Sejak mendapat tune untuk kembali membaca ni, Umi dah semakin ghairah membaca novel dan pantang ada masa in between memasak pun sempat untuk Umi melayan novel ni. Dah la sekarang ni makin mudah dengan pembelian secara online dengan e-novel yang sangat mudah melalui Google Play - baca kat SINI dan semestinya menjimatkan ruang untuk penyimpanan.
Selain Wattpad untuk kita baca buka secara percuma walau bukan semua cerita yang ditulis penuh lengkap dan ada juga yang telah dipublish serta dijual di kebanyakan kedai buku dan yang terkini Umi menemui 1 lagi cara untuk mendapatkan buku dengan potongan harga yang sangat berbaloi di Mall Karangkraf.
Dan paling hari Isnin yang lalu, selepas menghantar KY Amanda untuk ambil keputusan SEM 2 di Banting, Umi sempat la bodek en suami ke Shah Alam untuk beli buku di Mall Karangkraf dan sempat juga mendaftar menjadi ahli dengan pendaftaran sebanyak RM10 dan keahlian selama-lamanya dan dengan menjadi ahli kita mendapat potongan sehingga 25% ..berbaloi kan
Jom Umi kongsi cara mudah dan menjimatkan sekiranya nak membeli buku dari Karangkraf. Harga serendah RM5 boleh didapati di Mall Karangkraf. Moh kita tengok kot ada novel yang kita minati atau pelbagai jenis buku ilmiah yang lain dengan potongan harga yang sangat berbaloi
- Log masuk atau daftar masuk. Pendaftaran boleh dibuat melalui akaun Facebook atau kalau tiada boleh daftar masuk dengan cara memasuki data yang diminta
- Bila dah berdaftar. pilih buku yang diingini dengan klik di gambar novel
- Masukkan kedalam cart
- Tekan butang check out
Ada 3 cara untuk mengakhiri pembelian
- Tiada caj untuk pengambilan secara sendiri di Mall Karangkraf
- Caj sebanyak RM7.00 untuk penghantaran melalui Pos Laju
- Caj sebanyak RM12.00 untuk penghantaran dihari yang sama sekiranya ditempah sebelum jam 11 pagi atau keesokkan harinya jika ditempat selepas jam 11 pagi
Pembayaran boleh dibuat secara online dengan pelbagai pilihan dan sangat mudah
Jadi tunggu apa lagi..layari Mall Karangkraf dan dapatkan novel atau majalah serta buku ilmiah dengan mudah dan diskaun harga yang menarik.Selamat mencuba
9 Comments
yeah...samalah kita , terjebak dgn Karangkraf Mall :)
ReplyDeleteWah bestnya umi....lina pun nak donlod la...sng la nk beli buku lps ni
ReplyDeleterajin ar baca buku..
ReplyDeleteHi umi hehe best juga tu shopping buku tapi malangnya jauh sangat nak pergi :(
ReplyDeletehehehe umi kite dah terjebak parah ni.. mesti dh byk memborong ni.. hehe
ReplyDeleteSaya selalu ke situ sebab saya tinggal di shah alam. Tapi tak tau pulak boleh jadi ahli kat situ.
ReplyDeleteMakin banyak lah review buku lepas ni. Selamat kembali membaca kak. Aktiviti yg sgt bagus tu
ReplyDeletebest dapat baca banyak buku
ReplyDeleteSha suka beli dekat karangkraf mall ini..sebab banyak buku Thriller dan seram.. Hehehe..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!