Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka | Bila tiba musim cuti sekolah atau cuti
perayaan, mesti korang terasa nak turut bercuti kan tapi bila terkenangkan
kesesakan jalan dan jugak kos perjalanan terutama dengan harga minyak yang bila
naik tu mencanak dan bila turun tu terkadang alahai..sikit nauu. Apa kata
korang gi staycation di One World Hotel jer.
Macam mana nak tempah bilik di One
World Hotel ? klik book
one world hotel here dan korang tak payah fikir kos-kos
yang semakin memeningkan jiwa raga tu sebab anak-anak bila kita cakap jer nak
pergi bercuti walau cuma menginap kat hotel pun diaorang memang teruja sakan
walaupun jarak hotel dengan rumah tu sepelaung jer kann..hehe
Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka |
One World Hotel terletak di First Avenue,
Bandar Utama City Centre kiranya bersebelahan dengan Seri Pentas TV3 dan One
Utama Mall. Hotel bertaraf 5 bintang ini yang mempunyai 438 bilik dari
kategori biasa dan bilik suite ni terletak begitu strategik yang menjamin
keselesaan dan merasa tenang walaupun hotel ini terletak dikawasan yang sibuk. Hiasan dalaman hotel ini memang mewah dihiasi dengan jubin merah yang semestinya mahal & deko yang cntik belaka. Dengan keluasan 40 kps bagi setiap bilik biasa dan 70 kps untuk bilik suite
memang akan buat korang rasa selesa dengan dan ni dilengkapi dengan TV LCD 50
inci disetiap bilik, WiFi percuma, suratkhabar, set membuat kopi dan teh, welcome
fruit platter, servis bilik 24 jam, peti simpanan dan banyak lagi
Apa yang menarik di sekitar One World
Hotel ?
Korang tau tak disekitar One World Hotel
ni banyak tempat menarik bukan untuk terjah jer tapi membeli belah di One Utama
Mall, pusat membeli belah terulung dengan 600 kedai, panggung wayang dan tempat
bermain bowling seterusnya sambung membeli belah tak pun window
shopping kat The Curve, IKEA jadi korang yang kaki shopping memang
akan penuh aktiviti seharian dan jangan lupa pulak untuk anak-anak, singgah la
ke KidZania dan seterusnya tonton wayang di GSC 1 Utama. Serius memang
jadual korang akan padat tapi kalau rasa tak penat boleh la naik MRT untuk ke
destinasi pilihan.
Selain dari itu, One World Hotel juga
menyediakan perkhidmatan shuttle ke Taman Tema Sunway Lagoon, Stesen KL
Sentral, Petronas Twin Tower secara percuma..haa kan untung dan jimat kan.
Kalau dah penat boleh la balik ke hotel
beristirehat didalam bilik yang menyenangkan tak pun pergi ke spa, sauna atau
mandi stim..memang hilang rasa penat tu semua.
Kalau lapat pilih saja kat mana mana nak
makan samada di Restoran Cinnamon, makanan cina di Restoran Zuan Yuan atau
makanan Jepun di Restoran Kura, apa yang pasti perut kenyang dan semestinya
akan meninggalkan kenangan yang indah.
Untuk mendapatkan penjimatan dengan potongan harga
yang berbaloi, korang tempahlah bilik di One World Hotel ni dengan Traveloka
dan yang pasti sangat mudah dan selamat.
Bagaimana untuk membuat tempahan bilik ?
- Log masuk ke Traveloka > www.traveloka.com dan berdaftar supaya senang untuk membuat tempahan dimasa yang
lain
- Taipkan One World Hotel di ruangan Destinasi/Nama Hotel dan Tempoh
Penginapan
- Klik cari Hotel dan Tempah
Mudah kan!
Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka |
Ataupun cara korang disarankan untuk muat
turun aplikasi Traveloka melalui Google Play Store atau Apps Store dan
seterusnya sebarang tempahan bilik hanya di hujung jari korang.
Tempah Bilik di One World Hotel bersama Traveloka |
Kenapa Traveloka ?
- Traveloka menawarkan harga termasuk semua cukai, surcaj dan payment
fee
- Dengan menggunakan aplikasi Traveloka, kita akan dapat harga terbaik
dan pelbagai promosi menarik
- 2,000,000+ review adalah dari pelanggan sebenar yang
berpuashati untuk kita percaya dan membuat sebarang keputusan
- Setiap tempahan adalah dijamin dan kalau ada sebarang terlebih
tempahan (overbooked') atau ada masalah dengan tempahan,
pihak Traveloka akan syorkan hotel dengan kategori yang sama tanpa bayaran
tambahan atau pulangan wang
- Pilihan pembayaran melalui credit card, debit card, internet banking
atau di 7-Eleven tanpa caj tambahan
- Tawaran Istimewa bagi ahli yang mendaftar dengan Traveloka
Jadi tunggu apa lagi. Jom bercuti tanpa pening kepala. Traveloka dulu!
Instagram : travelokamy
3 Comments
Best hotel if nak stay dkt dgn shopping mall...
ReplyDeleteDengan traveloka memang semua jadi senang. Traveloka terbaik ^^
ReplyDeletemenarik ni umi.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!