dah percuma kan

Pun jugak sebab terpanggil untuk menambah koleksi dengan goodreads reading challenge macam adik preggy si manis +Lea Azleeya dan bookholic +Shahida Dzulkafli tu


Drama Semusim Rindu sedang ditayangkan di Astro 105 dari jam 6 petang hingga 7 malam tapi walau sejam waktu siarannya tapi dengan iklan bagai memang buat panas hati. Drama ini dibintangi Intan Ladyana  bergandinga dengan Ben Amir pelakon baru dah tunjukkan lakonan yang bagus yang seakan psiko dalam drama Surihati Mr Pilot jadi pasti rugi kalau tak terus menonton dan untuk dapat rasa lebih 'feel' kena cari novel tapi malangnya dah malas nak menyimpan sebab storage yang limited dan cara terbaik adalah dengan membeli secara online di Google Play dan Umi rasa sangat berbaloi dari rasa letih menunggu episod demi episod dan bila membaca ni lebih seronok sebab emosi kita akan terikut sama sebab kita boleh senyum, tersengih, ketawa dan bukan menitis air mata saja tapi tahap paip air melimpah kalau kita menghayati cerita yang dibaca


Lagipun tak mahal pun kalau online untuk novel ni dan untuk Semusim Rindu hanya berharga RM10.17 sahaja boleh dibaca didesktop, laptop, tablett atau juga handphone.

Drama Semusim Rindu - Astro 105 (6 petang)

Pelakon
Intan Ladyana (Hajar Adira)
Ben Amir - Ikhman
Haliza Misbun - Datin Nasriah
Kartina Aziz - Nazimah


Penulis : Aleya Aneesa
Jumlah mukasurat : 460
Rating : 5/5

Jom kita tengok kupasan Umi (cewahhh) pasal novel ni

Hajar Adira seorang anak dan kakak yang sangat bertanggungjawab, degil, pendendam juga pandai melukis tapi menyimpan kisah sedih yang tak dapat dilupakan.  Bekerja dikilang disiang hari dan bersambung kerja sebagai pencuci pinggan di sebuah restoran untuk menyara 3 adik dan ayahnya yang lumpuh yang sebenarnya cuma keluarga angkat tapi Hajar anak yang baik dan mengenang budi sebab rela berkorban walau Firdaus cuma bapa angkat.

Ikhman Ajmal anak orang kaya yang ego tapi anak yang baik, abang yang baik tapi kerap joli dan berdampingan dengan ramai wanita tapi masih menjaga batas dan tak pernah terbabas. Bertemu pertama kali dengan Hajar membuat Ikhman terus jatuh hati dengan kecantikan tapi sikap egonya dan menganggap semua perempuan sama macam mana-mana gadis yang sentiasa mengambil peluang untuk bersama dia tapi dia silap sebab Hajar bukan gadis seperti tu.  Dek kerana menyahut cabaran kawan-kawan dia pun cuba mengambil kesempatan sewaktu Hajar menghatar minuman dan tanpa disangka Hajar menampar muka Ikhman..huh punya malu la Ikhman rasa dan kemudian insiden demi insiden berlaku dan kerana terlalu menyukai Hajar, Ikhman sanggup menculik Hajar sewaktu Hajar hendak pulang.  Hajar dibawak ke apartmennya dan bila Hajar sedar bertambah marahlah Hajar pada Ikhman dan Hajar pun termakan kata-kata Ikhman yang dia telah melihat setiap inci tubuh Hajar walau sebenarnya tu hanya palsu sebab tujuan Ikhman untuk membalas dendam.

Bagi Hajar pulak yang tetiba kena menggantikan kawanya sebagai pelayan untuk seminggu kerana kawannya bercuti tapi ditolak kerana harus mengenakan pakaian ketat dan skirt singkat tapi akhirnya akur bila mana diberikan wang tambahan yang boleh digunakan untuk membayar yuran sekolah adiknya.

Sejak dari itu Hajar hilang tumpuan dek kerana insiden di apartment Ikhman hingga menganggu kerjanya dikilang dan peluang ni diambil Azzah yang irihati dengan Hajar sebab Eddie yang juga supervisor menyukai Hajar dan sering membantu dan memberi Hajar buat kerja lebih, Azzah dan kawan-kawannya sering menggangu Hajar dan ketua syarikat pun tahu cuma Hajar lebih suka mendiamkan diri tapi akhirnya Hajar berhenti sebab kesilapan yang tidak disengajanya walau sebenarnya dia disabotaj

Dipendekkan cerita rupanya Hajar ni adalah anak saudara Hilal yang hilang yang dipanggil Hani. Hilal ni pulak adalah paksu dan adik kepada Hatimi ayah Hajar dan ibunya pula adalah perempuan keturunan cina sebab tu Hajar ni putih cantik sementara Maklong Nazimah adalah ibu kepada Azim dan Datin Nasriah adalah ibu kepada Ikhwan, Hannah dan Husna.  Maknanya Hajar adalah sepupu Ikhwan.  Hani atau Hajar telah lari dari rumah sewaktu berusia 10 tahun kerana tak tahan diseksa Maklongnya walau Paksu Hilal dah berjanji untuk menjaga dia setelah kematian ibu dan bapa tapi kerana melanjutkan pelajaran keluar negara kakanya Nazimah bersungguh nak jaga sebab sebenarnya nak bolot harta Hajar.

Hani nama panggilan Hajar sedari kecil akhirnya ditemui Hilal setelah bertahun mencari tapi luka 15 tahun yang Hajar pendam terlalu menyiksakan dan dia menidakkanya tapi akhirnya akur kerana Hilal hanya menanti hari dijemput Illahi dan wasiat Hilal supaya Ikhman berkahwin dengan Hajar turut dipersetujui walau Hajar tidak rela.  Azim anak Nazimah pun sebenarnya jatuh hati dengan Hajar sebelum mengetahui hubungan kekeluargaan dan seronok bila Ikhman tahu Azim pun ada hati pada Hajar tapi dah hero mesti la dapat kahwin dengan heroin kan tapi konflik tak berakhir lagi. Perkahwinan atas dasar wasiat pada firasat Hajar tanpa dia mengetahui yang Ikhman sememangnya telah jatuh hati lama dengan dia tapi tu la Ikhman tu ego sangat.  Perkahwinan mereka berlangsung tapi dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.  Satu demi satu konflik muncul sehingga membuatkan mereka bergolak dengan perasaan masing-masing.

Selepas berkahwin pun Maklong tetap buat pelbagai cara untuk pisahkan Hajar dengan Ikhman kerana tamakkan harta dan mak mertua Hajar Datin Nasriah yang jugak mak saudara dia pun termakan hasutan dan membuatkan Hajar nekad lari ke Jepun bila suaminya tidak mempercayainya tapi akhirnya Ikhman menyesal sebab salah sangka.  Bila Azim muncul bersama Yuha isterinya untuk memberitahu berita sebenar dia dah terlambat sebab Hajar telah keluar.  Korang rasa apa perasaan Ikhman?

Apa pun cerita ni happy ending bila Ikhman mencari Hajar ternampak banglo Sri Adira yang telah dibeli Hajar dan rumah tu dikenali dari lukisan Hajar dan setelah mendapat informasi yang memang Hajar Adira pemilik rumah tu tapi telah jauh membawa diri ke Jepun. Pastinya Ikhman ke Jepun kan tapi dapat ke dia tawan hati Hani? Semestinya pengakhiran yang bahagia selepas jenuh berendam airmata dan kemudian punya anak tanda kasih sayang suami isteri.

Macam Umi cakap bila baca novel ni tersengih, tersenyum dan berjurai air mata tapi puas

Kalau nak bercerita memang panjang lebar tapi kalau cerita habis tak thrill la kan.  Mesti tonton!

Blog Penulis : http://aleya-aneesa.blogspot.my/2013/02/semusim-rindu-novel-pertama.html


Post a Comment

4 Comments

  1. tak baca novel ni, cuma tengok drama je kat tv tu, kira jalan cerita tak berapa sama dengan novellah juga ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yg tak sama..dalam novel..Husna tu kakak dan Hanna tu adik pastu part kat Jepun tak de..kedekut betul Metro Wealth ni..hehe

      Delete
  2. Tema die ape ek

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!