Bulan Ramadhan yang bakal tiba dan sangat-sangat ditunggu merupakan bulan yang sangat istimewa buat umat Islam seluruh dunia dan kalau kat Malaysia yang bukan Islam pun turut sama meramaikan sebab masa ni la pelbagai jenis makanan tradisional seluruh Malaysia boleh kita dapat hanya di satu tempat.
Baru-baru ni Umi dan beberapa blogger yang lain dijemput oleh pihak Hotel The Royale Chulan Bukit Bintang untuk mencuba dan merasai masakan buffet Ramadhan yang akan disediakan pada bulan Ramadhan di Sunflower Brasserie yang akan menyajikan lebih 100 jenis sajian yang berkonsepkan masakan ala kampung yang menyelerakan buat para pengunjung nanti.
Jom tengok apa menu Buffet Aneka Selera akan bermula 16 Mei hingga 17 Jun 2018yang mungkin korang boleh masukkan dalam senarai tempat makan untuk berbuka nanti kat SINI untuk hidangan yang sangat menyelerakan.
Pada 14 Mei juga pihak Hotel Royale Chulan Bukit Bintang akan melancarkan acara derma "Kasih Ramadhan" yang mana derma yang terkumpul akan diserahkan kepada Rumah Anak Yatim Shifa pada tahun 2018 juga. Setiap penderma yang menderma sebanyak RM10 akan diberikan kad Ketupat yang akan digantung pada "Palm Tree" yang ditempatkan di lobi hotel. Sebanyak RM100,00 berjaya dikumpul pada tahun lepas dan diserahkan sebagai acara amal "We Care" yang dijalankan atas inisiatif kakitangan hotel Royale Chulan sendiri.
Main Course
Nasi Putih, Nasi Hujan Panas, Ayam Percik, Daging Dengdeng, Ikan Patin Tempoyak, Pajeri Nenas, Udang Masak Lemak Cili Api, Labu Masak Lemak Putih Udang Kering
Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang |
Sup Tulang Rawan dengan rencah daun sup, bawang goreng, cili kicap, limau, serunding daging, serunding ikan, roti benggali, mee hoon kuning
Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang |
Bubur Lambuk dengan rencah daun sup, bawang goreng, cili kicap, limau, serunding daging, serunding ikan
Stall II
Pulut Kuning, Gulai Kawah, Rendang Itik
Stall III
Kambing Bakar dengan butter vege dan Nasi Arab
Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang |
Acar Rampai, Kerabu taugeh, Kerabu Ulam, Kerabu Ayam, Kerabu Mangga, Telur Masin, Puyuh Goreng Rempah, Ulam-Ulaman Tempatan, Aneka Jenis Keropok, Aneka Jeruk, Ikan Masin, Sabal Belacan, Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak, Sambal Cili Hijau, Sambal Kelapa, Air Assam, Sambal Kicap, Budu, Cincalok
Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang |
Aneka Biskut Raya, Dodol, Buah Kurma, Rempeyek, Bahulu, Fruit Tart, Cream Puff, Cheese Tart, Cream Caramel, Sago Gula Melaka, Assoted Pudding, Assorted French Pastries, Assorted Malay Pastries, Serawa Durian
Buffet Ramadhan di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang |
Sirap, Sirap Bandung, Soya, Ice Lemon Tea, Mango Cordial, Teh Tarik, Nescafe Tarik
Jangan risau bila dah berbuka tu, korang boleh mengerjakan solat di Surau yang disediakan
Buffet Aneka Selera akan bermula 15 Mei hingga 17 Jun 2018
Harga :
RM98/dewasa dan RM60/kanak-kanak dan warga emas
Alamat :
17 021 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
No Telefon
603-2147 9898
Laman Sesawang
www.royalechulan-bukitbintang.com
Nota : Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dulunya dikenali sebagai The Royale Bintang Kuala Lumpur, jadi jangan keliru sebab ada Hotel Royale Chulan Jalan Conlay yang terletak berdekatan Pusat Karangkraf.
14 Comments
Rindu bulan Ramadhan 😊
ReplyDeleteBanyaknya menu buffer Ramadhan.kalau saya tu dah rambang mata dah kak tak tahu nak pilih mana..hehehe
ReplyDeleteWah bestnya kalau dapat berbuka puasa dekat sana...
ReplyDeletedah terasa bahang Ramadhan kan... btw, makanan kat Royale Chulan semua best2 nampaknya
ReplyDeleteOMG kambing bakar tu paling nampak menyelerakan!
ReplyDeletekambing bakar nyum nyumm.. sedap tu! kin ni baru belajar makan kambing. sedapp :)
ReplyDeleteMa Shaa Allah, nampak sedapnya lauk kampung..meleleh air liur tengok..
ReplyDeleteAish lapar terus tgk kambing golek tu kak. Teringat betapa sedapnya dia bergolek dlm perut ana hari tu. Hehe
ReplyDeletebanyak betul pilihan desert kat sini.Kamnbing antara top menu ..eheheh.I like.. makan kambing pon,takpe lah. hihi
ReplyDeletesemua sedap... semua akak suka
ReplyDeletewahhh menariknya menu..tergoda..lapa terus..kejap je nak masuk ramadhan dah
ReplyDeletelamanya x brbuffet ramadan kt hotel... tingin pulak rs nyer thn ni
ReplyDeleteI am overwhelmed by your post with such a nice topic. Usually I visit your blogs and get updated through the information you include but today’s blog would be the most appreciable. Well done! 토토사이트
ReplyDeleteExcellent post. I was reviewing this blog continuously, and I am impressed! Extremely helpful information especially this page. Thank you and good luck. Office breakfast catering company Manchester
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!