Resepi | Udang Sambal Istimewa

Dah tak lama lagi bulan Ramadan akan menjelma dan tahun ni anak-anak akan balik dan ada yang dah balik sempena cuti semester, jadi Umi pun siap siaga la update resepi untuk juadah berbuka dan bersahur nanti.  Rasanya bukan Umi sorang jer kot, pasti ramai yang dok jengah-jengah kat blog, kat buku resepi untuk cari ilham kan...

Walau resepi udang sambal ni rasanya ramai yang dah tau, tapi bila tiba bulan Ramadan tu selalu bingung nak masak apa, lebih kurang macam writer's block gak kan..hehe.

Resepi | Udang Sambal Istimewa


Bahan-bahan :
15 ekor udang
10 biji cili kering, dikisar
2 biji bawang kecil, dihiris
1 biji bawang besar, dikisar
1 biji bawang putih, diketuk
1/2 cawan minyak masak
1 biji bawang besar, dimayang
1 cawan air asam jawa
sedikit belacan
Garam secukup rasa
Gula

Nota : Kalau suka lebih manis bawang, boleh ditambah bawang besar untuk dikisar


Cara-cara:

  • Panaskan minyak, goreng udang yang telah dibersihkan hingga kekuningan dan diletakkan ke dalam pinggan.
  • Tumis bawang kecil dan bawang putih dengan minyak gorengan udang hingga naik bau dan kekuningan
  • Masukkan bahan yang dikisar, dimasak hingga pecah minyak
  • Masukkan udang, air asam jawa serta sedikit gula, bila udang kelihatan masak, masukkan bawang besar, dikacau dengan api yang perlahan.
  • Masukkan bawang, dikacau, biar bawang nampak dah lembut dan tutup api.  Dah boleh hidang dengan nasi panas-panas.


Selamat mencuba 



Post a Comment

10 Comments

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. Fiza pun selalu buat menu ni. Sedap kan. Anak2 pun suka 😊

    ReplyDelete
  3. Paling best kalau letak petai. Tapi kalau letak petai, auni memang tolak udang. Ratah petai je. Hehe

    ReplyDelete
  4. Oit sedap sangat ni. Tak jumpa lagi kat mana2 buffet ramadhan. Tak kan offer buffet ramadhan kat rumah akak ke. Haha

    ReplyDelete
  5. Uihh sedap sangat ni kak.

    Terliur ni melihatnya.. Kena pi masak sendiri lah nampaknya 😂

    ReplyDelete
  6. resipi simple tapi memikat jiwa

    ReplyDelete
  7. salah satu fevret makanan busyra ni.. udang samball..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!