7 Kafe Unik di Bangkok

Okay Umi nak share kafe unik di Bangkok yang mana tau korang boleh jengah dan berswafoto sebab taraf Halal tu memang tak ade la ya tapi untuk kenangan dan yang pasti korang yang suka simpan gambar kenangan pasti teruja walau tak sempat pergi ke semua kafe ni sebab kata orang seeing is believing kan.  Kalau tak tengok sendiri, mana nak tau cantik atau tidak kan.

1. Unicorn Café

Kiranya Unicorn ni bukan lagi imaginasi dan tuanpunya kafe ni sememangnya membuat kafe ni penuh dengan pelbagai imiginasi sebagai kenyataan.  Diding dan siling dihiasi dengan unicorn termasuk warna ungu pink dan minuman dan kek yang dihias seakan kita berada dialam alam khayalan

Lokasi :  Soi Sathorn 8, Bangkok, Thailand

themed cafes in bangkok



2. Little Zoo Café



Banyak haiwan yang pasti buat kita teruja seperti racoon, musang, burung hantu dan pelbagai haiwan liar yang lain untuk dijadikan teman bermain.  Kafe ini menempatkan lebih 9 jenis spesis haiwan liar yang pasti buat kita tersenyum gembira dengan aksi-aksi mereka.  Pelanggan dibenarkan bermain dan memberi mereka makan mengikut waktu yang ditetapkan.  Katanya kopi cappuccino kat sini sedap dan murah dengan harga 100-130 baht.

Lokasi : Bond St, Ban Mai, Pak Kret District, Nonthaburi 11120, Thailand


3. Sanrio Hello Kitty House
themed cafes in bangkok

themed cafes in bangkok

Restoran bertemakan Hello Kitty pasti membuat peminat Hello Kitty teruja dengan pelbagai perabut, koleksi yang terdapat di restoran ni malah menu pun diukir dengan elemen Hello Kitty yang comel dan yang pasti ramai akan memeriahkan ke restoran yang cute berwarna pink ni.

Lokasi : Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand



4. Perhaps Rabbits’ Café


Restoran yang pasti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak seperti cerita Alice in the Wonderland yang melompat masuk ke dalam lubang arnab kan.  Kafe dihias cantik dengan lantai dipenuhi rumput tiruan and setiap sudut kafe memang menarik penuh kehijauan.  Selain dekorasi dalam, makanan yang disediakan pun dihias seakan kad mainan.  Memang menarik!

Lokasi : Ekkamai 10, Bangkok, Thailand


5. Bico Café
themed cafes in bangkok



Tempat yang terbaik untuk minum kopi dan kafe ni kepunyaan sekumpulan biker veteran di Thailand dan telah menjadi destinasi pilihan orang muda yang menyukai tempat seakan dirumah dan juga tempat harus singgah untuk para bikers yang akan berkumpul sebelum dan selepas berbasikal.  Yang menariknya tuanpunya kafe ni juga menyediakan perkhidmatan baikpulih dan pastinya ni menambah tarikan kepada pengunjungnya

Lokasi : 1/5 Town in Town, Sri Wara Rd, Lad Phrao, Bangkok, Thailand


6. BTS BRICK LIVE Café

themed cafes in bangkok



Buat peminat K-Pop, kat sini ada kafe bertemakan BTS yang pasti akan membuat korang teruja lebih-lebih lagi peminat BTS kan.  Dengan lukisan dinding dan banyak lagi yang diilhamkan kegemaran dari band boy ni.  Jadi kalau korang peminat BTS, jangan tak singgah tau

Lokasi : Bang Kapi, Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand


7. Hajime Robot Restaurant




Pasti kita teruja kan bila masuk restoran dan makanan dihidangkan oleh robot disebuah restoran makanan Jepun dan Jepun sememangnya amat terkenal dengan teknologi robotiknya (betul kan). Mudah jer nak buat pesanan makanan, cuma tekan menu kat skrin dan duduk sementara si robot datang menghidangkan makan sambil menari.ha kan hiburan sambil menikmati makanan!

Lokasi : Tingkat 3, Monopoly Park, Jalan Rama 2, (Industrial Ring road), Bangkok, Thailand


sumber : tripzilla

Post a Comment

3 Comments

  1. Comelnya cafe unicorn. Tapi kalau sampai nak masuk hello kity dulu. Comel comel!

    ReplyDelete
  2. ada cafe Cabbage & Condoms di Sukhumvit....nama pun cam ngeri je..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!