Siapa dah mencuba perkhidmatan MRT..cer angkat tangan..hehe. Umi pun dah cuba tapi bukan yang percuma tapi dah pada hari Jumaat yang lepas sewaktu menghadiri Rumah Terbuka buat agensi pelancongan di Muzium Negara. Sebelum tu punya la jenuh nak fikir kalau turun kat KL Sentral nak menapak jauh kot untuk naik MRT kat Muzium dan nasib baik la tanya pada Lewis kawan Umi berasal dari Sarawak tapi pakar perihal kenderaan awam ni..hehe buat malu jer jadi org Key Ell kan..hehe
Memang mudah dan waktu Umi guna perkhidmatan ni MRT masih bagi potongan harga sebanyak 50% sehingga 31 Ogos..so apa lagi cuba la.
Buat kita pengguna, sama-samalah kita menjaga kebersihan, keselamatan dir dan hargai kerana kita yang menanggung kos perbuatan ni sebenarnya
|
untuk menaiki MRT dari stesen Pasar Seni ni kena turun 3 level yang kadar kecuraman yang sangat curam...maaf la Umi tak survey pun berapa ketinggian tapi memang tinggi.. |
|
dalaman yang luas dan lebar.. |
|
kalau ramai yang menggunakan MRT memang tak perlu risau sebab tampak selesa |
|
escalator MRT ni dah la tinggi dan laju jadi buat semua pengguna kena lebih berhati-hati jangan sibuk nak berselfie atau pun bermessage kang tak pasal-pasal keluar dalam berita pulak |
Ok Umi nak kongsi berita yang DH tunjuk semalam. Tak pasti bila kejadian ni dan dari mana kemana cuma DH ada tunjuk seorang ibu menyangkut buaian dalam tren MRT? what the? goshh..awat la bagi malu kat orang Melayu jer nii dan tu ada pulak yang bagi anak berdiri kat atas kerusi..dua2 kejadian ni memang merbahaya buat sianak jugak untuk orang lain. Buatnya MRT berhenti secara mengejut..siapa nak disalahkan? Macam mana kot nak educate orang kita ni..biar bijak berfikir dan fikirkan keselamatan diri dan orang sekeliling. Harap sipembuat dan sesiapa saja yang tengok gambar ni yang dah tular tu tolonglah berubah na
|
sungguh bahaya bila budak tu berdiri..sikit jer jijak kerusi tu |
19 Comments
tak penah lagi .... jakun tak kalau tak penah try?? huhuhu
ReplyDeletehahaha..bukan jakun tu..lagipun MRT masih baru...banyak masa lagi boleh dicuba tapi kalau nak harga murah time ni la sebab diskaun tu sampai 31 Ogos..
DeleteBelum lagii..
ReplyDeleteInsyaÁllah...akan try..
akk ni pun sebab ada event..kalau tak mungkin tak cuba lagi..
Deletealaa..jauh..:)
ReplyDeleteCik Nor..meh la turun KL boleh try ni..
DeleteBestnya... bila la dpt naik sementara ada good offer ni..nak heret 2 kecik bagi merasa naik kannn
ReplyDeletemasih good offer tu 50% discount...mesti teruja budak2 tu..
DeleteMinda rakyat kita masis di tahap kelas tiga.
ReplyDeleteBukan kelakuan dalam tren je, merokok berhampiran kanak2 masih ramai lakukan.
Kalau buang sampah merata rata tu fianggap normal pada orang kita. Macam dah jadi adat budaya pulak.
Dalam lift bertelefon dgn suara yg tinggi. Itu adat orang kita.
Kalau nak cerita pasal minda kelas tiga tak muat ruang komen ni.
betul tu Adam..mmg memalukan tapi tu la orang kita..bila la nak berubah tak tau la..kang ditegur kan boleh jadi pertelingkahan...speechless
DeleteNampak selesa sgt met Tu. X ramai org Pula tu
ReplyDeletemmg selesa..mungkin sebab tak ramai lagi yg guna...tapi luas dr tren biasa
Deleteapakah dia ni buat>>> buai anak dalam MRT!!
ReplyDeleteMinggu lps viral vandalism dlm mrt. Smlm viral buai anak dlm mrt. Mcm2 cerita. Semoga rakyat Malaysia lebih matang dan menghargai kemudahan yg ada demi keselesaan bersama.
ReplyDeletenanti kalau ke KL.. nak cuba juga lah...
ReplyDeletebelum lagi..haritu terlepas yang time free haritu..rugi2 tak bawak anak naik.. tak apalah nak bawak naik sekarang pun bukannya mahal pun..
ReplyDeleteTeringin jgk nk rasa...tp leceh la plk nk bwk bdk2 kecik ni
ReplyDeleteThank you kak for sharing semua laluan mrt seperti kat image akak tu,baru tahu saya nak naik kat mana kalau nak pergi TTDI.Irda dari taman melati-pasarseni-ttdi.Huhu....good info ni kak..sebab mungkin lepas ni akan selalu ke TTDI untuk new career.:)
ReplyDeleteMya tak pernah naik lagi. Mungkin mya akan naik next month for big event.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!