Flickr Penyimpan Imej Terbaik

Korang pernah dengar Flickr? Umi pasti ramai yang tahu pasal Flickr Penyimpan Imej Terbaik bagi Umi ni dan pasti korang yang punya banyak gambar yang disimpan dalam handphone, atau external hardisk atau jugak dalam memory card akan rasa takut sebab kalau tetiba korang buka handphone atau external hardisk tu tiada gambar lagi! terkena virus ni kekadang kita boleh dapat balik dan terkadang memang tak boleh langsun dan yang pasti kos untuk mendapatkannya balik tu memang mahal lebih-lebih lagi dengan keadaan eko no money..hehe Ngeri kan..sebabnya jenuh nak ambil gambar balik dan jadi 2x kerja dan itu la yang Umi alami..habis gambar travel dalam dan luar negara yang kekonon simpan dalam external hardisk disorok virus..tak pe ni akan Umi buat jugak nanti dan Flickr antara cara untuk menyimpan gambar sebagai back up selain Photobucket dan banyak lagi kot

Umi dah menggunakan Flickr ni sejak tahun 2010, lama dah kan?




Flickr dilancarkan pada tahun 2004 dan diambil alih  oleh Yahoo pada 20 Mac 2005..hurm dah 13 tahun dah kan dan sesiapa yang mendaftar email dengan Yahoo akan secara automatik ada account Flickr ni dengan ruangan sebesar 1TB buat penggunanya! jadi tunggu apa lagi muat turun aplikasi Flickr ni dekat Google Store atau Play Store korang sekarang..

Nak tau lebih lanjut tentang Flickr ni, klik SINI

Apa yang menarik tentang Flickr ini
  • Gambar dari handphone atau tablett boleh dimuat naik secara auto-upload dengan membuat pilihan secara wifi atau Mobile.  Kalau korang ambil gambar sepuluh shot pun semua kesepuluh shot tu ada dalam Flickr dan lepas tu korang ambil la peluang untuk buang yang tak berkenan, edit dan sebagainya dan seterusnya simpan gambar yang terbaik untuk masa hadapan
  • Kita boleh memilih pilihan gambar tersebut untuk tatapan umum (public), sahabat (friends), keluarga (family), sahabat & keluarga (friends & family) atau persendirian (private)
  • Pilihan "camera roll" memaparkan gambar mengikut tarikh gambar diambil/dimuat naik atau kita pilih saja
  • Boleh memilih untuk berkongsi gambar tersebut ke akaun Facebook, Tumblr, Twitter atau Pinterest
  • Membolehkan kita membuat album buat setiap gambar dan setiap gambar boleh masuk kedalam album-album yang kita ingini.
  • Kita juga boleh menambah pengikut (follower) dan mengikut (follow) atau boleh saja buat akaun kita tu persendirian
  • Kita boleh memberi keizinan kepada sahabat 



Kalau sesiapa nak follow Flickr Umi sila la ke SINI

Jadi jangan bimbang kalau tetiba handphone/tablett tu hilang atau rosak, segala gambar atau video korang dah selamat tersimpan di akaun Flickr korang dengan syarat korang dah set auto upload.

Flickr - almost certainly the best online photo management and sharing application in the world 

Memang terasa lebih tenang!

Post a Comment

6 Comments

  1. sha guna imgur haha tapi susah sikit nak upload apa semua makan masa. nanti nak download flickr la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha...disyorkan guna flickr..lebih mudah utk upload dan download..kalau perlu pertolongan bagi tau ya..mmg highly recommended Flickr ni

      Delete
  2. Thanks for info kak. Boleh lah save kt flickr lps ni. Baru2 ni memory card corrupt memang haru dibuatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Ana..memory card tempat kita simpan gambar ni mudah corrupt walau kita jaga mcm mana pun..dan Flickr ni solution terbaik!

      Delete
  3. kaella baru tau tentang flickr ni, lepasni bolehlah cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Kaella...kena cuba tau..mmg mudah sangat

      Delete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!