Descpacito versi Melayu

como estas hoy?

Bien!

Umi pun peminat bahasa Spanish dan pernah belajar berpatah-patah perkataan dalam Spanish ni sewaktu bekerja dengan STAR LRT dulu sebab expertise dan jurutera-jurutera  perihal rail ni semuanya datang dari pelbagai negara Eropah seperti German, England, Spanish, French dan diaorang ni semua tak kedekut ilmu dan Umi pun tak lepas peluang la kan untuk belajar bahasa diaorang dan terkadang tu bercakap la sepatah dua dalam bahasa tu walau kekadang tu bunyi dia tu kalau silap sebut huihh memang berderai depa ketawa hehe.

Nota : memang nak kena cari balik buku kecil ayat-ayat Spanish ni yang entah mana tercampak tak tau la..  

Bila berbahasa Spanish ni terasa seksi pun ada..serious Umi bagitau tau  dan Umi ada seorang sahabat..seorang tour guide Melayu yang memang fasih berbahasa Spanish ni dan kalau sapa dengar dia cakap mmg boleh tangkap jatuh cinta tapi bila tengok orang dia alahaiii kecil molek jer pakwe tour guide ni. 

Bercerita pasal lagu Despacito nyanyian Justin Beiber, Luis Fonsi dan Daddy Yankee memang melodi dia sedap betul dengar tapi bila kita terjemahkan memang berbaur lucah *sobs* tapi ni Umi nak kongsi lagu seakan Descpacito yang dibuat versi Melayu yang Umi dengar semalam..not bad la dan ada mesej kat dalam lirik tu..tapi penyanyi pulak tidak pulak Umi kenai. 

Meh +I am LZ kita nyanyi lagu versi Melayu ni...yang pasti lirik tu memang harus ke kalbu..hehe




Pergi..
Siapa yang katakan aku tak sudi
Jangan cuba kau bohong lagi

Benci..
Tidak pernahku lafaz walau sekali
Dengar penjelasanku ini

Oh.. ku..
Pasti mengharapkan lebih darimu
Kenali amanah dalam hidupmu
Salahkah ku pilih yang terbaik untukku

Oh.. ya..
Sengaja caraku putus tidak formal
Selepas ini mungkin akan lebih jelas
Apa yang membuat hatiku tertutup

Ku keliru..
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu

Ku keliru..
Buat keputusan yang terburu-buru
Terima lamaran tanpa fikir dulu
Sememangnya ada niat untuk beritahu

Jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikan

Jodoh dan pertemuan ini Tuhan tentukan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Pada awalnya engkau pilihan
Untuk Teman kehidupan
Untuk bina masa depan
Untuk hari kemudian

Tapi bagaimana engkau ingin mengimankan
Kalau satu fardhu pun tak pernah kau kerjakan
Tapi bekas kasih aku buat perubahan
Got up get up walkaway
Dari segala yang diharamkan
Sehingga dekatkan dirinya kepada Tuhan
Itulah ciri-ciri pasangan yang ku idamkan

Berkesah berkeluh
Bila tiba subuh
Zohor ke Asar

Saja kau biarkan


Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Agar satu hari berlakunya perubahan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
Saja kau tinggalkan
Dan aku doakan
Kau temu keinsafan
Namun sudah cukup aku beri kesempatan
sayang..

Ku keliru..
Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu

Ku keliru..
Buat keputusan yang terburu-buru
Terima lamaran tanpa fikir dulu
Sememangnya ada niat untuk beritahu

Jodoh dan pertemuan ini bukan mainan
Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikan

Jodoh dan pertemuan ini Tuhan tentukan
Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Jujur aku katakan aku keliru
Sejak pertama kali kita bertemu
Ku fikir ku tahu apa yang ku mahu

Oh...
Berkesah berkeluh
Bila tiba subuh
Zohor ke Asar
Saja kau biarkan

Bukan senang untuk putuskan
Semua demi kebaikkan

Berkesah berkeluh
Bila tiba Subuh
Maghrib ke Isyak
Saja kau tinggalkan

Segalanya suratan
Dia yang menjadi pilihan

Inkognito..

Post a Comment

3 Comments

  1. Ha'ah Umi, LZ pun layan versi ni sebab ada unsur nasihat dan jodoh yang patut dicari oleh wanita Melayu.. Versi Melayu patut kita sokong instead of Latin version..

    Thumbs up Umi atas perkongsian ini, I like!

    ReplyDelete
  2. kreatif la diorang ni...pandai naw nak melayukan lagu kan....hihi

    ReplyDelete
  3. Ada lagi versi melayu yang deep & best Umi, tapi saya lupa pula siapa yang nyanyikan...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!