Resepi Masak Lemak Putih Daun Turi Berkhasiat Dan Sedap | Umi rasa ramai orang muda sekarang yang tidak kenal pokok turi ni kan walau sebenarnya Umi pun bukan la lama kenal daun ni ^ ^. Semalam waktu ke Pasar Keramat ada pulak daun turi ni jadi Umi terus beli untuk buat juadah keluarga. Tapi kena berjaga-jaga jangan terambil daun yang dah tua, jadi bila masak tu rasa pahit. Selain dibuat masak lemak, ada juga orang yang buat goreng atau dicelur dicicah dengan sambal belacan..memang sedap sangat.
Resepi ringkas Masak Lemak Putih Daun Turi cara Umi
Bahan-bahan :
1 ulas bawang kecil, 1 ulas bawang putih, cili kering dan sedikit ikan bilis
Cara membuatnya:
Rebus ubi keledek hingga lembut bersama bawang putih dan bawang merah. Bila hampir empuk, masukkan daun turi dan direbus hingga layu.
Masukkan santan cair dan dikacau hingga rata dan bila nampak hampir mengelegak, masukkan santan pekat, biarkan dalam kurang 2 minit dan tutup api.
Masukkan garam sesedap rasa
Nota :
Kalau suka letakkan telur pun boleh, masukkan sebelum dimasukkan santan pekat. Memang sedap tapi untuk kali ni Umi cuma letak ikan bilis jer
Kenali Pokok Turi
Pokok turi atau nama saintifiknya sesbania grandifloa pers, sejenis sayuran kampung yang enak juga dipanggil keti di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
pokok turi atau keti atau geti |
- Daun turi mengandungi banyak protein, mineral vitaman dan sponin tidak toksid.
- Buahnya mengandungi banyak gula dan vitamin B
- Biji buah mengandungi antara 40 - 70 peratus protein
- Pokok turi turut menghasilk sejenis gam yang mengandungi agatin, basorin, zantogatin, resin dan juga tanin.
bunga pokok turi |
Pokok turi ni sebenarnya bernilai tinggi dalam perubatan tradisional dan antara kegunaanya adalah :
Kulit pokok
- Direbus dan airnya diminum untuk ubati sakit perut dan cirit-birit serta boleh melegakan masalah asid di bahagian perut.
- Ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat penyakit ulser dalam mulut.
- Air rebusan juga boleh dijadikan tonik dan ubat bagi mengatasi masalah demam panas, pendarahan dalam sisterm pernafasan dan melawaskan pembuangan air besar.
- Ditumbuk untuk mengubati masalah kulit berkudis yang gatal dan berjangkit.
Bunga turi
- Air rebusannya boleh melawaskan pembuangan air besar dan juga menghaluskan kulit
Akar pokok turi
- Ubat untuk mengubati demam malaria
Daun pokok turi
- Ditumbuk lumat dan dijadikan ubat pada bahagian yang terseliuh lebam, luka dan bengkak
- Cecair dari daun yang diramas atau kulit kayu turi boleh digunakan untuk mencucui mulut dan kerongkong sekiranya kita mempunyai masalah penyakit mulut dan kerongkong.
4 Comments
huhu sedapnyer daun turi masak lemak...banyak rupanya khasiat dia eh...
ReplyDeleteLama dah tak makan turi masak lemak. Sedapnya...
ReplyDeletesedapkan..sy pun suka..
DeletePernah nampak tapi tak tahu pula boleh makan..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!