Ibu Bapa Perlu Ambil Perhatian Sekiranya Anak Sering Batuk | Pneumonia atau dipanggil radang paru-paru bukan saja dihidap orang dewasa tapi merupakan penyebab kematian ke 5 dikalangan kanak-kanak di Malaysia yang berusia bawah lima (5) tahun..like seriously?
Sekiranya si anak mula batuk, sila ambil perhatian kerana batuk adalah antara tanda awal yang perlu diberi ambil kira dalam mencegah pneumonia.
Nota : Ada banyak kes dimana seorang dewasa meninggal dunia akibat pneumonia bila mendapat demam, lambat mendapat rawatan sehingga mengakibatkan radang paru-paru.
Kenali Pneumonia < SINI >
APA ITU PNEUMONIA? | Jangkitan paru-paru disebabkan oleh virus daripada bakteria Streptococcus pneumoniae (S.pneumoniae), bakteria dan kulat. Kajian menunjukkan pneumonia boleh berjangkit!
ADAKAH IA SERIUS ? | Ya, diseluruh dunia, seorang kanak-kanak mati setiap 20 saat akibat pneumonia yang merupakan penyebab kematian ke 5 dalam kalangan kanak-kanak Malaysia berusia bawah lima tahun
SIAPA YANG BERISIKO ? | Kanak-kanak yang baru lahir hingga ke usia 2 tahun dan sesiapa yang berusia 65 tahun ke atas dijaga di pusat jagaan harian, penyakit kronik, sistem imunisasi lemah dan tidak diberi vaksinasi, pesakit asma dan beberapa faktor lain bergantung kepada kesihatan sesetengah individu.
TANDA-TANDA | demam panas, hilang selera makan, menggigil, batuk berkahak kuning atau berdarah dan pernafasan menjadi laju serta bibir menjadi biru
TINDAKAN | Cegah pnuemonia bagi anak-anak kita dengan mengenal pasti tanda awal pneumonia, dapatkan rawatan seawal mungkin dan dapatkan imunisasi sebagai pelindungan yang terbaik
Tip pencegahan pneumonia
- penyusuan susu ibu ekslusif selam enam bulan
- amalan kebersihan diri dan basuh tanga
- elakkan merokok dan membakar ubat nyamuk didalam rumah
Berikut adalah vaksin yang penting serta berupaya melindungi anak-anak kita :
- vaksin penumokokus
- vaksin haemophilus influenzae jenis B (UIB)
- vaksin pertusis (batuk kokol)
- vaksin varisela (cacar air)
- vaksin demam campak
- vaksin influenza (flu)
KISAH UMI DAN PNEUMONIA
Pneumonia ni suatu penyakit yang sangat Umi takut dari dulu hingga sekarang. Bila selesema je, Umi akan pastikan Umi berpantang makan benda yang sejuk untuk mengelakkan penyakit pneumonia yang Umi hidap sedari kecil datang bertandang hehe. Alkisah Umi masa kecil menghidap pneumonia yang agak pelik sebab air liur Umi tersangat sejuk macam ais kata mak. Waktu tu usia Umi dalam 8 bulan dan setiap hari mak kena ke hospital Tung Shin di Jalan Pudu untuk buat pemeriksaan dan kena cucuk tu memang pasti dan mak tak ingat berapa lama tapi seperti yang doktor cakap kena datang setiap hari sampai Umi benar-benar sembuh. Kesian kat mak sebab kena naik bas dari rumah di Setapak ke Jalan Pudu sambil mengendong Umi yang katanya chubby...sayang gambar Umi masa kecil tak tahu kat mana tah selepas kami berpindah tapi gambar-gambar Umi semasa disekolah rendah tu ada la.
Kemudian bila meningkat remaja, sekali lagi Umi bermasalah dengan paru-paru berkahak sampai memang susah nak bernafas dan mak Umi pun bawak Umi ke hospital dan doktor bagitahu Umi kena habiskan ubat dan kalau tak baik kahak tu akan disedut...gulp...haaa siapa tak takut bila nak kena sedut bagai dan boleh bayangkan kesakitan tu lagi..haha. Demi kesihatan dan ketakutan, Umi kena la makan ubat walau Umi ni memang penakut yaamat dan even sekarang pun bila selesema jer memang Umi kena berjaga sebab bila kahak tak boleh keluar, memang akan terkumpul di paru-paru sampai nak bernafas tu memang payah tapi tetap usaha..kalau tak mau kena tahan kat wad kan.
Jadi kesimpulannya untuk sesiapa saja yang bakal punya anak dan dah ada anak, pastikan kesihatan anak tu terjaga dan pastikan bila mereka demam dan selesema jangan ambil mudah ya.
Jadi kesimpulannya untuk sesiapa saja yang bakal punya anak dan dah ada anak, pastikan kesihatan anak tu terjaga dan pastikan bila mereka demam dan selesema jangan ambil mudah ya.
1 Comments
Terima kasih kongsi tips yang bermanfaat tentang pneumonia. Memang takut bila kena selsema walaupun it's common.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!