Assalammualaikum
Haha rupanya tak de entry pasal kami berhari raya so nak buat la entri jugak walau gambar kali ni tak berapa banyak sebab penat kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan lagipun pun dah la KY Amanda dan KC Iman kan tak siap baju raya depa pastu kenalah pulak cari baju raya kat Perlis..jadi masa terbuang dan nasib baik la ketupat dan gulai daging dah siap..cuma Umi jer tambah rendang ayam dan kuah kacang atas permintaan anak-anak.
Kalau kat Kedah ni setiap rumah yang dikunjung mesti ada hidangan istimewa yang pastinya Laksa la atau bihun sup sampai kekadang tu naik kembung perut sebab laksa dan bihun sup kan berkuah..hahaha tapi hidangan ni memang awesome! dan bertemu adik beradik sebelah DH dan saudara mara tu suatu kemestian untuk bersalam-salaman dan bermaaf-maafan..
|
redang ayam dan gulai daging dimakan dengan ketupat palas. Kali ni sampai jer sebesen kak ipar DH dah buat..kami tumpang makan jer |
|
ni port yang mesti anak2 sibuk nak ambil gambar..memang cantik ala2 Korea gitu..redup jer kat kawasan ni tu yang depa ni semua suka tuu |
|
bukan tak de kat KL tapi yg kat kg ni depa buat dengan penuh kasih sayang sebab tu sedap baq hang..hehe |
|
nasi lemak kuning dengan ayam seketul..memang tak sah kalau tak makan dan kali ni raya ke 2 dah ada dijual..huihh macam kat KL jugak nooo depa ni |
|
kawasan jajahan DH dan keluarga...hehe |
|
Pemandangan cantik di Kuala Kerpan..kena lalu sini sebab nak lari dari kesesakan jalanraya ..kira macam jalan tikus la |
|
Selamat tinggal kampungku..ehh kampung DH..sayu pulak sebab bila balik KL dah kena rutin asal yang tanpa henti dan memenatkan..but that is life kan |
|
Gunung Jerai diseberang sana...rindu nak ke Gunung Jerai lagi...next time na. Bila lalu melintasi Gunung Jerai ni pasti lagu kumpulan Khalifah "Cinta Pantai Merdeka" pasti didendang..hehe |
Sewaktu dalam perjalanan balik kami singgah ke rumah pusaka Tok Ayah dan Tok Mak, rumah keluarga mak di Kuala Kurau. Hasrat nak berjumpa satu-satunya adik mak yang masih hidup, Mak Cik Halimah tak kesampaian sebab dia dah keluar jadi kami cuma lepak kat rumah pusaka dengan adik ipar mak Cu Che Nah jer la.
|
Gambar atas tu rumah pusaka yang sering mengamit nostalgia bila balik kampung di Kuala Kurau ni..teringat zaman kanak-kanak berlari-lari dalam rumah, pastu naik turun tangga sampai Tok marah..hehe
Gambar bawah pulak adalah adik ipar mak Cu Che Nah dan anak dia yang dah jadi orang KL dan balik menjengah jadi dapatlah kami bercerita kisah lama..kisah seram hehehe |
Selesai menjamu dan beraya dengan Cu kami pun bertolak balik ke KL dalam jam 5.30 petang tapi memang balik ikut jalan lama la sbb waze dah tunjuk kesesakkan. Ikut jalan lama ni memang seronok walau lama perjalanan tu tapi tak la tersekat dan akhirnya perjalanan 13 jam kami berakhir setelah berhenti beberapa kali termasuk meregangkan otot dan makan malam..Alhamdulillah kami sampai ke rumah jam 03.30 pagi.
9 Comments
sdapnya rendang..:)
ReplyDeletebuat sendiri mesti ler sedap Cik Nor..hehe siapa lagi nak puji kita kalau bukan kita sendiri kan..hehe
Deletebaru lah terasa raya kan kak bila balik kampung. cantik view dekat kampung tu. kuih walau nampak simple tp dah boleh rasa kesedapan air tangan org kampung :)
ReplyDeletemmg seronok balik kg ni Ana..walau bukan kampung sendiri hehe kuih2 tradisional tu mmg ada kat KL tapi tak sama kan sbb cara pembuatan tu mmg dari hati hehehe
DeleteSedapnya makanan semua Tu. Di kl byk juga mama jumpa laksa semasa beraya. Sedapp
ReplyDeletelaksa kedah mmg sedap Mamapp...kalau DH saya mesti nak laksa kedah kalau lain tu dia pandang sebelah mata jer..mmg parah hehe
Delete13 jam tu sangat lama. Makanan tu menggiurkan.
ReplyDeletemmg lama Anis.. tapi xterasa sebab bukan kita yg pandu...sebenarnya sebab ikut jalan lama..pemandangan tu cantik tak mcm kalau ikut highway...mcm boring je
Deletesebenarnya tak lama sangat tapi sebab banyak pit stops..tu yang jadi panjang tu..lorr rindu rendang ya..sama la kita..*sobs
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!