Jom Makan | Menu Ramadan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Rejab dan bulan Mac pun dah hampir ke penghujungnya bermakna tak sampai 2 bulan lagi bulan Ramadhan bulan yang mulia yang sangat kita nantikan akan tiba.

Bersempena bulan Ramadhan yang dekat beberapa selekoh lagi tu Hotel Double Tree by Hilton dah bersiap menyediakan pelbagai sajian untuk penggemar masakan berkonsepkan ala Pasar Malam di Makan Kitchen dengan mutu makanan dari hotel bertaraf 5 bintang

Kenapa ala Pasar Malam? Sebab kat Pasar Malam pun pelbagai juadah dijual dari yang biasa-biasa hingga ke yang luar biasa yang menjadi kegemaran bukan rakyat Malaysia yang berpuasa saja tapi orang ramai dari pelbagai kaum dan bangsa yang selalunya tak pernah lepas peluang turut sama membeli pelbagai juadah walau mereka tak berpuasa.  Memang menarik suasana bulan Ramadhan di Malaysia ni.

Jom kita jengah apakah hidangan yang menarik dan mungkin kita boleh masukkan Restoran Makan Kitchen di Hotel Double Tree by Hilton dalam senaraikan berbuka nanti kerana yang pasti korang akan tersangat suka sebab ruang yang luastan, selesa tanpa perlu bersesak dan boleh makan dengan penuh nikmat dan tenang serta pilihan makanan menyelerakan.

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 

Masakan Ibunda yang disediakan pasti akan membuat kita terkenang kembali masakan bonda tersayang yang menampilkan pelbagai pilihan antaranya :

  • Nasi Putih, Nasi Daging Berempah, bubur Lambok Daging, Gulai Ayam Pedas, Rendand Peha Kambing, Kari Daging Berkentang, Sotong Tumis Kunyit, Udang Harimau Masak Lemak Tempoyak, Ikan Masak Asam Pedas, Sambal Goreng Jawa, Labu Kuning MAsak Lemak Putih, Bayam Tumis Ikan Bilis
Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Ayam Percik (ayam dibakar dalam ketuhar dengan herba tempatan, rempah ratus dan santan)
  • Kambing Golek - cicahan air asam jawa, sambal kicap manis, sos lada hitam dan sos mint
  • Aneka Kerabu : Kerabu Tempe Goreng dengan Daun Selom, Kerabu Hati Ayam dengan Kacang Panjang, Urap Selom dengan Serunding Kelapa, Kerabu Ayam ala Siam
  • Ulam - Ulaman : Kacang Botol, Kacang Panjang, Petai Segar, Cabai Kampung, Timun Muda, Tomato, Jantung Pisng, Pucuk Ubi, Kobis Bulat, Ulam Raja, Daun Pegaga dan Daun Selom
  • Sambal : Sambal Belacan, Sambal Pucuk Nenas, Budu dan Cincaluk
  • Popiah Basah Station : Thai Young Papaya Salad dengan cili, Lime Dressing with Dried Shrimp, Tomatoes, Long Beans and Peanut
  • Aneka Keropok Keping : Keropok Ikan, Keropok Udang

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Sup Kawah Meletop : Sup pekat berempah ala mamak dengan pilihan tulang rusuk daging, ekor daging, isi kambing, perut lembu dan ayam bersama sambl kicap, bawang goreng  dan daun sup
  • Noodle Station : Laksa Sarawak, Sup Tomyam Pedas, Sup Sayuran dengan pilihan mee kuning, mee beras leper, bihun.  Ramuan :  sotong basah, fish cake, sliced ayam and udang, taugeh, choy sum dan kobis, cili jeruk, bawang goreng, minyak bawang putih, daun bawang dan cili padi
  • Char Kuew Tiaw Kerang Basah dengan kuchai, bean sprout, slice carrot dan slice cabbage
  • Ayam Penyet Belada with condiment - cabbage, tempe, fried tau fou, long bean and tomato
  • Crispy Apam Balik  dengan madu truffle bersama ramuan
  • Ikan Bakar Daun Pisang dengan anika ikan segar bersama perapan yang dibakar diatas daun pisang beserta air cicahan asam jawa dan sambal kicap
  • Aneka Satay : ayam dan daging dihidang dengan kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang segar
Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Manisan : pelbagai kuih muih melayu dan nyonya, kek pisang, brownies walnut, cream puff raspberry, puding mangga, kek keju New York, agar-agar koktail, sagu buah Melaka, Swiss  roll Pandan & Kaya, bubur pisang, bubur pulut hitam

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Spices of India : Menyajikan Ayam Tandoori, Tikka Ikan menggunakan ikan merah yang dibuang tulang dan diperap dengan yogut dan rempah ratus dan juga Kebab kambing
  • Roti nan biasa, roti canai, roti sardin dan roti telur
  • Ramuan : Pelbagai chutni - mint, mango, limau jeruk, masal, raita tomato, raita timun, raita biasa, raita bawang dan cumin seed raita
Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 
  • Ais Krim : pilihan ais krim dengan sos - coklat, strawberry, mangga dengan topping
  • Ais Kacang : Ni menu Bazar Pasar Malam yang pasti buat korang teruja
  • Buah-buahan : Tembikai, betik, rock melon, oren, nenas madu dan epal
  • Minuman Panas : Teh Tarik dan Nescafe
  • Minuman Sejuk : Sirap bandung, air soya, teh limau dan sirap selasih

Banyak lagi makanan disediakan yang pastinya akan membuat kita terliur dan tak sabar nak tunggu Ramadhan menjelma


Harga buffet Ramadhan

Minggu Pertama & Keempat : 17 Mei hingga 23 Mei 2018 
harga bermula dari RM148 net

Minggu Kedua & Ketiga : 24 Mei hingga 7 Jun 2018
harga bermula dari RM158

Early Bird : Tempahan boleh dibuat bermula 15 April hingga 15 Mei 2018
bermula dari RM128 net


Dan jangan risau sebab makanan yang disediakan di Makan Kitchen ni disahkan HALAL oleh JAKIM, jadi kita boleh makan tanpa ragu-ragu

Jom Makan | Menu Ramadhan ala Pasar Malam Di Double Tree by Hilton 


Untuk tempahan, hubungi 03-2172 7272 atau layari flavoursbydoubletreekl.com

Post a Comment

9 Comments

  1. kambing golek??????!!! terus terliur🤤🤤

    ReplyDelete
  2. Alarm pasar Malam yg best kak.. seeap2 nampak makanan semua

    ReplyDelete
  3. sedap tengok menu ramadhan ni

    ReplyDelete
  4. bestnya menu2 ..hihi kenyang terus perut

    ReplyDelete
  5. MashaAllah...sedapnya segala makanan yg disajikan tuu.... Tak sabar nak Ramadan...hehe...tak sabar gak nak review kat Johor punya......nyum3

    ReplyDelete
  6. Ya Allah tengok menu dia sedap2 terliur tengok walaupun konsep ala pasar malam makanan dia sajikan mnarik tu

    ReplyDelete
  7. Remembering these imperative contemplations will enable you to make a buy that you and your staff can be sure about. alessi bakery pizza

    ReplyDelete
  8. Thank you because you have been willing to share information with us. we will always appreciate all you have done here because I know you are very concerned with our. Hilton Head SC

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!