Shopee diusia dua tahun dengan pencapaian memberangsangkan

Hanya dalam tempoh dua tahun Shopee, platform eDagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah dimuat turun kira-kira 80 juta di rantau ini dalam semua tujuh (7) pasaran dan lebih daripada 180 juta senarai produk aktif oleh lebih daripada 4 juta usahawan. Hingga kini terdapat kira-kira 5,000 jenama dan pengedar ternama yang menyertai Shopee.

>> Berbelanja dalam talian di Shopee dengan jaminan < baca SINI >

“Perjalanan merupakan satu pengalaman yang mengujakan buat Shopee sejak pertama kali dilancarkan. Kami amat berterima kasih kepada pengguna kami, pembeli dan usahawan yang telah menunjukkan sokongan berterusan terhadap Shopee,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. “Berikutan kejayaan Jualan Murah Super Shopee 11.11 yang merekodkan jumlah tempahan 2.5 juta dan jualan kira-kira 7 juta produk, kami bawakan pula jualan murah sempena hari lahir yang membariskan pelbagai promosi dan tawaran menarik yang menjanjikan pengalaman membeli-belah akhir tahun yang lebih menyeronokkan dan mengujakan”.
Sejak mula dilancarkan pada 2015, jumlah tenaga kerja Shopee telah berkembang sehingga lebih 2,500 orang dan dengan pencapaian yang sungguh membanggakan termasuk :
  • Anggaran Nilai Dagangan Kasar Tahunan dicatat pada lebih USD 5 bilion
  • Lebih 200,000 usahawan dan jenama, termasuk Shojikiya, Pets Wonderland, OnePlus, Pureen, Lovely Lace, dan Mentholatum. Ini sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan ekonomi digital yang dijangka akan menyumbang 20% daripada jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020.
  • Pelancaran Shopee Mall, satu portal membeli-belah premium yang menawarkan lebih 100,000 produk secara eksklusif oleh pelbagai jenama terkemuka dan pengedar sah. Inisiatif ini telah berjaya menarik banyak jenama terkemuka yang memilih Shopee sebagai platform untuk meningkatkan perniagaan dalam talian mereka.
  • Kejayaan berterusan Shopee University, satu siri bengkel kemahiran yang membantu usahawan dan perniagaan tempatan untuk berjaya dalam bidang eDagang yang telah membimbing lebih daripada 4,000 peserta dari 10 negeri.
Lee Jing Huan, Senior Promotion Executive, Pureen Malaysia, Elie Lim Thiam Hui, E-commerce Manager, Mentholatum, Elaine Tan, Commercial Manager, Yadah Malaysia, Syaful Izwan Mohamed, Head, Fuel Marketing, Marketing Department,Retail Business Division, Petronas, Ian Ho, Regional Managing Director Shopee Malaysia, Tay Gim Soon, Group Chief Operating Officer, PayNet, How Lih Ren, Head of iTelco, Digi, William Tan, Sales Director, Brightstar Distribution (OnePlus),Ameeer Shahzman, Executive, Partners Management, B Infinite, and Andy Chin, Head of Marketing, M.R D.I.Y. Malaysia.

Sejajar dengan usaha kami untuk memuaskan kehendak pengguna alaf baharu yang mencari kemudahan dan nilai tambah dalam pembelian mereka, kami telah meningkatkan inovasi dalam perniagaan kami dan meneroka segmen eDagang. Sehingga kini, Shopee merupakan platform eDagang pertama yang dilantik menjadi rakan kami atas kekuatan mereka yang mempunyai daya tarikan yang kuat dalam pasaran tempatan, ditambah dengan perkhidmatan tambah nilai dan kempen inovatif,” Aadrin Azly, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit, PETRONAS Dagangan Berhad.
“Bagi kami di MYDIN, sebuah syarikat tempatan terbesar dalam pemborongan dan peruncitan sejak 1957 , keputusan memilih rakan eDagang yang boleh dipercayai adalah amat penting. MYDIN melihat eDagang sebagai saluran perniagaan yang penting untuk menyokong perniagaan tradisional yang memerlukan kedai sendiri. Dengan Shopee, kami boleh menawarkan Penghantaran Percuma ke seluruh Malaysia. Kami beruntung dapat bekerjasama dengan Shopee dalam memberikan penjimatan hebat dari produk berasaskan makanan dan bukan makanan kepada semua pelanggan kami di seluruh negara dalam memenuhi keperluan seisi keluarga,” Malik Murad Ali, IT Director, MYDIN Malaysia.
“Apabila kami mengambil keputusan untuk meningkatkan kehadiran dalam talian kami menjangkau Kedai Dalam Talian Digi, Shopee merupakan platform eDagang pertama di minda dan kami telah bekerjasama secara konsisten dalam semua kempen. Kami melihat, semakin ramai pengguna Digi menikmati pembelian secara dalam talian yang memudahkan mereka ketika membeli tambah nilai prabayar dari Kedai Rasmi Digi dan kami bercadang untuk menyediakan lebih banyak tawaran hebat pada masa akan datang dalam usaha menjadi rakan kehidupan digital pilihan pengguna,” How Lih Ren, Ketua Jabatan iTelco Digi.
“Kami memilih Shopee sebagai rakan eDagang pilihan berdasarkan perkembangan pesat mereka dalam masa yang singkat dengan jutaan pengguna di seluruh Malaysia. Dengan 330 kedai MR. DIY di seluruh negara disokong oleh Shopee, kami mampu memenuhi keperluan seisi rumah pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” Andy Chin, Ketua Jabatan Pemasaran, MR. DIY.

Untuk menghargai para pelanggannya Shopee akan menganjurkan jualan murah bersempena ulang tahunya bermula 1 hingga 14 Disember juga Shocking Sale dengan harga produk serendah RM12 yang akan berlangsung 5 kali sehari, Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi dan pelbagai lagi promosi yang mengujakan.

Rakan rasmi termasuk Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX, and Photobook akan menyertai sambutan tersebut dengan promosi eksklusif tersendiri untuk pengguna Shopee. Promosi kemuncak termasuklah baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual pada RM12 dan cabutan bertuah yang membolehkan 121 pembeli bertuah memenangi 1,212 B Points daripada B Infinite.

Pelbagai hadiah menarik juga menanti termasuk percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. 

Unutk melayakkan diri, korang cuma perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang bulan Disember dan dah layak untuk turut serta dalam pertandingan ini, mudah kan!


Pertandingan Media Sosial
Shopee turut merancakkan jualan dengan melancarkan Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir dari 21 November hingga 12 Disember. Pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook korang. Selain itu, Shopee turut menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017. Korang boleh mengambil dan berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan di Shopee di Instagram dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu.

“2017 merupakan tahun yang hebat bagi Shopee. Kami akan terus menumpukan perhatian untuk melaksanakan inovasi atas platform kami dan mempelbagaikan rangkaian produk kami pada masa akan datang. Kami akan terus komited untuk membantu jenama dan usahawan tempatan untuk berkembang dan terus berusaha untuk merentas sempadan eDagang untuk menjadi destinasi pilihan untuk membeli-belah dalam talian yang terkemuka di rantau ini,” kata Ho, mengakhiri kenyataannya.

Jom kita sama-sama raikan Ulangtahun ke-2 bersama Shopee.

Laman Sesawang : www.shopee.com.my/birthday

Instagram : www.instagram.com/Shopee_MY

Facebook : www.facebook.com/ShopeeMY

Atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.

Post a Comment

6 Comments

  1. Shop shop shop u til u droppppp

    ReplyDelete
  2. Thank you, kakak manis!!! Muahhhhssss!

    ReplyDelete
  3. Saya belum pernah try shopping kat shoppee lg kak..

    ReplyDelete
  4. Ada beli kat shopee tapi beli asing-asing. Tak bolehlah RM100 dalam sekali pembelian

    ReplyDelete
  5. hepi befdey shopee! nanti free, jom join giveaway EmaLisa pulak ya http://www.lubukseni.com/2017/11/lubuk-seni-giveaway.html

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!