Nampak gaya Poslaju dah mengorak langkah untuk membaikpulih perkhidmatannya yang semakin tercalar dan semakin jauh dari hati ramai orang kan...alkisah Umi diumumkan sebagai pemenang hadiah dari blogger Sii Nurul
Sii Nurul pun menghantar mesej yang hadiah telah dikurier siap dengan no parcel lagi tapi dihari PosLaju datang menghantar, tak de pulak orang kat ofis jadi diaorang tinggalkan surat untuk menghubung en posto dan dalam masa yang sama Umi pun dapat mesej peringatan untuk ambil barangan di EziBox @ Shell Wangsa Maju..wah dah kira advance kan. Jadi petang 30 Ogos tu Umi pun terus ke EziBox dengan hati yang berkobar-kobar.
sms dari PosLaju |
Ada dua pilihan bahasa yang kita boleh pilih semasa menggunakan PosLAju EziBox ni, jadi pilih Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
- Scan kod QR atau masukkan nombor PIN
- Isikan nombor postage, contoh EHxxxxxxMY
- Masukkan Pin nombor yang diberikan didalam mesej sms
- No penuh dan no kad pengenalan
- Untuk resit, kita boleh pilih untuk dicetak atau dihantar ke email peribadi
- Laci yang bertanda akan dibuka untuk kita ambil barangan kita
- Resit akan dicetak yang mengatakan barangan telah dipungut
Mudah kan
Tapi pengalaman pertama Umi dengan EziBox ni tak semudah tu sebenarnya sebab tak de sebarang laci pun yang terbuka tapi Umi dapat resit yang dicetak mengatakan barangan telah dipungut, jadi apalagi Umi pun hubung PosLaju dan helpdesk kata akan hubungi..bukan apa cuma bimbang coklat tu mencair jer dan disebabkan esok tu cuti memang haruslah barangan tu Umi tak akan dapat sehinggalah minggu depan sebab kita kan cuti bersambung terus Hari Raya Aidil Adha
Selain dari tu kita juga boleh periksa dimana lokasi barangan kita tu dengan melayari https://www.tracking.my/couriers/poslaju
barangan telah selamat dihantar ke kediaman Umi pada 6 September yang lalu dan coklat pun dah selamat dimakan hehe |
nota kaki:
Ezibox ni adalah perkhidmatan 24 jam serta percuma untuk pengguna dan setakat ni hanya di 60 lokasi dalam 4 daerah iaitu KL, Selangor, Johor dan Terengganu buat masa ni la. Perkhidmatan ni dah bermula tahun lepas dah..tapi Umi jer yang baru tahu sebab selama ni PosLaju akan call kalau depa ketuk pintu tapi tak buka hehe.
13 Comments
No pin tu nombor ape kak
ReplyDeleteno pin tu yg kita dapat kat sms tu..memang mudah dengan sistem ni sebenarnya..
Deletewah dah makin canggih la pos laju ni kan....best2
ReplyDeletebetul tu Lina..canggih kan dan paling penting kita boleh jer ambil barangan kita tu at our convenicence
DeleteWah mudahlah ye.. cuma tak menyeluruh je Ezibox ini..
ReplyDeleteWah makin maju perkhidmatan pos laju skrg ni. Bagus sgt mcm ni.
ReplyDeletebagus2, meningkatkan kualiti servis :)
ReplyDeleteGood! Dah makin maju servis poslaju ni
ReplyDeleteFirst time saya mendengar tentang servis poslaju ezi box nie, macam menarik jea..
ReplyDeleteNape box tu tak terbukak..ada mslh ke
ReplyDeletePale butoh la poslaju....abis key in je maklumat box x bole buka...tekan button cetak resit ..resit x keluar..lps tu dpt sms barang dh diambil..padahal brg pon x ambil lg..xde sediakan assitance sekiranya ada berlaku masalah dlm proses collect brg...mmg menyusahkan org...call 1300300300 sabtu pertama x bole...kene hari lain...dh la collect sabtu pertama..ada masalah...assistance pon xde...call no 1300300300 xbole plak..brg nk pakai urgent...bangang la poslaju
ReplyDeleteSaya dpt mesej sila tunggu no pin untuk ezibox yg berdekatan dengan kawasan saya...bila dy nak hantar no pin tu??? Boleh x kalau nak request pos laju tu hantar semula ke rumah.... Susah la nak kena collect dekat sana pula.mcm mna ya aduhai
ReplyDeleteSetuju :(
DeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!