Manafaat Kayu Manis untuk Pesakit Diabetis

Sebenarnya dah lama berlegar-legar perihal cara mengubati kencing manis yang orang lebih suka panggil diabetis sebab bunyi dia lebih relax dan macam tak bahaya kan..

Umi c&p tentang mujarabnya kayu manis dan bagi yang dah baca dan pernah cuba mungkin boleh la bagi pendapat..tapi kalau mencuba sekali dua mungkin mujarabnya tak secepat dadah kan..setiap ubat perlu consistency...alahai teringat kat abang ipar yang makan ubat pelbagai ubat sampai payah nak tau ubat mana yang mujarab untuk dia..sabar jer la wahai kakakku...

Image result for kulit kayu manis
sumber google 

Tapi berjaga ya sebab ada yang tersilap bila membeli kulit kayu manis ni >> 

Siapa yang paling manis.? ​Kayu MANIS vs KENCING MANIS​

Ni apa yang dikongsi dari grup whatsapp dan sememangnya terbukti bila ada kawan pun mencuba petua ni..


Awalnya saya minum seperlunya, tujuannya untuk menyembuhkan batuk saya.

Suatu saat saya baca majalah " Sirup Kayu Manis" , salah satu faedahnya utk menurunkan kadar gula dalam darah dan meningkatkan stamina.

Karena saya pernah minum rebusan kayu manis sebelumnya, maka saya minum lagi lebih kerap.

Dan hasilnya sangat memuaskan.
Ujian gula terakhir (tanpa puasa), hasilnya 6.5 !

Saya pernah beritahu ke kawan saya ....yang sedang naik kadar gulanya  18.6 dibulan puasa ini, beliau minum saat sahur dan saat buka, dalam tempo 3 hari turun ke 7,3 !!

Sekarang keluarga dan teman-teman yang keturunan sakit kencing manis sudah mencuba dan meminumnya...

Hasilnya mereka merasakan lebih segar dan merasa lebih bertenaga.

Kalau nak mencuba, ini caranya :

  • ​Sediakan 3-4 batang kayu manis kering (batang sebesar telunjuk).​
  • Air putih biasa 1 liter (dapat dijadikan 2,5 gelas)​
  • Kayu Manis direbus dengan air biasa sampai mendidih dan mengeluarkan warna merah, kecilkan apinya, rebus lagi agak lama agar lebih merah airnya.​
  • Angkat dan tuangkan dalam gelas minum hangat-hangat. Tidak perlu ditambah apa-apa.​
  • ​Rebusan  dapat diulang dan ditambahkan air dengan menambah kayu manis 1 batang saja.​


Bau awal rebusannya agak kuat tapi wangi, rasanya seperti teh tawar.

​minum 2 X sehari​ (bangun tidur dan waktu nak tidur) untuk penderita yang agak tinggi.

Bila sudah turun, untuk tetap mempertahankan / stabilisasi, cukup 1 gelas saat mau tidur di waktu malam

InsyaAllah, mudah-mudahan ber​MANFAAT​ bagi yang  menderita ​DIABETES

Mohon dishare, barang kali ada yg memerlukankan info ini....!!! Semoga bermanfaat...!!!



Post a Comment

2 Comments

  1. Menarik.. Info yang berguna untuk penghidap kencing manis

    ReplyDelete
  2. saya biasanya letak kayu manis dalam masakan sahaja..

    nak buat gula-gula rasanya ok la tu

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!