Assalammualaikum wbt
Siapa antara kita tidak merasa desakan dalam hidup terutama dengan krisis ekonomi dunia, negara dan semestinya menarik kita ke dalam krisis yang sama, kemelut kewangan keluarga walau pelbagai usaha telah kita lakukan malah mungkin merasa tertekan bila setiap usaha kita hampir menerima jalan buntu dan lebih parah kita membuat pinjaman dan pinjaman harus dilangsaikan. Jangan kita terus buntu dan menyerah kalah, sebaiknya kita memohon hajat kepada Allah SWT di samping usaha yang telah dibuat. Memohon hajat yang boleh dibuat melalui solat hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya.
** Ingatan dan panduan untuk diri sendiri. Ada banyak versi solat hajat yang Umi jumpa sewaktu membaca tapi yang Umi kongsikan ni Umi ambil dari JAKIM. Nanti kalau ada kesempatan Umi kongsi yang lain pulak ya

Rasullah SAW bersabda : Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah atau daripada seorang manusia maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat - Riwayat At Tarmizi
Solat hajat adalah solat untuk kita memohon sesuatu hajat yang tertentu kepada Allah SWT, sama ada semasa senang, lebih-lebih lagi ketika mengalami kesulitan dan kesukaran, memohon diberi kebaikan didunia, dimurahkan rezeki, diberi kebaikan di akhirat, istiqamah dalam ibadah, dijauhkan keburukan dunia seperti kegagalan dalam hidup, penyakit, kemiskinan, dijauhkan keburukan akhirat seperti perbuatan maksiat, mungkar dan yang memohon pelbagai kebaikan untuk diri, keluarga dan sesiapa saja
*********************
Solat sunat hajat boleh dikerjakan secara ringkas sebanyak dua rakaat. Bagi mereka yang ingin memanjangkannya sehingga 12 rakaat. Setiap 2 rakaat dengan 1 salam.
Ia boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing dan juga boleh juga dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama.
Waktu mengerjakan solat hajat adalah pada bila-bila masa sama siang atau malam, kecuali waktu yang diharamkan solat, tapi disyorkan waktu yang lebih sesuai iaitu selepas tengah malam atau selepas 2/3 malam. Waktu ini kita akan lebih khusyuk untuk mengerjakan solat hajat dan lebih tenang untuk kita memohon kepadaNya, Insha Allah
***************************
Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat
Berikut cara solat hajat yang boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat.
Lafaz niat solat Hajat:
Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.”
Bacaan
Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali.
Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 10 kali.
Selesai membaca tasbih berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang baik (ketika masih dalam keadaan sujud)
Doa Solat Sunat Hajat
Setelah memberi salam, bacalah doa di bawah.
Kemudian pohonlah apa-apa yang dihajati, boleh diulangi doa tersebut dan setelah selesai berdoa hendaklah diakhiri dengan selawat iaitu:
Insya Allah, mudah-mudahan segala apa yang dihajati, yang telah dipohon di samping usaha gigih serta tepat yang telah dilakukan akan dimakbulkan oleh Allah SWT. Wallahua’lam…
Panduan solat hajat di atas dipetik dari Panduan Qiamullail, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Nota :
Semoga kita sama-sama mengambil kesempatan serta gunalah peluang untuk memohon kepada Allah swt untuk mendapat segala kebaikan dan kelapangan jiwa dan dimurahkan rezeki. InsyAllah
5 Comments
Alhamdulillah. Thanks for sharing. Semoga sama sama dapat berubah kearah kebaikan :)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Thanks for sharing. Semoga sama sama dapat berubah kearah kebaikan :)
ReplyDeletetq 4 sharing =) smoga mudh mndpt ap yg dihajati hendaknya
ReplyDeleteterima kasih sharing terbaik ini
ReplyDeletetq for sharing
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!