7 Cara Nak Jimat Data Internet

Kalau dulu internet dan data cuma kehendak kita tapi sekarang ni dah jadi satu keperluan..sadis kan. Mana taknya ia adalah keperluan yang digunakan bertujuan untuk melakukan tugasan buat para blogger dan para freelance writer (penulis bebas).  Jom tengok 7 cara nak jimat data internet kita supaya kita lebih tenang..hehe. Memang sakit hati bila nak upload gambar atau journal, punya la semput kan dan sememangnya mendatangkan amarah..haha.  Siapa tak pernah rasa, tak pernah kena? Jom jimat dan belajar berjimat cermat ya walau tak nampak tapi terasa bila belum hujung bulan jer kita dok membebel yang data kita lembab sangat. Mungkin ramai yang dah tahu tapi kurang praktikan atau ramai yang tak tahu dan boleh la belajar berjimat seperti yang Umi dah mula buat almaklumlah Umi ni sekarang dah buat kerja freelance dan bekerja on the go gitu.  

7 Cara Nak Jimat Data

1. Matikan kemas kini secara automatik (auto update) 
Perasan tak yang peranti kesayangan kita tu mesti ada timbul notifikasi untuk kita kemas kini applikasi kan.  Tahu tak yang ini pasti menelan sejumlah besar data, jadi sebaiknya matikan fungsi ni untuk menjimatkan data internet kita.  

Cara : Buka Play Store, klik Settings, pilih Auto update apps dan tekan butang Do not auto update apps


2. Kurangkan penggunaan aplikasi yang menggunakan background data. 

Cara : Pergi ke Settings dan klik Data Usage.  Kat sini kita dapat tengok aplikasi mana yang 'memakan' data tanpa kita sedar.  Klik Restrict background data yang seterusnya akan mematikan fungsi tu.


3. Guna browser yang tidak menggunakan kuota yang banyak.  Tahu tak yang setiap browser atau pelayar punyai ciri dan kelebihan tersendiri antaranya browse yang bagi penjimatan data

Cara : Muat turun  Opera yang mampu menyekat iklan dan seterusnya menjimatkan data kita.


4. Tonton video secara dalam talian.  Tahu tak yang kita akan menggunakan hampir 95% data berbanding membaca teks didalam talian.

Cara : Kawal diri dari menonton video secara berlebihan dan mungkin sebaiknya download video yang kita nak tu menggunakan wifi dirumah dan lepas tu tonton la sampai lebam dimana² saja


5. Tukar rangkaian 4G ke 2G.  Rasanya majoriti dari kita punya peranti yang punyai rangkaian sokongan 4G yang menyumbang kepada peningkatan penggunaan data, jadi sebaiknya kita tukar ke pada 2G terutama bila menggunakan aplikasi sosial seperti WhatsApp.

Cara : Klik Settings, pilih More, kemudian Moble network dan pilih GSM only.


6. Penggunaan Google Maps untuk mencari lokasi juga menyumbang penggunaan data dan apa kata kita muat turun Google Maps secara offline yang boleh membantu kita supaya tak sesat.


7. Tutup penggunaan data peranti kita bila berada di rumah dan guna wifi dirumah (kalau ada) atau  minta la password untuk wifi kat kedai mamak atau restoran sewaktu kita menjamu selera tu.

sumber : harian metro dan google

Post a Comment

8 Comments

  1. good entry!
    memang keperluan sekarang ni...

    ReplyDelete
  2. Yeah memang betul pun. Kinah pun off auto update. Tak larat le asyik kuota habis je sebab update apps. Lama2 fon pun berat dan ram pun takde besar mana.

    ReplyDelete
  3. Masalah ana pula data tak habis2 kak. Last2 bantai tgk video byk2. By the way good sharing to those yg nak save data.

    ReplyDelete
  4. Memang buat semua ni tapi tulah data laju je mengalir

    ReplyDelete
  5. tq for sharing..data rabia dah habis dh..buka2 je..loading je

    ReplyDelete
  6. jarang tengok video kalau guna mobile data ni sebab laju je habis tapi sekarang ni dekat fb bersepah video nak pulak auto play

    ReplyDelete
  7. Siqah selalu lupa nak buat point yang last sekali. Dalam rumah pun duk on je internet data walaupun ada wifi. Adoi

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!