Dalam Kenangan : Pengalaman bekerja di ExxonMobil | Kenangan sewaktu berkerja sebagai Senior Project Secretary di ExxonMobil dari Februari 2001 hingga Disember 2003 adalah antara kenangan yang terindah..cehh dah macam lagu Achey la pulak kan..
Antara projek yang berlangsung masa tu adalah Larut and SFD OFfshore Installation Works, Bintang A, Bintang B dan Tapis F Offhsore Installations Works. Memang sibuk dengan segala kertas kerja tapi tak la sesibuk para jurutera kan..dalam sibuk pun boleh jalan sana jalan sini dan lepak sana lepak sini. Bukan curi tulang tapi untuk kebaikan kita sebab kalau dok seharian menatap computer yang hitam putih tu mau pakai kacamata tebal tau. Bukan macam komputer kat ofis antarabangsa sekarang ni ada internet, EPMI dulu cuma guna intranet waktu Umi mula join.
Tugasan Umi adalah sebagai tenaga sokongan untuk perkhidmatan pembinaan Offshore dan lebih kepada pengurusan dan bukan teknikal. Dah kerja setiausaha, harus lah yang berkenaan report, documentation, presentation dan spreadsheet termasuk menyusun atur mesyuarat, temujanji, tiket penerbangan dan logistik..haa siapa yang kerja sebagai setiausaha pasti tau la dan antara yang masih Umi ingat bila para engineer ni nak kena pergi offshore, so kena la book helikopter kan dan perlu tahu berat badan si engineer untuk pastikan limitation tapi ada sorang engineer ni cakap berat dia 60kg walhal Umi dengan kakak secretary yang sorang tu rasa macam tak betul jer...dan memang tak betul...ishh marah jugak sbb macam dia tak biasa kan dan pengalaman bila seorang engineer lelaki yang beristeri 2 ni dok sibuk call dari pelantar mintak check bila boleh balik sebab air dah naik ke kepala..oppps ni bukan blog Xrated ok..
Apa yang menarik bekerja di organisasi besar ni, ramai yang kita kenal dengan bermacam-macam karenah dan yang paling best disini bila setiap bulan puasa pasti akan ada ustaz dan ustazah jemputan setiap hari disepanjang bulan Ramadan antaranya Ustaz Wan Bani Leman yang sangat popular mas tu selain makan-makan bila setiap projek tamat dan semasa 911 Umi masih disini dan tahap keselamatan dipertingkatkan kerana ExxonMobil sebuah syarikat Amerika Syarikat.
Antara aktiviti kemanusiaan yang EPMI salurkan antaranya menyediakan wish buat anak-anak yatim dan sama-sama mengambil bahagian untuk anak-anak ini merasai apa yang kita rasa dengan para staf EPMI mengambil 1 atau 2 anak angkat semasa acara bersama anak-anak di Bukit Tinggi Resort yang kini dikenali sebagai Berjaya Hills Resort
Dalam Kenangan :Pengalaman bekerja di ExxonMobil |
Dalam Kenangan :Pengalaman bekerja di ExxonMobil |
Memandangkan office EPMI ni sepelaung dengan KLCC, memang tak sah la kalau tak makan tengahhari kat sana dan bila hari Jumaat pulak langkah panjang sampai ke Jalan Masjid India.
Memang rindu kat suasana kat pejabat tu tapi bila Umi dapat offer dari seorang sahabat untuk bekerja dengannya, tetiba rasa nak cabaran yang lebih dan melangkah lebih jauh. Supervisor Umi masa tu CWK pulak dapat penempatan di US tapi dia masih mengharap Umi untuk stay tapi demi cabaran dan imbuahan yang agak lebih dan berpeluang untuk melangkah jauh jadi tiada toleh ke belakang ;D.
Banyak pengalaman yang Umi dapat dari sini dan akan terus menjadi memori indah dan sentiasa mengamit kerinduan.
Nota Umi : entry ni dah lama terperap dalam draf cuma
2 Comments
Pengalaman yang tak dapat dilupakan kan? Sy pun ada pengalaman kerja best camni dulu..rindu rasanya..
ReplyDeletesaya dapat internship di menara exxonmobil , boleh tak bagi tips ke cara bekerja disana? hehe
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!