Beramal Soleh Sebelum Kematian
عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
Dari Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, maka Allah akan membuatnya beramal." Para sahabat bertanya; "Bagaimana membuatnya beramal?" baginda menjawab: "Allah akan memberikan taufik padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum dia meninggal." (HR Ahmad No: 11595) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Allah yang menjadikan seseorang itu baik dan soleh.
2. Seseorang Muslim itu menjadi baik apabila Allah menggerakkannya untuk melakukan amal soleh.
3. Allah memberikan taufik kepada Muslim yang baik untuk ia melakukan amal soleh sehinggalah ia meninggal dunia.
Berusaha bersungguh-sungguh dengan amal soleh dan berdoalah agar kita sentiasa diberi taufik untuk istiqamah dengan amal soleh hingga akhir hayat kita.
#copypaste untuk peringatan kenalan, ahli keluarga dan diri sendiri.
8 Comments
SALAM JUMAAT
ReplyDeleteSalam Jumaat utk kak Paridah jugak
DeleteSemoga kita sentiasa berusaha utk berubah dan istiqomah di jalannya. Kita bukan hamba yg baik tp InsyaAllah dgn doa kita Allah pasti makbulkan.
ReplyDeleteAamiin..terima kasih Ana
DeleteSalam Jumaat Fuzy.
ReplyDeleteSemoga kita termasuk dikalangan yang dipilih Allah untuk menjadi hamba yang baik ...
Amin.
Aamiin..Salam Jumaat utk Mrs Pip jugak..
Deletesemoga memberi manafaat buat kita semua
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!