5 Cara Membolehkan Kita Kehilangan Kepercayaan Orang | Lain sikit tajuk kali ni yang Umi nak kongsi mengikut pendapat dan pengalaman sendiri dan mungkin ada yang punyai pengalaman yang sama
Kepercayaan umpama pelincir kepada semua pertalian, persahabatan dan jugak dalam persaudaraan. Semua orang akan menilai kita dengan kepercayaan kepada kita adakah kita patut dipercayai atau sebaliknya. Bila kita dipercayai, semua akan berjalan lancar tapi bila kita tidak dipercayai, semua yang kita buat akan tergantung dan kita sendiri akan berasa hilang punca...serba salah...tu yang kita akan rasa tapi ada tak antara kita yang tak rasa bersalah dan bimbang tidak dipercayai?
1. Pentingkan diri sendiri
Semakin kita mementingkan diri sendiri, lagi akan membuatkan orang lain tidak mempercayai kita. Mungkin sekali dua orang atau rakan akan fikir "oh dia sangat berhati-hati sebab pernah terkena" tapi kalau acap kali kita lakukan..memang kita sah pentingkan diri sendiri dan yang pasti orang akan hilang kepercayaan terhadap kita
2. Berdolak-dalik
Sekiranya kita berjanji dengan orang contohnya kita meminjam duit kawan atau adik beradik dalam ertikata lain berhutang, kita seharusnya mengotakan janji paling tidak pun sentiasa update pada yang beri pinjaman bila kita akan bayar dan selepas kita gagal tunaikan pada tarikh yang dijanjikan dan sebaiknya sebelum tarikh yang dijanjikan sebab bila kita berjanji, dia yang memberi hutang akan tertunggu-tunggu. Kesian kan?
3. Sukar berterima kasih
Sesetengah dari kita sangat sukar untuk melafazkan ucapan terima kasih, kenapa? Bukan mahal pun dan ayat paling mudah untuk orang zaman sekarang adalah "thanks"..kita tak rugi mana pun malah ucapan itu akan membuat orang yang mendengar tak akan ragu-ragu untuk membantu dikemudian hari.
4. Bangga diri
Bila kita terlalu bangga diri aka bongkak dan sentiasa berasa diri tu bagus dan pandai, pasti membuat orang bosan dan segala kepercayaan orang terhadap kita akan pudar dan hilang malahan kita akan terus dijauhi.
5. Berfikiran Negatif
Perbuatan memandang negatif keatas orang lain akan membuatkan rakan-rakan akan bosan dan muak dengan sikap kita seakan kita sangat sempurna. Apa yang orang buat semua buruk, tak elok dimata kita malah segala tindak tanduk dia asyik memberi pandangan negatif dan sering membuat kita merasa tidak selesa untuk berbincang. Jadi bersifat negatif ni sememangnya akan menghilangkan kepercayaan orang terhadap kita malahan akan terus dihindari.
Tidak mudah untuk mendapatkan kepercayaan orang lain dan jangan sesekali hilangkan rasa percaya orang pada diri kita kerana kita tidak mungkin mendapat kembali kepercayaan itu bila ia hilang! Tak percaya? cubalah buat apa yang disenaraikan tu >▂<
#ingatan buat diri sendiri
4 Comments
Betul..ada yang suka memberi peluang setelah terkena...namun tidak kurang yang menutup terus pintu hati untuk menberi peluang jika sekali kepercayaannya dikhianati.
ReplyDeleteAda je yang perangai macam ini..
ReplyDeleteList diatas kalau kita buat memang cepat je orang akan perlahan2 lari daripada kita kan. Lagi2 part yang tak berterima kasih tuh. Ramai yang ambil mudah, lama rasa percaya pun hilang. :)
ReplyDeleteSemoga kita semua terhindar daripada perkara2x negatif seperti ini. InsyaAllah. Aamin.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!