1. Unicorn Café
Kiranya Unicorn ni bukan lagi imaginasi dan tuanpunya kafe ni sememangnya membuat kafe ni penuh dengan pelbagai imiginasi sebagai kenyataan. Diding dan siling dihiasi dengan unicorn termasuk warna ungu pink dan minuman dan kek yang dihias seakan kita berada dialam alam khayalan
Lokasi : Soi Sathorn 8, Bangkok, Thailand
2. Little Zoo Café
Banyak haiwan yang pasti buat kita teruja seperti racoon, musang, burung hantu dan pelbagai haiwan liar yang lain untuk dijadikan teman bermain. Kafe ini menempatkan lebih 9 jenis spesis haiwan liar yang pasti buat kita tersenyum gembira dengan aksi-aksi mereka. Pelanggan dibenarkan bermain dan memberi mereka makan mengikut waktu yang ditetapkan. Katanya kopi cappuccino kat sini sedap dan murah dengan harga 100-130 baht.
Lokasi : Bond St, Ban Mai, Pak Kret District, Nonthaburi 11120, Thailand
3. Sanrio Hello Kitty House
Restoran bertemakan Hello Kitty pasti membuat peminat Hello Kitty teruja dengan pelbagai perabut, koleksi yang terdapat di restoran ni malah menu pun diukir dengan elemen Hello Kitty yang comel dan yang pasti ramai akan memeriahkan ke restoran yang cute berwarna pink ni.
Lokasi : Pathum Wan, Bangkok 10330, Thailand
4. Perhaps Rabbits’ Café
Restoran yang pasti mengimbau kenangan zaman kanak-kanak seperti cerita Alice in the Wonderland yang melompat masuk ke dalam lubang arnab kan. Kafe dihias cantik dengan lantai dipenuhi rumput tiruan and setiap sudut kafe memang menarik penuh kehijauan. Selain dekorasi dalam, makanan yang disediakan pun dihias seakan kad mainan. Memang menarik!
Lokasi : Ekkamai 10, Bangkok, Thailand
5. Bico Café
Tempat yang terbaik untuk minum kopi dan kafe ni kepunyaan sekumpulan biker veteran di Thailand dan telah menjadi destinasi pilihan orang muda yang menyukai tempat seakan dirumah dan juga tempat harus singgah untuk para bikers yang akan berkumpul sebelum dan selepas berbasikal. Yang menariknya tuanpunya kafe ni juga menyediakan perkhidmatan baikpulih dan pastinya ni menambah tarikan kepada pengunjungnya
Lokasi : 1/5 Town in Town, Sri Wara Rd, Lad Phrao, Bangkok, Thailand
6. BTS BRICK LIVE Café
Buat peminat K-Pop, kat sini ada kafe bertemakan BTS yang pasti akan membuat korang teruja lebih-lebih lagi peminat BTS kan. Dengan lukisan dinding dan banyak lagi yang diilhamkan kegemaran dari band boy ni. Jadi kalau korang peminat BTS, jangan tak singgah tau
Lokasi : Bang Kapi, Huai Khwang, Bangkok 10310, Thailand
7. Hajime Robot Restaurant
Lokasi : Tingkat 3, Monopoly Park, Jalan Rama 2, (Industrial Ring road), Bangkok, Thailand
sumber : tripzilla
2 Comments
Comelnya cafe unicorn. Tapi kalau sampai nak masuk hello kity dulu. Comel comel!
ReplyDeleteada cafe Cabbage & Condoms di Sukhumvit....nama pun cam ngeri je..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!