Sarapan Pagi Sihat di One Chopati

Sarapan Pagi Sihat di One Chopati | Memang dah jadi rutin untuk Umi dan DH ke Pasar Keramat setiap minggu untuk keperluan dapur basah dan setiap kali ke sana, pastinya kami bersarapan dulu di One Chopati.  Dulunya dikenali sebagai Wan Chopati tapi awal tahun 2018 dah di rebranding.  Malahan One Chopati pun dah ada food truck sekarang ni dan sesiapa nak rasa capati kena la follow FB sebab kat situ diaorang akan update kat mana diaorang akan berada.

Rasanya ramai tau kot sebab dulu pernah keluar dalam slot Jalan Jalan Cari Makan..usah tanya bila tapi dah lama dulu masa masih menggunakan nama Wan Chopati.

Apa yang menarik tentang capati kat sini? Capati dia pada Umi biasa jer sebab capati ialah capati kan tapi yang sedap adalah kuah kima Umi boleh bagi 4 bintang sebab kat Umi pernah cuba capati kat tempat lain tapi kuah bukan kuah kima dan yang paling penting harga dia agak berpatutan dan mengenyangkan ;D

Ada cerita tentang One Chopati kat akbhar > baca SINI


Sarapan Pagi Sihat di One Chopati
Jadi kalau korang berada kat area Keramat ataupun ada urusan di UTC Keramat Mall, jangan lupa singgah kat Medan Selera ditingkat bawah di MS 040 & 041 Tingkat LG, Kompleks Keramat Mall, 5400 Kuala Lumpur.  Pelbagai gerai makanan lain pun ada jadi kalau sesiapa yang tak minat capati boleh makan yang lain.


Image may contain: text

Image may contain: 1 person, text
Sarapan Pagi Sihat di One Chopati

Facebook : 1 chopati 

Instagram : 1chopati 

Waktu Operasi :
Isnin hingga Ahad 
7.00 pagi hingga 8.30 malam

Cuti Am
7.30 pagi hingga 2.20 petang

Telefon : 03-4266 3444
Whatsapp : 013-3443 123

Post a Comment

14 Comments

  1. Nampak sedap aje, chapati tue, tapi saya tak berapa gemar nak makan...

    ReplyDelete
  2. Bila-bila ke KL boleh singgah ni...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya dapat makan chapati pagi-pagi macamni..lapar pulak

    ReplyDelete
  4. Mama x penah sampai lagi.. harus carik nanti

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa chapati. Dulu kecik2 makan chapati kongsi ngan Arwah Atuk pagi2. hehe. Rindu.

    ReplyDelete
  6. done follow here. bestnya makan capati sy suka juga

    ReplyDelete
  7. Capati antara menu sarapan fevret zumal juga, teringin nak cuba One Chopati ni...

    ReplyDelete
  8. lama dah tak makan capati.Dalam kenangan.. takde geng nak makan capati

    ReplyDelete
  9. laa dkt je... sy igt jauh td ;-)

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum, Terima kasih atas review puan dan kami sangat menghargainya. Sebagai tanda terima kasih, kami ingin belanja puan nanti... Tapi call atau whatsapp saya dulu ye sebelum datang...

    ReplyDelete
  11. Assalamu'alaikum... Terima kasih di atas review puan dan saya sangat menghargainya... Sebagai tanda terima kasih, kami dengan berbesar hati ingin belanja puan makan hehe... Tapi jangan lupa call atau whatsapp saya dulu tau...

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!