Anak-anak merupakan harta dan amanah ALLAH. Ia merupakan satu tanggungjawab besar. Anak-anak juga merupakan aset yang akan membantu apabila ibu bapa meninggal dunia melalui doa-doa mereka.
Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a. merekodkan, Rasulullah s.a.w berkata, "Apabila meninggal dunia seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah amal jariah, ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain dan anak soleh yang akan mendoakan untuknya"
Selain menjaga, mendidik anak-anak adalah wajib. Oleh itu, apakah cara yang lebih baik untuk mendidik mereka? Selain mendidik anak-anak mengenali ALLAH, Rasulullah s.a.w berpesan supaya anak-anak diajar mendirikan solat.
Iman Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim dan Abdullah bin Amru r.a merekodkan dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w berpesan, "suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila telah berumur tujuh tahun dan pukulllah mereka jika enggan mengerjakan solat apabila berusia sepuluh tahun."
Selain diminta supaya mengerjakan solat, anak-anak juga digalakan menghadiri majlis ilmu bagi menambahkan pengetahuan mengenai ilmu agama. Majlis ilmu merupakan taman syurga yang tidak sepatutnya dihadiri oleh orang dewasa sahaja tetapi anak-anak jugak perlu dibiasakan menghadiri majlis sebegitu.
Menjaga Anak Amanah Allah |
Imam at-Tabrani dari Ibnu Abbas r.a. merekodkan dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w berkata, "Apabila kamu berjalan melalui taman syurga, maka singgahlah disitu." Lalu sahabat bertanya, "Apakah taman syurga itu ya Rasulullah?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Taman syurga itu adalah majlis-majlis ilmu."
Anak-anak juga digalakkan membaca al-Quran supaya suasa rumah sentiasa memiliki ciri-ciri keislaman dan bukan didedah dengan budaya barat seperti memutarkan lagu-lagu yang boleh melalaikan. Jika tidak membaca al-Quran, putarkanlah kaset bacaan al-Quran juga siaran radio yang bercirikan Islam.
Abu Hurairah r.a. merekodkan dalan satu hadis, Rasulullah s.a.w mengingatkan, "Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan mearikan diri dai rumah yang dibacakan didsalam surah al-Baqarah."
Sesungguhnya tanggungjawa ibu bapa dalammenjaga dan memberikan didikan kepada anak-anak bukanlah perkara mudah. Ia tidak boleh diserahkan bulat-bulat kepada guru yang membentuk keperibadian anak-anak dan mereka menjadi contoh kepada anak-anak yang dipimpinnya.
Memberi nasihat kepada anak-anak juga merupakan tanggungjawab yang bukan kerja remeh. Dalam al-Quran surah al-Luqan, banyak sekali pesanan Luqman kepada anak-anaknya.
Nasihat Luqman kepada anak-anaknya boelh diterapkan oleh ibu bapa dalam menasihati anak-anak mereka
Ayat 13, surah al-Luqman, ALLAH berfirman yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Luqman memberi nasihat kepada anaknya, "Wahai anak kesayanganku! Janganlah kamu mensyirikkan ALLAH (dengan sesuatu yang lain). Sesungguhnya perbuatan syirik itu merupakan satu kezaliman yang besar."
Sementara itu didalam surah yang sama ayat 17, ALLAH berfirman maksudnya, "Wahai anak kesayanganku. Dirikanlah solat dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah dari kemungkaran dan bersabarlah atas segala bencaran yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perakara yang perlu diambil beat melakukannya."
Apa yang dijelaskan ini hanya sebahagian surah al-Luman. Banyak lagi pesanan Luqman keapa anaknya. Maka bacalah surah ini untuk mengetahui keseluruhan pesanan tersebut.
Nota:
Catatan dikongsi dari buku 100 Pesanan Terakahir Rasullah (bab 61)
pemberian dari blogger +Ana Suhana
Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki
6 Comments
Semoga kita menjadi hamba yang menjaga amanah yg diberi kak. Bukan mudah tp InsyaAllah kita cuba sebaik mungkin.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian umifuzy . Betul , anak juga adalah rezeki daripada Allah (:
ReplyDeleteanak adalah tanggungjawab terbesar dari allah buat kita kan
ReplyDeleteanak mmg amanah Allah. suatu masa mmg akn ditanya. semoga mnjadi anak2 yg soleh.. aaminnn..
ReplyDeletePC belum Allah izin menjadi ibu...tapi PC seorang anak..babah mma selalu cakap...anak-anak ni cermin mak ayah dia...baik atau tidak akhlaknya,mak ayahnya dulu orang sebut.Pandai-pandailah bawa dan jaga diri,mungkin mak ayah ajar kita semampunya mereka..tapi kita usaha lagi gali ilmu untuk jadi anak yang soleh solehah.
ReplyDeleteInsyaAllah akan gunakan pesanan ni masa hadapan....
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!