10 Cara Jimat Membeli Kereta

Semua orang pasti ada hasrat atau  teringin nak ada kereta walau budak sekolah rendah pun dah berangan nak punya kereta idaman dari jenama Proton, Peroda mahupun jenama luarnegara seperti  Audi, BMW, Mazda kan. Apa-apa pun kena ada angan² dulu atau target dan kemudian buat research macam mana nak pastikan angan² tu menjadi kenyataan sebab kereta adalah suatu keperluan bagi yang bujang mahupun yang telah berkeluarga. Apa pun jom kita rancang cara jimat membeli kereta supaya terlaksana akhirnya.

Jimat Beli Kereta

5 Cara Jimat membeli kereta yang perlu kita fikirkan antaranya adalah :

1. Beli kereta ikut kemampuan

Harus kita tahu apabila kita teringin nak membeli kereta tu, kita kena tahu kemampuan kita dari segi gaji, perbelanjaan hidup kemudian jenis kenderaan dan harga on the road.  Baik kata pepatah, ukur baju dibadan sendiri jangan. Pastikan kita membeli kereta yang ada nilai jual balik dan bukan yang cepat susut nilai melainkan kita akan pakai kereta tu sampai bila-bila ;D

Nak tau pengiraan cuba buat pengiraan kat Loan Calculation kat SINI

Nak tau tips membeli kereta kereta baru baca SINI


2. Beli secara tunai

Memang tak lojik kalau gaji RM2,000 nak beli kereta secara tunai kan tapi kalau kita memang seorang yang jimat dan rajin  bekerja dan yang paling penting pandai simpan duit memang sah kita boleh beli dengan andaian kita simpan bulanan RM350 x 12 bulan dh jadi RM4,200


3. Beli kereta second hand

Ni cara mudah untuk mendapat kereta idaman walau pun second hand.  Kita boleh recee dulu kat beberapa kedai kereta terpakai walau agak leceh tapi pasti akan berbaloi sebab kita akan dapat harga yang terbaik untuk poket kita dan mengikut bajet kita


4. Bayar deposit tinggi

Bayaran bulanan kereta yang kita beli memang menyiksakan, tapi bayaran bulanan akan berkurangan bila kita membayar depost yang tinggi. Sebagai contoh kalau kita beli kereta Axia dan membayar deposit RM7,000, kita harga perlu membayar bulanan sekirar RM300 - RM350 sahaja dan kelebihan bila kita tak perlu membayar sewa rumah, air api sebab kita masih menetap dengan keluarga tapi yang tak tinggal dengan keluarga tu kena la ikat perut sikit ya.


5. Sambung Bayar

Pasti ada iklan penjualan kereta ataupun ada kawan-kawan yang nak menjual kereta walau masih berhutang, cara yang terbaik buat pengiraan dan check kereta tu samada dalam keadaan baik atau sebalik sebelum bersetuju dan membuat perjanjian pembelian supaya tak jadi mangsa penimpuan bila nama empunya kereta tak tukar lagi, kita dah habis bayar tup-tup kereta tu bukan hak kita.


6. Beli kereta dari ibubapa

Mana la tau kan kot ibu dan ayah punya 2 kereta tapi kalau diaorang dah pencen takkan nak guna 2 kereta kot, jadi langkah paling bijak kita beli dari diaorang dari dijual pada orang lain sekurang-kurangnya kenangan bersama kereta tu tetap kita simpan..ya ke idok


7. Beli di jualan lelong

Pihak penguasa sering jugak buat lelong kenderaan awam dengan harga yang sangat baik, jadi apa kata korang beli kat sini, untung2 dapat kereta berjenama idaman hati dengan tawaran harga yang terbaik sekali


Setelah dicongak², dibahagi², ditolak² rasanya ada 5 cara lagi yang agak baik kita praktikan dalam hal penjimatan untuk kita yang mungkin boleh diguna pakai bila kita betul-betul terdesak ya.


8. Tumpang kereta kawan

Kalau kita punya kawan sepejabat yang juga jiran kita atau dia pun tinggal berdekatan dengan kita, apa salahnya kita tumpang dia setiap hari sewaktu pergi dan balik kerja.  Ini dinamakan penjimatan terancang.  Tapi jangan la pulak kita buat bodoh jer kalau dah tumpang, bagi la duit minyak secara bulanan, pasti dia tak menyesal tumpangkan kita.


9. Guna Perkhidmatan Uber atau Grab Car

Yang ni lebih mudah, cuma muat turun aplikasi kat Google Play atau Apps Store dan guna bila diperlukan dan dah rasa umpama boss besar bila ada kereta datang jemput depan rumah lagi. 


10. Berbaik dengan jiran 

Duduk di taman perumahan ni kita perlu berbaik dengan jiran, lebih-lebih lagi jiran sebelah menyebelah rumah lebih-lebih lagi kalau jiran tu punya 2 atau lebih kenderaan tapi tak digunakan.  Mana la tau kot² dia berbaik hati nak bagi kita pinjam tapi bila berlaku kerosakan jangan la pulak buat tak tahu, tolong la baiki dan kalau ada duit lebih, mintak beli jer kot2 dapat harga murah tak pun disedekahkan terus pada kita.  Tak ke untung namanya tu.

Peace yo! Kita enjoy ya

Post a Comment

10 Comments

  1. Hihihi guna tips number 6. Eh bukan sy, tp encik tunang.

    ReplyDelete
  2. Setuju buat simpanan dulu sebelum beli kereta senang boleh bayar duit muka banyak.

    ReplyDelete
  3. nice tips... kalau blh tumpang lagi best... nk jimat naik uber je..

    ReplyDelete
  4. teringat masa memula beli kete dulu..heee

    ReplyDelete
  5. guna uber or grab tuh itu yang sebaiknye... senang mudah tak yah nak fikir nak parking kat mane bagai

    ReplyDelete
  6. nice sharing umi.. yg pertama tu paling penting. beli ikut kemampuan. setuju!

    ReplyDelete
  7. risiko beli kereta second hand ni kalau kereta tu pernah accident. Tak berapa sedap nak pakai

    ReplyDelete
  8. Terima kasih di atas tips yang berguna ni. Walaupun sekarang dah tahun 2023 tapi tips yang diberikan masih releven untuk bakal2 pembeli kereta.

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!