Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa

Annyeonghaseyo! hehe lain macam ucapan kali ni kann sebab Umi nak cerita pengalaman makan ayam kat Eung Chicken dengan kawan-kawan media yang terus melekat kat hati walaupun Umi ni bukan la peminat Korea. Teruja nak mencuba sebab ramai dok cakap ayam goreng Korea ni lain dari lain yang diadun dengan sangat authentic Korean gitu

Memang berbaloi makan kat sini walau jauh kena naik LRT dari rumah hingga ke stesen LRT Taman Bahagia, lepas tu naik Grab sebab kalau memandu sendiri mau tersasar ke lokasi yang lain kan. 

Eung Chicken menyajikan ayam goreng dengan 3 perisa yang boleh kita pilih iaitu soy (soya), spicy (pedas), original (asli) kalau nak campur pun boleh jer  antara wingette dan drumette. Selain ayam goreng korang boleh la order Tteok Bokki, steam rice, wedges dan tak ada menu berat..kan dah sebut Eung Chicken jadi menu utama dia mestilah AYAM kan

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 

Paling Umi suka ialah ayam spicy tu, fuhh memang pedas menusuk ke lidah tapi sedap sampai memang payah nak berhenti mengunyah  Memang berbeza dengan ayam goreng lain sebab di Eung Chicken ni ayam dibuat dengan resepi dari Korea yang buat sesiapa yang makan pasti nak lagi dan lagi,

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 
 Ayam dengan soya sos ni pun tersangat sedap buat sesiapa yang kurang berani nak makan pedas,

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 
 Ayam goreng rangup ni memang sesuai untuk anak-anak sebab tak pedas dan rasanya memang setanding dengan ayam goreng yang biasa kita makan. Kerangupan tapi masih ada rasa manis ayam yang sangat menggiurkan

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 

Selain ayam, Umi syorkan korang makan Rameyon dengan pilihan yang kering atau dengan sup.  Umi suka yang berkuah dan wajib makan dengan Pickled Radish (lobak putih) untuk rasa yang lebih nikmat sampai terasa nak buat pickled radish sendiri pulak..hehee. Rasa mee yang disediakan cukup lazat ditambah pulak dengan cheese memang kombinasi yang cukup hebat

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 
Dan kalau pergi makan tak sah kalau tak pekena pemanis mulut kan, jadi korang kena cuba Red Bean Mochi with Ice Cream, rasanya? heaven! tak terkata kesedapannya tau.

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 

Eung Chicken pun ada set sempena bulan Ramadan, jadi boleh la ke sini untuk berbuka nanti.  Set Iftar ni akan bermula dari 1 Ramadan hingga ke akhir Ramadan.  Memang berbaloi set dan harganya yang korang harus cuba, sekali cuba pasti jatuh hati dan nak lagi.

Set Iftar (complimentary Kurma)

set untuk 2 orang (RM49.00)
2 x minuman
2 x white Japanese steam rice
12 ketul kepak ayam (pilih antara 2 perisa)
2x Ais Krim dengan Red Bean Mochi


set untuk 3 orang (RM72.00)
3 x minuman
3 x white Japanese steam rice
18 ketul kepak ayam (pilih antara 2 perisa)
3x Ais Krim dengan Red Bean Mochi

set untuk 4 orang (RM95.00)
4x minuman
4x white Japanese steam rice
30 ketul kepak ayam (pilih antara 2 perisa)
4x Ais Krim dengan Red Bean Mochi


Jangan risau kalau-kalau ada yang masih ragu-ragu sebab Eung Chicken ni HALAL dan ada sijil pengesahan dari JAKIM lagi, jadi tunggu apa lagi! 

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 


Eung Chicken
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Telefon : 
011 1057 4388

Waktu Perniagaan : 
11:30 pagi - 1000 malam (Isnin hingga Khamis)
12 tengahhari hingga 11:30 malam (Jumaat dan Sabtu)


Post a Comment

21 Comments

  1. wow! sedapnyaaaa nampakkkk..hahahaha

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaa..rugi tak join hari tu. semua pun kata ayam dia terbaik. i is sedih :(

    ReplyDelete
  3. harga pun berbaloi..tp jauh sgttt nk pergi try.huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau CR turun KL..singgah je alang2 dh dtg dr jauh..harap dia buka dekat2 tengah bandar KL pun bagus kann

      Delete
  4. sedapnyer umi...dah la lina ni peminat makanan korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sedap..sangat sedap..jom kuta ngeteh kt sini Linaaa

      Delete
  5. Sedapnya ! Tak pernah try lagi ni ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  6. Sedapnya tengok ! Tak pernah try lagi ni ;)

    Jemput join giveaway CN >> http://www.cekgunorazimah.com/2018/04/giveaway-doudoumy-x-cekgunorazimah.html

    ReplyDelete
  7. Boleh try ni... Tak mkn mknan korea baru ni

    ReplyDelete
  8. Laaaa kat Damansara utama je .. Dekat ajee nanti bolehlah gi. hihi

    ReplyDelete
  9. Wow sedapnya menu menu yang disediakan. Kene cuba nanti.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya Kak, nanti nak cuba lah. Macam teringin pulak.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. Ayam tu nampak menarik sangat..

    ReplyDelete
  12. sedapnya tengok ayam dia. belum pernah lagi cuba makanan korea. boleh cuba ni nanti..

    Fatina Mudz

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!