Berapa ramaikah di antara kita redha apabila ALLAH memberikan dugaan atau ujian? Bagi mereka yang beriman, mereka menganggap itu adalah ujian yang akan meningkatkan keimanan tetapi bagi yang tidak beriman, pasti menganggap ALLAH tidak sayangkan mereka dan sengaja mahu menyusahkan. Nauzubillah
ALLAH telahpun memberi peringatan dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3, bermaksud," Patutukah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya KAMI menguji orang yang terdahulu daripada mereka supaya dengan ujian seperti itu, nyata apa diketahui ALLAH mengenai orang yang sebenarnya beriman dan ternyata pula diketahui mengenai orang yang berdoa"
Ayat itu mengingatkan kita, tidak semudah itu untuk mengatakan kita beriman sebelum diuji dengan dugaan ALLAH. Ini kerana ujian itu merupakan satu syarat sama ada kita redha atau tidak dengan ujian yang ALLAH turunkan.
Rasulullah s.a.w sendiri diuji dengan pelbagai tuduhan dan fitnah sepanjang menyebarkan agama Islam kepada kaumnya. Hebatnya ujian itu bukan sedikit malah kaum keluarganya juga menerima ancaman. Selain itu para sahabat juga menghadapai perkara yang sama.
Didalam keadaan seperti ini, tidak ada yang lebih utama selain kesabaran dan keimanan terhadap ALLAH dan menganggap ia bukan penghalang untuk menyebarkan agama.
Hadis Imam Muslim, Rasullah s.a.w berkata, "Betapa ajaibnya orang yang beriman itu, sesungguhnya semua perkara adalah baik buat mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi orang mukmin. Jika memperolehi kegembiraan dia berterima kasih dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya."
Perlu diingat, ujian adalah tanda kasih dan cinta ALLAH terhadap kita. Hadis oleh Imam at-Tarmizi daripada Anas, RAsullah s.w.w berkata, "Apabila ALLAH cinta kepada suatu kaum, mereka diuji. Barang siapa redha menerima ujian itu, ALLAH redha pula kepadanya. Dan barang siapa yang marah (tidak redha), maka ALLAH murka kepadanya."
Ramai yang tidak sedar, sesuatu ujian yang ALLAH turunkan pasti ada hikmah yang tersembunyi. Mereka yang menyedari tidak akan merintih sebaliknya tabah menghadapi.
Ini dijelaskan di dalam satu hadis daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah, Rasullah s.a. berkata, " Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang tlah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan ALLAH menghapuskan sebahagian daripada dosanya."
Setiap ujian yang menimpa seseorang muslim itu pasti akan diberi pahala oleh ALLAH S.W.T. Sebesar mana ujian tersebut, maka besar jugalah ganjaran pahala yang akan diperolehi. Sebagai hamba, seseorang itu hendaklah sentiasa redha dengan ujian yang melanda. Orang yang redha akan menjadi hamba yang dikasihi oleh ALLAH. Apabila ALLAH mengasihi, maka tempat yang paling layak buat hamba yang redh ini adalah di sisi ALLAH di syurga kelak. Insya-ALLAH
Oleh itu segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa seseorang mukmin merupakan penghapus dosa yang pernah dilakukkan sebelum ini. Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpa sebagai nikmat dan menerima setiap musibah dengan redha akan mendapat balasan pahala daripada ALLAH selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya
Catatan dikongsi dari buku 100 Pesanan Terakhir Rasullah (halaman 161)
pemberian dari blogger Ana Suhana
Penulis : Muhd Nasruddin Dasuki
6 Comments
Singgah pagi jumaat...
ReplyDeleteYakin dengan Allah..
good sharing... ujian tanda Allah syg kepada kita. Dia nak kita dekat dgnNya..
ReplyDeletela haw la wala quwwata illa billahhh.. tiada daya dan kekuatan melainkan dgn pertolongan ALLAH jua..
ReplyDeleteSalam Jumaat Umi. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Semoga akan terus kuat walau diberi seberat mana pun ujian :D
ReplyDeletetq atas peringatan
ReplyDeleteI'm crying reading this. malam tadi mai baru saja dirompak rm900. terima kasih untuk peringatan ni T_T
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!