Novel Review | In Love With Mr Billionaire

Okay Umi nak kongsi cerita yang Umi baca kat Wattpad...sangat menarik dan highly recommended untuk dibaca...jangan risau tiada unsur yang mengghairahkan..

Ok..ni barisan pelakon yang difikiran sipenulis dan untuk kita sama2 feeling waktu membaca..hahaha



In Love With Mr Billionaire
Penulis : Analia - blooming_rose18
Sumber : Wattpad

Emma Watson - Caroline Marshall
Liam Hemsworth - Aaron Woodwords
Candice King - Nadia Hayden
Nick Bateman - Dylan VanAssche
Mads Mikkelsen - Jim Marshall
Sandra Bullock - Juliea Marshall
Candice Swanepoel - Lahaina Marshall
Jeffrey Dean Morgan - Ethan Woodwords


Caroline berusia 22 tahun membesar tanpa ibu yang telah dihalau 8 tahun yang lalu dan menetap bersama bapa kandung James Marshall yang tidak pernah menyayangi lebih-lebih lagi oleh ibu tiri Julieadan kakak tirinya Lahaina.  Bapanya berkahwin dengan ibu tirinya selepas sehari menghalau ibunya tanpa belas kasihan. Walau selalu disisihkan Caro (panggilan manja) dia masih ada sahabat baik Nadia dan Dylan abang sepupu yang kaya yang sentiasa mengambil berat tentang dia tapi adalah musuh kepada Aaron Woodwords.

Kisah bermula bilamana Caro terlanggar kereta mewah seorang lelaki yang sombong yang mahu dia membaiki keretanya dan Caro yang ketakutan tapi tanpa diduga melemparkan wang yang sepatutnya digunakan untuk mengambil barang kemas sikakak tiri.  Selesai melemparkan wang, Caroline berlalu pergi dengan penuh kegelisahan sebab kereta dia sendiri ada kesan perlanggaran, duit untuk barang kemas telah diserah kepada sisombong dan bila bapanya mengetahui perihal kemalangan tu langsung dia tak dibenarkan memandu apalagi bila barang kemas pun tak diambil.

Keesokkannya Caroline pergi ke tempat kerja dengan menaiki teksi dan lagi sekali dia malang menimpa bila dia kehilangan pekerjaan kerana bilionair Aaron Woodwards membeli restoran tempat dia bekerja termasuk seluruh bangunan.  Setiba dirumah dia diberitahu dia dimestikan ke suatu majlis buat pertama kali bersama bapa, ibu dan kakak tirinya dimana Lahaina ingin mengoda seorang bilionir yang kacak dan diminati ramai. 

Kejutan bertambah buat Caroline kerana bilionair yang ingin dipikat Lahaina adalah Aaron Woodward empunya kereta mewah yang dilanggarnya. Kegusaran Caroline bertambah bila sibilionair mengajak dia menari namun akur setelah bapanya memberi keizinan tapi siapa berani mengatakan tidak kepada Aaron yang kaya dan tegas..Rupanya si bilionair tu memang mencari Caroline satu-satunya orang yang berani melemparkan wang ke muka dia.

Sewaktu pulang siibu tiri dan kakak tiri tu pun melepaskan marah sebab terkejut atas apa yang terjadi tidak seperti dirancang oleh bapanya.  Dengan rasa sedih dan mengantuk Caro mendapat panggilan telefon dari Aaron...dan Aaron menawarkan kerja untuknya tapi mana mungkin sebab pasti dia kena kerja dgn syarikat keluarganya walau itu bukan kemahuannya.

Watak Aaron yang sangat protective ni seakan watak Kamal Noah dalam novel Tunggu Dulu Cinta..klik SINI

Pertemuan sekali lagi dengan dinner date membuatkan Caro jatuh hati kepada Aaron namun bertemu di suatu majlis amal yang dihadirinya bersama Dylan setelah diminta Aaron membuat Caro patah hati dan lebih parah bila Aaron berkunjung kerumahnya dan melaungkan yang dia datang untuk mengahwini anak James Marshall.  Lalu Caro menghilangkan diri selama empat hari di rumah Nadia merawat hati yang lara.  Selepas beberapa hari Caro pulang kerumah dan lebih mengejutkan bila bapanya mengatakan yang Aaron menolak Lahaina tapi ingin berkahwin dengannya dan perkahwinan akan dilangsungkan dalam masa sebulan!

P/S James Marshall seorang lelaki yang licik dan mengambil kesempatan diatas kebaikan Ethan Woodward untuk membolot harta tapi Aaron seorang lelaki yang bijak dan menukar nama Lahaina kepada Caroline untuk dikahwininya didalam surat perjanjian 

Selepas berkahwin konflik demi konflik berlaku dengan rahsia kontrak perkahwinan yang akhirnya diceritakan kepada Caro dan pertemuan dengan ibu kandungnya atas usaha Aaron dan bagaimana Aaron bekerjasama dengan Dylan demi Caroline menjadikan cerita yang happy ending

Memang tak boleh move on bila baca cerita ni lebih-lebih lagi sambil membaca terbayang pelakon yang dipilih penulis tu..hehe

************************

In Love With Mr Billionaire
Writer : Analia - blooming_rose18
Source : Wattpad

Caroline Marshall, a sweet, innocent and cute girl, who hates rich guys since her father threw her mother away to marry another woman for money.
Living with a step-mother, a step-sister and a cruel father, her life was worse than hell.
  
Aaron Woodwords, a ruthless buisenessman, a multi-billionaire and the CEO of Woodwords corporation, has everything a person dreams of. From money to women to anything.
  
He is egoistic,  merciless and arrogant. Owners of different companies fear from him whereas women throw themselves to him. What will he do when a girl will throw money on his face for scratching his car?
  
What will happen when Caroline meets a guy who is rich, and too much proud of his money? or that is what she thinks. What will she do when she realises she is falling deeper and deeper for that guy? Will she confess her feelings for him? Will she be able to forget her dreadful past, and give him a chance?

Post a Comment

16 Comments

  1. waah dia ada bayangan senarai artis eh.. apa benda ni Wattpad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Siti.. Wattpad ni suatu medan untuk orang berkarya...menulis story tanpa tapisan hehe..tengok kat sidebar saya tu boleh kenalpasti apa tu Wattpad..join la dan baca cerita secara PERCUMA tapi diaorg ni bukan semua penulis professional..

      Delete
  2. Replies
    1. memang best Anum...sy recommend sangat..

      Delete
  3. Menarik citer ni. Dah nampak mcm movie dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dia buat movie...mmg drop jaw la gamaknya hehehe

      Delete
  4. Menarik cerita ni. Kalau buat movie kne tgk ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best Ana...terbayang2 kemachoan Liam tu...hehe

      Delete
  5. Seronoknya....tapi saya tak nak Liam tu ....uauauaua.....
    Boleh tak tukar watak kepada pelakon korea pula, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..agak2 Mrs Pip siapakah pelakon Korea tu...harap2 sy kenal tak pun boleh tanya kat my girls yg peminat tegar KDrama tu

      Delete
  6. Kalau Umi recommend saya kena masuk shelf ni, hihihi. Jarang baca novel omputih, saya selalu baca mcm creepypasta tu, hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai...mmg best dan melting sangat watak Aaron tu..sangat2 recommended sangattt..

      Delete
  7. macam best je cerita nie..

    kisah cinta katakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan sebab kisah cinta MH tapi sebab berbaloi ending dia tu hehe

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!