Novel Qaseh Nuraalia Imani - Arin Arida

Novel Qaseh Nuraalia Imani - Arin Arida | Pertama kali membaca novel dari penulis Arin Arida ni dan terus jatuh hati dengan penulisan yang baik dan susunan ayat serta jalan cerita yang baik.  Sangat recommended tapi jangan lupa sediakan tisu kat sebelah.


Takdir Allah adalah takdir terindah
Yakin dengan ketentuan-Nya dan sabar dengan dugaan-Nya,
Bahagia pasti menjadi milik kita..



Novel Qaseh Nuraalia Imani - Arin Arida


Novel : Qaseh Nuralia Imani
Penulis : Arin Arida
Jumlah mukasurat : 699


Sinopsis Qaseh Nuralia Imani

"Entah perempuan manalah yang walid dengan umi KUTIP untuk dijadikan bini aku ni?" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami

"Saya dah tiada masa untuk jatuh cinta kali kedua Inami chan" - Kusano Akira

" Takdir Allah adalah takdir terindah.  Redalah dengan ketentuan-Nya kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah" - Nuralia Imani

"Sebab ilmu untuk dikongsi dan disebarkan bukan untuk dibanggakan" - Nuralia Imani

NurAlia Imani seindah namanya seindah peribadinya.  Gadis yatim piatu dari golongan berada namun hidup dalam kesederhanaan dan menjalani kehidupan seorang wanita muslim serta berniqab. Usai tamat pengajian di Jepun dia kembali ke tanahair serta menjadi sukarelawan di rumah perlindungan warga emas Tautan Kasih. Pandangan pertama kali dari kejauhan membuatkan Tan Sri Syed Izzudin terpikat untuk melamarnya menjadi menantu dan isteri kepada anaknya Syed Iskandar Dzulkarnain. Namun si anak menentang hebat rancangan Walid dan Uminya kerana cintanya yang sangat mendalam kepada Bella.

Iskandar akhirnya akur dengan permintaan berkahwin dengan gadis yang digelar sebagai MUMIA pilihan Walidnya juga atas pemintaan sikekasih hatinya Bella yang telah merangka strategi supaya kedua orangtua Iskandar akan dapat menerimanya sebagai menantu kelak. Nuralia akhirnya menjadi isteri Syed Iskandar namun sisuami yang terpaksa merasa benci malah sering diherdik dan acapkali disakiti hingga dimasukkan ke hospital.

Manakan mahu seorang lelaki yang bergaya, punya status, punya perniagaan hebat untuk memperisterikan seorang perempuan yang tidak dikenali dan tak boleh dilihat wajahnya entahkan hodoh dan kemungkinan bisu sebab Alia tak pernah membuka hijab, niqab dan malah tak pernah bersuara yang membuatkan hati Iskandar semakin sakit hingga sanggup melukakan siisteri serta menidakkan status dan harga seorang isteri. Bagi Alia pula dia hanya akan membuka hijab serta niqabnya apabila sisuami menerimanya dengan seikhlas hati malah dia perlu melindungi wajahnya kerana wajahnya telah banyak menimbulkan masalah sebelum ini.

Iskandar merasa kecewa bilamana dia menyaksikan Bella bersama lelaki lain hingga menyebabkan dia hampir lemas namun diselamatkan isterinya. Alia yang cuba menyelamatkan suaminya akhirnya hampir tewas dan ketika itulah Iskandar dapat melihat wajah sebenar isterinya. Jatuh cintakah Iskandar pada isterinya?

"Hey you ni siapa ha? Berani masuk rumah sayang I ni? " Soal Zarul sambil bercekak pinggang dihadapan Syed Iskandar

'Encik Kusano Nakamura berminat dengan proposal Encik Is?" soal Naudir teruja

"Dia buat begini sebab dia tidak mampu untuk jatuh cinta pada orang lain" - Muhammad Aizawa Kusano Abdullah

Kehadiran dan kesediaan Kusano Akira 'Akira chan' menjadi senjata Bella untuk merosakkan hubungan Iskandar dan Nuralia  dan akhirnya Nuralia dihalau keluar  tanpa usul periksa.  Akhirnya Iskandar sedar dan menyesal dan kematian Akira chan ditembak untuk menyelamatkan Nuralia membuktikan betapa besarnya perasaan Akira Chan terhadap Nuralia hingga sanggup menggadai nyawa.

"Cinta itu anugerah Allah, Qaseh.  Dia tahu siapa yang terbaik untuk kita. " - Syed Iskandar


Nota kaki : Novel ni Umi dah baca lama dulu rasanya tahun 2015 atau sebelum dan memang best cerita ni dan highly recommended sangat.

Post a Comment

9 Comments

  1. bestnya dapat time bace novel. rindu masa pantang sebab time tu memang takde ape nk fikir :) bace novel je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mek..mmg rindu waktu dlm pantang boleh baca buku dan byk masa kan..bila anak2 dh besar boleh la curi2 masa membaca skrg ni

      Delete
  2. kakak !! rajin nye selak kertas.. hee~ atie dah lama tak baa novel..

    ReplyDelete
  3. Hello, hope boleh follow balik blog saya dan lihat produk merawat ekzema. tq!

    ReplyDelete
  4. singgah sini buat pertama kali and follow blog sis. Keep it up in reviewing novels. I like it.

    https://beehaazman19.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Baca sinopsis tu je dah rasa macam geram dengan watak iskandar tu.. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!