Hari ni dalam sejarah buat keluarga kami bila cik applepie Iesha menduduki UPKK di Masjid Abu Ubaidah dan dengan tu juga la jadual Umi berubah sikit. Kalau selalunya Umi memang tak keluar lunch tapi untuk minggu ni selama 3 hari ni bermula hari ni jemput dia kat sekolah kebangsaan, hantar dia kerumah mak untuk makan dan bersiap lepas tu hantar dia ke masjid untuk UPKK dan akhir sekali jemput dia untuk balik rumah..fuhhh.
sempat lagi dia mengulangkaji waktu dijemput tadi |
Bercerita dengan UPKK ni kecut jugak perut Umi bila tengok jadual dia tu..hehe mana taknya zaman Umi dulu belajar Agama cuma Feqah, Tauhid pun tak mendalam tambahan pulak pendedahan agama untuk kami waktu tu tersangat kurang baik dari ibubapa mahupun pihak yang berwajib dan dari diri sendiri pun sama la jugak sebab tu tak boleh nak salah orang lain 100% kan.
Sebenarnya hanya cik applepie ni sorang jer yang belajar di KAFA sebabnya dulu macam kesian kat abang² dan kakak² dia yang terdahulu, yela ada kerja sekolah yang banyak pastu nanti ada kerja² dari kelas KAFA tu yang tak sampai hati nak hantar tapi sebenarnya rugi kalau anak² tak ke KAFA (kalau hantar ke sekolah tahfiz pun lagi bagus untuk ilmu akhirat, InsyaAllah)
Alhamdulillah, hingga ke hari ni Iesha memang boleh cope, responsible type, berani, confident dan agak matang berbanding dengan abang² dan kakak² dia diusia yang muda macam ni tu yang Umi dan DH berani hantar dia belajar di KAFA. Alhamdulillah, she is a smart girl!
Dan yang paling pasti dan menunjukkan hasil, dia sangat cepat dalam pembelajaran dan boleh membaca Al-Quran macam baca buku tak la orang kata merangkak kan cuma ayahnya akan perbetulkan sedikit sebanyak sebutan dia, memang sangat² Umi bersyukur dan sangat² bersyukur kerana anak² pulak mengaji dengan diajar DH dalam dia sibuk ke luar daerah dengan tugasan sebagai jurugambar sebagai sumber rezeki kami.
jadual UPKK 2017 yang telah ditukar sebab katanya ada kebocoran di Melaka kalau tak silap |
Kalau dulu masa sekolah yang Umi cuma tahun Feqah, Tauhid dan memandangkan Umi bersekolah di convent kemudian di APGS yang beraliran Inggeris dan kemudian pergi mengaji dengan jiran tapi kerap pulak jiran tu bagi cuti jadi mak pun terus ambil alih mengajar..hehe
Semoga Iesha berjaya dengan cemerlang dalam UPKK dan juga buat anak² yang menduduki UPKK semoga mereka pun terus cemerlang dan berjaya serta menjadi anak² yang soleh dan solehah berkat tunjuk ajar dari ustaz dan ustazah.
7 Comments
All the best Iesha. Semoga berjaya dalam ilmu dunia dan akhirat
ReplyDeleteteringat zaman Nurul upkk dulu.. hehehe.. good luck dik.. semoga semuanya dipermudahkan ^^ psra pula akan muncul next year :)
ReplyDeleteGood luck Iesha. Tahun lpas ank buah reen amik Upkk. 😊
ReplyDeleteAll the best and good luck !
ReplyDeleteGood luck Iesha..
ReplyDeleteTentu Kak Fuzy tak senang duduk dibuatnya sepanjang anak menduduki peperiksaan kannn sebab saya pun begitu..
all the best iesha. may pass with flying colors....
ReplyDeletegoodluck achu iesha..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!