Kali ni Umi nak kongsi satu lagi tempat untuk korang boleh masukkan didalam senarai untuk berbuka di bulan Ramadan yang bakal tiba. Untuk warga kota, yang tak nak memandu tu boleh naik public transport macam Umi tempohari, cuma naik Putra LRT dari rumah dan turun di stesen Masjid Jamek dan berjalan kaki hingga ke hotel dalam 10 min sesambil menikmati nostalgia disepanjang jalan dan terkenang zaman muda dulu bekerja di bangunan Maybank dan berulang alik ke Kolej usai habis kerja lepastu balik naik bas dekat Lebuh Ampang..fuhhh kenangan yang indah! eh ternostalgia pulak dah walhal nak cerita pasal buffet Ramadan yang sedap ni hehe.
Buffet Ramadan Dengan Sajian Masakan Kampung Tradisional di AnCasa Hotel & Resort |
Psst..lepas makan tu boleh la jalan-jalan ke Petaling Street yang kurang 7 minit jer dari AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ni
Menjadi kelazimana apabila menjelangnya bulan Ramadan saban tahun, setiap hotel akan memperkenalkan menu Ramadan masing-masing dan tak terkecuali bagi AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur yang telah bersiap sedia pelbagai hidangan istimewa yang bertemakan 'Kampong Boy' bertepatan dengan Kempen 'Stay, Dine & Wine' yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018 iaitu tarikh akhir bagi perlawanan World Cup 2018.
Nak tahu tentang Kempen 'Stay, Dine & Wine' baca kat SINI
Dengan sambutan yang menggalakkan dari pelanggan-pelanggan hotel pada tahun lepas, AnCasa Hotel & Spa sekali lagi mengekalkan konsep masakan bercita rasa tradisional kampung dan tema 'Kampong Boy' adalah gabungan idea cef-cef dari AnCasa Hotels & Resorts yang berpengalaman dalam masakan tradisional Melayu dan seni kulinari dan menampilkan kelainan dalam setiap resepi masakan Melayu yang diperkenalkan antaranya Rendang Ayan Pucuk Maman, Udang Rangup Iman Madina, Sotong Sumbat Sos Pedas, Kambing Golek, Ikan Bakar, Rebung Masak Lemak Cili Api dan selain pelbagai kuih-muih tradisional seperti apam balik, ketayap, wajik, talam, seri muka dan pelbagai manisan yang sangat menyelerakan.
Buffet Ramadan Dengan Sajian Masakan Kampung Tradisional di AnCasa Hotel & Resort Nasi Hujan Panas, Rendang Daging Pucuk Manman, Udang Rangup, Sotong Sumbat |
Buffet Ramadan Dengan Sajian Masakan Kampung Tradisional di AnCasa Hotel & Resort kerabu dan ulam-ulaman |
Buffet Ramadan Dengan Sajian Masakan Kampung Tradisional di AnCasa Hotel & Resort kambing golek |
Buffet Ramadan Dengan Sajian Masakan Kampung Tradisional di AnCasa Hotel & Resort |
Pada tahun ini kami masih lagi mengekalkan konsep gerai dan 'live cooking' dimana 12 gerai dihias bertemakan 'Kampung Boy dengan harapan agar pelanggan dapat merasai homely dining experience semasa berbuka puasa disini. Dengan memperkenalkan sajian masakan istimewa ala kampung hasil air tangan cef yang berpengalaman di tambah pula dengan dekorasi ala kampung, anda akan dibawa menggamit nostalgia di zaman kanak-kanak di kampung halaman serta keenakan berbukak dengan masakan bonda "Encik Shah Azam Khan - Naib Presiden Kanan AnCasa Hospitaliti
Buffet Ramadan Dengan Sajian Masakan Kampung Tradisional di AnCasa Hotel & Resort pelbagai jenis kuih muih Melayu dan manisan |
Dengan hidangan yang pelbagai, sangat lazat dan menyelerakan ni, AnCasa masih mengekalkan dengan harga seperti tahun lepas iaitu RM68.00 bagi dewasa dan RM40.00 bagi kanak-kanak Memang sangat murah dan berbaloi! Kalau nak lagi murah dengan harga RM58.00, buat tempahan awal dengan membeli baucar sebelum 12 Mei 2018
AnCasa Hotels & Resorts merupakan hotel milik UDA Holdings Berhad (UDA) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Kuala Terengganu dan juga Negeri Sembilan. Diantara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa dan Ancasa Express@Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences, Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.
Untuk membuat sebarang tempahan dan maklumat lanjut :
Alamat :
AnCasa Hote & Spa Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock
50050 Kuala Lumpur
Laman sesawang :
No telefon / Telefax :
03-2026 6060 / 03-2026 8322
Facebook Page :
12 Comments
Belum bulan puasa dah terliur tengok foto tu
ReplyDeleteKalau bulan puasa, tak tau nak cakap apa ....
bab kambing golk tu mesti ramai peminat kan ? hehe
ReplyDeleteBestnyeee npak sedap2 makanannyeee.. X sabar nak puasa hihi
ReplyDeletemcm2 mknn rambang nk plh ;-)
ReplyDeletesedihnya tak dipanggil
ReplyDeletewuu ada kat tganu. best ni bole try nasi tu
ReplyDeleteKambing golekkkkkkk. Bestnya
ReplyDeleteperghh kambing golek dia! rasa nak curi je. ehhh hahahaha
ReplyDeletemurah dan berbaloi sebab menu banyak...kambing wajib terjah bila buffet ramadhan
ReplyDeleteTerliur haaa tgk kmbing heheh
ReplyDeleterendang ayam maman sedap!
ReplyDeletepaint. lemak. pedas!
I am overwhelmed by your post with such a nice topic. Usually I visit your blogs and get updated through the information you include but today’s blog would be the most appreciable. Well done! 토토사이트
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!