Dah berkali buat Sup Tulang kesukaan anak² dan DH ni tapi asyik lupa nak kongsikan kat blog ni. Memang seronok bila diaorang semua makan dengan penuh selera dan yang pasti bila buat sup ni memang kena masak nasi tambahan la. Kalau nak lagi sedap buat sambal belacan dan goreng ikan puyu pekasam..memang tak toleh kiri kanan tau..
Resepi | Sup Tulang Daging ala Thai |
Bahan-bahan :
> 500 gm tulang lembu + daging cincang
> air secukupnya
> 2 biji buah keras, diketuk
> 4 ulas bawang putih diketuk
> 1 batang saderi, dipotong serong
> 3 tangkai pokok ketumbar
> 1 batang lobak, dipotong
> 10 biji cili api
> 1 biji bawang holland, dipotong baji
> 1 senduk sos ikan
> 2 senduk jus limau nipis
> daun sup, dihiris
> daun bawang, dihiris
Nota : buah keras 2 biji diketuk, direbus bersama tulang/daging supaya daging menjadi lembut
Cara membuatnya :
- Rebus tulang dan daging cincang (kalau suka) didalam periuk bersama dengan buah keras yang telah diketuk. Pastikan air menutupi tulang dan direbus hingga air sampai suku periuk. Kalau guna pressure cooker pun boleh.
- Tambahkan air masak dalam periuk berisi daging, bila agak mengelegak, masukkan bawang putih yang diketuk, sos ikan, jus limau nipis, serai dan daun limau purut.
- Masukkan daun ketumbar, batang saderi, lobak, cili api yang diketuk, bawang holland dan tomato. Biarkan sup mendidih dan tutup api. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
Dah sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan. Jangan lupa taburkan bawang goreng semasa menghidang.
Selamat mencuba
2 Comments
Sedap ni dapat cicah dengan roti kosong 😍
ReplyDeleteTerliur tengok menu yang simple ..tapi sedap
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!