Resipi | Ikan Jenahak Bersos Cili Nenas

Assalammualaikum wbt | Hari ni 01 Januari 2018,  hari pertama di tahun baru yang sangat berbeza sebab kekurangan ahli keluarga tak seperti tahun-tahun yang lalu.  KC baru jer balik ke Jitra hari Sabtu yang lalu dan KY pulak akan menamatkan sem 1 dan akan balik dalam 3 - 4 hari lagi.  Selain dari tu tak de yang extra ordinary tapi jiwa lebih tenang ^__^

Sebenarnya masakan ni bukan dibuat hari ni, rasanya dah beberapa bulan kot tapi entah kemana hilang gambar yang di'snap' tapi tetibu timbul pulak..hehe

Kalau ikut selera Umi memang sedap sebab ada rasa masam-masam nenas dan pedas ditambah dengan wangi daun ketumbar dah cukup dengan sepinggan nasi panas..rasanya bukan sepinggan kot..haha



Ikan Jenahak Bersos Cili Nenas

Bahan utama:

1 ekor ikan jenahak  ( dipotong dua, ikut kesukaan)
boleh juga kalau nak guna ikan merah atau bawal


Bahan-bahan:

5 biji cili merah, dikisar
7 biji cili api, dikisar
1/4 bijii nenas, dikisar
3 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 labu bawang holland, dimayang
daun ketumbar

** kalau nak tukar nenas dengan mangga pun boleh

Cara membuatnya:

  • Ikan digoreng garing dan letak tepi
  • Tumbuk atau kisarkan cili merah, cili api dan kemudian nenas (jangan terlalu hancur)
  • Panaskan kuali, masukkan bawang merah, bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan cili kisar yang dicampur nenas, goreng hingga garing.  Pastikan api jangan terlalu besar
  • Masukkan bawang besar, bila nampak agak layu, tutup api
  • Tuangkan sos cili nenas keatas ikan dan letakkan daun ketumbar. Siap!
Selamat mencuba!

Nota : Umi lebih suka tumbuk bawang supaya tidak terlalu halus dan bila digoreng masih terasa


Post a Comment

3 Comments

  1. Ikan garing lepas tu ada rasa manis nenas dan pedas cili perghh memang sedap kak. Tak yah lauk lain pun takpe.

    Selamat tahun baru kak. =)

    ReplyDelete
  2. Sila masak lebih dan hantar ke Batu Caves

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!