Tahniah buat pasangan sama cantik sama manis Fattah Amin dan Fazura Sharifudin yang telah bergelar suami dan isteri malam tadi. Kalau tengok pada tarikh 27 November 2017 tak ada yang menarik tapi mungkin pada Fattah Amin yang berusia 27 tahun kot. Sebelum ni pun FA pun ada keluarkan kenyataan tidak menolak sekiranya jodohnya dengan wanita berusia dan akhirnya jodohnya dengan Fazura yang berusia 34 tahun yang cantik dan manis. Apa pun umur tu hanya nombor dan apa yang penting kesefahaman, saling bekerjasama dan hormati menghormati dan tau menjaga maruah untuk si suami dan isteri antara intipati dalam perkahwinan yang bahagia dan berkekalan..Insya Allah
Umi memang suka dengan Fazura sejak dia berlakon cerita Gol dan Gincu dan jugak Pisau Cukur yang paling diingati dan ada lagi drama yang dilakonkannya tapi G&G dan PC tu memang tak boleh dilupa dengan karakter Fazura yang sangat 'in' dan cheeky dalam cerita tu.
Eh Umi bukan la peminat tegar tapi rasa seronok bila pasangan selebriti atau yang seangkatan dengannya bernikah dan mewar-warkan kepada umum dan tidak menyembunyikan dari pengetahuan hingga menimbulkan fitnah kan
Eh Umi bukan la peminat tegar tapi rasa seronok bila pasangan selebriti atau yang seangkatan dengannya bernikah dan mewar-warkan kepada umum dan tidak menyembunyikan dari pengetahuan hingga menimbulkan fitnah kan
Allah سبحانه وتعالىberfirman:
وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٤٩﴾
“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)
Dah jadi selebriti ni memang la istimewa walau majlis pernikahan dibuat secara tertutup tapi masih diumumkan pada orang ramai, tu yang penting dan sempena itu juga stesen radio Era memberi 3 jam waktu siarannya untuk menyiarkan lagu-lagu buat pengantin baru dan korang masih sempat lagi nak dengar tau..hehe
2 Comments
Happy sangat dorang kahwin. Sama cantik sama padan :)
ReplyDeletealhamdulillah. mek pun seronok tgk diaorang kawen. sbb fazura ni polite skit. haha
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!