7 Cara mudah menghargai Ibu dan Bapa | Dah lama nak kongsi entri ni tapi asyik tertangguh dan hari ni nekad nak siapkan sebab terasa tak cukup apa yang Umi buat untuk kedua mak dan abah sehingga kini dan sedikit menyesal sebab rasa tak banyak yang Umi lakukan sewaktu mereka masih sihat sebab anak-anak yang masih kecil. Macam KY minta Umi bawa mak dan abah ke Pekan, Pahang untuk menjengah dia tapi tak mampu dilakukan dengan keadaan mak yang payah untuk bergerak serta tak boleh berlama dalam perjalanan dan abah pulak dah semakin uzur. Kalau ikutkan mak memang dia teringin nak tengok cucu dia tapi dia tahu tahap kesihatan dia.
7 Cara Mudah Menghargai Ibu dan Bapa |
Kasihnya ibu
membawa ke syurga
kasihnya saudara
masa berada
........
Kasihnya ayah
sanggupkah berpisah
dan kasih anaknya
berkorban nyawa
........
Biarlah jiwa
akan tersiksa
ikhlas dan rela
asalkan bahagia
Menarik sungguh sebahagian lirik lagu Kasihnya Ibu nyanyian Wann yang cukup popular tahun 90an dulu. Betapa besar pengorbanan mak dan abah kita untuk kita semenjak kita lahir hingga dewasa dan ada yang kekadang tu dah berumahtangga pun masih mak dan abah ambil peduli dengan menjaga cucu-cucu dan memberi bantuan kewangan pun ada jugak kan.
7 Cara Mudah Menghargai Ibu dan Bapa credit gambar dari Google |
Macam mana nak balas jasa mereka kerana bukan wang ringgit yang mereka sebenarnya perlukan tapi kasih sayang dan keperihatinan kita terhadap jasa mereka. Kita ni bila dah tua nanti pun akan mengharapkan yang sedemikian untuk kita. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anaknya tapi 10 orang anak tak mungkin boleh menjaga seorang ibu. Jom buktikan perumpamaan tu salah dan kita bukan anak yang tidak mengenang budi dan kepayahan ibu dan bapa membesarkan kita.
Antara yang boleh kita buat untuk mengambil hati mereka dan membalas kasih sayang mereka antaranya adalah :
Antara yang boleh kita buat untuk mengambil hati mereka dan membalas kasih sayang mereka antaranya adalah :
1. Hubungi mereka
Berapa kerap kita hubungi mak dan abah kita? sebulan sekali, seminggu sekali, 2 - 3 hari sekali, setiap hari? Tahu tak semakin mereka meningkat usia, semakin banyak mereka punya cerita untuk kita, jadi apa salahnya kita menghubungi mak dan abah setiap hari paling tidak pun 2 -3 hari sekali walau hanya bertanya khabar, dah makan, makan apa atau mungkin masak apa walau kekadang tu kita fikir "alah nak cakap apa lagi tah, asyik-asyik benda yang sama". Tahu tak kita mak atau abah kita akan sangat gembira sebab kita boleh menjadi teman berbicara walau tanpa bersua muka. Dan tahu tak yang mereka akan bangga bercerita pada orang lain atau adik beradik yang lain yang korang dah hubungi mereka.
2. Kunjungi mereka
Bila dah berkahwin sebaiknya duduk berasingan dari keluarga baik keluarga isteri atau keluarga suami tapi kerap la kunjungi mereka, mungkin setiap hujung minggu dengan membawa kuih muih atau memasak dan makan bersama-sama. Pasti ibu dan ayah akan terasa sangat dihargai dan bangga sebab anaknya tidak melupakan mereka
3. Memasak untuk mereka
Kalau tinggal berdekatan dengan ibu bapa, adalah disarankan kita memasak untuk mereka sekali sekala. Ya la dah selalu mak memasak untuk kita kan tapi ada juga mertua mahupun mak tak suka masakan kita, jadi kita ni kenalah belajar memasak apa kesukaan mereka dan bagi perempuan pulak tak kan lah tak tahu apa kesukaan mak dan abah sendiri kan dan kalau keluarga mertua tu kot la. Bayangkan selama ini mereka memasak untuk kita saban hari untuk makan pagi, tengahari, petang dan malam jadi apa salahnya kita memasak untuk makan tengahhari atau malam untuk mereka?
4. Bawa Mereka Makan Diluar
Sesekali tu bawalah kedua orang tua kita makan diluar sesambil menikmati udara yang bersih, melihat orang ramai disamping merasai makanan kesukaan mereka atau belanja makan makanan yang tak pernah mereka makan seperti piza, ayam KFC macam kita juga yang pasti jemu dok makan makanan yang sama yang berlemak, bercili bagai walau tu adalah makanan yang cukup menyelerakan untuk mereka dari dulu hingga kini, Tapi kalau kedua ibu bapa bukan jenis suka mencuba, cari lah alternatif lain
5. Bawa mereka mengunjungi saudara dan sahabat
Ni antara yang penting sebab dari mereka terperap dirumah dan kebosanan, bawalah mereka mengunjungi sanak saudara atau sahabat mereka seperti mana mereka kerap membawa kita mengunjungi saudara mara sewaktu kita kecil. Sesambil tu boleh kita menyambung silaturahim dan ukhuwah sesama saudara dan rakan. Mana tau kot-kot dalam pada tu dapat la jumpa jodoh takpun bakal menantu kan.
6. Bawa bersiar-siar
Sesekali tu bila ada kelapangan bawalah kedua orang tua kita bersiar-siar kat taman rekreasi, taman tasik ke untuk mereka hirup udara segar dan bagi mereka cuci mata sebab mereka ni pasti jemu duduk dirumah saja dan bila kita teman mereka, pasti mereka akan bertambah gembira dan fikiran mereka pun akan lebih tenang.
7. Temani Mak ke Pasar
Sebagai ibu memang mereka ni suka ke pasar seperti mak sebab boleh beli barangan dapur mengikut citarasa mereka sendiri dan pergi ke pasar ni sebenarnya seakan terapi untuk diri mereka. Ni apa yang Umi dapat lihat dari mak dan sekarang mak dah tak larat jadi anak Umi yang kedua tu la yang diharapnya untuk membeli barangan dapur setiap hujung minggu dan Angah tu tahu apa jenama beras dan barang-barang keperluan dapur yang Tok Mak dia perlukan melebihi Umi yang anak dia ni hehe
Ketahuilah korang yang bilamana kita menghargai kedua ibu dan bapa kita, pasti anak-anak kita pun turut akan melakukan perkara yang sama buat kita bila kita sudah semakin tua tanpa ada sungutan. Juga kalau kita menjaga mereka, rezeki kita akan mencurah-curah sekiranya kita ikhlas dan sabar kerana bila kedua orang tua semakin tua, mereka menjadi semakin perlu perhatian yang lebih dari anak-anak,
Semoga kita semua menjadi anak yang soleh dan solehan dan boleh diharap untuk kedua orang tua kita dan buat yang tiada orang tua, berdoalah untuk kesejahteraan mereka didunia sana.
Kalau nak senaraikan banyak tapi 7 cara tu adalah apa yang Umi praktikan untuk mengambil hati mereka dan semoga kita terus menghargai kedua orang tua kita kerana kita juga akan tua suatu hari dalam kitaran kehidupan yang mungkin sama atau sebaliknya.
Kalau nak senaraikan banyak tapi 7 cara tu adalah apa yang Umi praktikan untuk mengambil hati mereka dan semoga kita terus menghargai kedua orang tua kita kerana kita juga akan tua suatu hari dalam kitaran kehidupan yang mungkin sama atau sebaliknya.
12 Comments
terima kasih kak.. hee~ ada seinci dua yang atie terlepas pandang.. in shaa Allah atie akan perbaiki..
ReplyDeleteSuka entri kali ni
ReplyDeleteBetul tu... Ibubapa adalah role model buat anak-anak. Kalau kita abaikan makayah... Jangan hairan nanti bila kita dah tua... Kita akan lalui perkara yang sama.
ReplyDeleteSETUJU. geram betul dengan manusia yang jenis tak hargai ibubapa ni. dah berjaya lupa habis semua
ReplyDeletealhamdulillah masih dikuriakan kedua ibu dan ayah dan masih sihat..insyallah akn diperbaiki untuk jdi yg lbh baik dan boleh berbakti pada kedua ibu dan ayah..
ReplyDeletelagi satu... doakan mereka selalu
ReplyDeletehuhuhu semoga tokmak dah tokbah sihat dan sentiasa dilindungi ALLAH SWT
ReplyDeleteSo true sgt. Plg plg pun, bila duk jauh, kena rajin calling. Selagi diorang masih ada kt dunia ni.
ReplyDeleteKena sentiasa hargai jasa ibu bapa. Jasa mereka tak kan terbalas oleh kita. Ala yg mampu kita lakukan buat mereka, kita buat sehabis daya. Doakan mereka jangan sesekali lupa.
ReplyDeletegood sharing fuzy ;)
ReplyDeleteGood sharing Fuzy, kadang kita sebagai anak n ibu bapa selalu terlepas pandang kan..
ReplyDeleteHarap Nad dapat lebih banyak luangkan masa dengan parents :) Bila dah besar ni memang kena balas jasa mereka. Nice entry Fuzy :)
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!