Bila mesin pembasuh buat hal baru-baru ni maka terpaksalah Umi mendobi dikedai apatah lagi DH pulak berada diluar daerah jadi memang sah siapa lagi nak buat kan. Tapi kan sejak bekerja dari rumah (SOHO) ni memang kena la buat kan sebab no rush hour. Memang renyah tapi seronok juga bila kekadang dapat berkenalan dengan pengguna dobi layan diri yang dari pebagai latarbelakang ni. Macam la ramai pulak dah walhal baru kenal kenal 2 - 3 orang kenalan baru yang bukan dari kalangan blogger dan bukan dari kalangan industri pekerjaan yang sama. Jadinya perbualan lebih kepada kisah keluarga, anak-anak yang sangat menarik dan yang pasti bukan gossip panas makcik pakcik bawang kan.
Kenalan terbaru Umi ni mulanya Umi ingat warganegara China tapi rupanya dia ni orang Malaysia berasal dari Taiping. Memula berbahasa basi la dapat bahasa Inggeris tapi lepas tu dia borak dalam bahasa Melayu yang fasih sebab dia orang utara dan tau Umi pun bau-bau utara hehee. Amy ibu kepada 2 orang anak perempuan ni sudah berusia 60an tapi masih cantik dan menarik. Serious cantik! Anaknya yang sulung dah berkahwin dan berada diluar negara mengikuti suami dan Amy pulak tinggal bersama anak bongsunya yang masih bujang. Seronok bercerita dengan Amy walau kami berlainan bangsa dan dia sendiri seronok mendengar cerita Umi serta anak-anak dan cerita tentang abah dan mak yang masih sihat. Bercerita dengan Amy tentang kisah keluarga, dia pun meluahkan rasa terkilan sebab dia tak mampu menjengah ibunya sewaktu ibunya masih hidup seperti mana Umi. Mana taknya dulu dia lebih utamakan anak-anak, kerjaya dan keluarga hingga mak dia sakit demam pun dia boleh tak kisah tapi bila dia sendiri sekarang dah berusia dan mendengar cerita Umi dia rasa sebak sebab tak ambil peduli pasal mak dia dan dia rasa rindu sangat tapi hanya kerinduan yang dia mampu kerana ibu dia dah lama pergi.. Sedih Umi dengar akan penyesalan dia tu. Sebagai sesama manusia Umi cuma mampu cakap bersabarlah dan kalau orang Islam boleh la Umi sarankan dia baca al Quran, bersedekah ke kan.
Berbalik kisah kita yang dah jadi ibu dan ayah ni, anak-anak adalah keutamaan dan sering kita letakkan ibu bapa kedua atau ada yang tak endah langsung. Harap janganlah ada pembaca atau sahabat Umi yang macam tu ya sebab bila ibu dan bapa dah tiada, kita akan menyesal sebab tak sempat berbakti sedangkan mereka telah melahirkan dan memberikan yang terbaik buat kita. Hargailah kedua orang tua selagi mereka masih ada dan bagi yang telah kehilangan, doalah, bersedekahlah untuk mereka supaya mereka tenang disana.
Berbalik kisah kita yang dah jadi ibu dan ayah ni, anak-anak adalah keutamaan dan sering kita letakkan ibu bapa kedua atau ada yang tak endah langsung. Harap janganlah ada pembaca atau sahabat Umi yang macam tu ya sebab bila ibu dan bapa dah tiada, kita akan menyesal sebab tak sempat berbakti sedangkan mereka telah melahirkan dan memberikan yang terbaik buat kita. Hargailah kedua orang tua selagi mereka masih ada dan bagi yang telah kehilangan, doalah, bersedekahlah untuk mereka supaya mereka tenang disana.
Hargai Ibu Bapa Selagi Ada |
Tentang anak bongsu Amy pulak, dia risau sebab masih solo diusia 40 tahun dan dia rasa kesal sebab sewaktu anak dia belajar, dia dah berpesan jangan bercinta tapi kena fokus kepada pelajaran dan akibatnya sampai sekarang anak dia masih bujang. Menurut Amy, anak sulungnya berkahwin diusia 28 tahun dan apa yang dibimbanginya kalau anak bongsunya sakit nanti siapa yang akan jaga sebabnya dia sendiri pun tak tahu akan hidup berapa lama lagi. Apa yang Umi mampu katakan pada Amy mungkin sebab pekerjaan anaknya yang bekerja sebagai editor majalah membuat dia terlalu sibuk untuk mencari kekasih tapi mana tahu kot jodoh dia lambat. Kalau dia orang Melayu pasti dah Umi sarankan dia berdaftar kat Baituljannah. Amy pulak takut kalau anak dia jadi macam seorang kawan dia yang punya jawatan tinggi dan lambat dapat jodoh tapi akhirnya berkahwin juga diusia 50an tapi yang dikesalnya kawan dia tu tak boleh keluar dengan kawan-kawan macam dulu sebab suaminya kaki control. Bagi orang Islam, jodoh tu rahsia, lambat atau cepat hanya Dia yang tahu tapi tak salah untuk kita cari kan
Buat sesiapa yang masih mencari jodoh tu cuba cari di Baituljanah mungkin masih bersembunyi disana > baca SINI
Alhamdulillah Umi pula merasa bangga punya anak-anak yang mengambil berat perihal kedua orang tua Umi dan kalau balik bercuti pasti akan menjengah sambil membantu ke pasar dan membeli keperluan lain apatah lagi diaorang semua memang dijaga sejak dari lahir hingga berusia 12 tahun dan kemudian bila memasuki sekolah menengah barulah tinggal dirumah untuk belajar berdikari. Diharap nanti bila Umi dan DH dah tua, anak-anak dapat menjengah sepertimana Umi dan adik-beradik menjengah setiap Sabtu kerumah mak dan abah dan menginap dirumah mak dan abah secara bergilir memandangkan keduanya dah lanjut usia.
Lirik lagu : Ayah Ibu
Penyanyi : Mizan Harry Khalifah
ayah
hatimu keringatmu berharga
ibu
pengorbanan mu sabar didik diriku
ayah
kau sanggup perjuang segala
hingga sanggup berkorban ke hujung nyawa
ayah
kau beriku didikan agama
ibu
nasihat mu akan ku guna selalu
ayah
betapa besar rasa cintamu
beban yang besar mampu kau pikul
nyawa
tertidurku dengan nyanyian
sehingga mata terpejam
terjaga ku dengan tangisan
kau memujuk penuh kemesraan
segala yang kau perjuangkan
takkan aku persiakan
oh ayah ibu
cobalah kau dengarkan
tertidurku dengan nyanyian
sehingga mata terpejam
terjaga ku dengan tangisan
kau memujuk penuh kemesraan
segala yang kau perjuangkan
takkan aku persiakan
oh ayah ibu
cobalah kau dengarkan
akan ku jagamu
ke hujung hayatku
berbakti padamu
oh ayah ibuku
ku menyayangi mu
ku mencintai mu
ku mengasihimu
seumur hidupku
7 Comments
kan... sedihnya...tak boleh bygkan..
ReplyDeleteKalau tidak dapat menziarahi atau pulang ke kampung kerap...gantikan dengan sering bertanya khabar...telefon,message..atau mungkin whatsapp..jangan terus membiarkan tanpa khabar...
ReplyDeleteBetul, selagi ada mak ayah kena hargai, jangan bila takde nanti baru nak menyesal.
ReplyDeletethank for sharing...:)
ReplyDeleteyes
ReplyDeletekadang2 sedih tengok orang yang tak hargai mak ayah nih
masa ada lah patut kena hargai
sedih pula baca penyesalan amy
ReplyDeletealhamdulillah. boleh dikatakan 2 minggu sekali atau setiap minggu akan jenguk mak ayah di kampung. cuma jarang2 sekali jenguk mertua sebab jarak yang memisahkan dan keadaan yang sarat menunggu hari tak mampu untuk berjalan jauh
Kita kena hargai ibubapa dan ahli keluarga kita kerana merekalah yang menjaga, mendidik dan menyayangi kita seikhlas hati dan tanpa batasan. Nasihat yang sangat bagus kak. :)
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!