Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara | Secara umum pasti ramai yang dah tahu atau dengar pasal Sungai Klang yang telah dinaiktaraf dan kini menjadi antara tempat tarikan pelancong di tengah bandar Kuala Lumpur dan tarikan River of Life @ Kolam Biru umpama berada diluar negara di malam hari. Memang terasa bangga sangat. Jadi tempohhari Umi dan anak-anak pun berkobar-kobar la nak tengok sewaktu menjemput anak kat KL Sentral terus langsung ke sana tapi hampa sebab dah tengah malam tapi harap ada peluang untuk tengok dengan mata sendiri baru la boleh rasa teruja kan. 

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Projek mencantikkan  sungai  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan di sepanjang Lembah Kelang adalah atas inisiatif pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Lokasi River of Life atau Kolam Biru yang sangat menarik ialah di sekitar Masjid Jamek dan lebih tepat dipertembungan sungai diantara Sungai Klang dan Sungai Gombak. 

Terdapat satu waterfront yang ada air pancut berirama dan terdapat 6 buah irama berdasarkan etnik yang akan berkumandang bermula dari jam 9.15 malam dan berakhir pada 11 malam. Jadi inilah waktu untuk kita melawat dan menyaksikan dan menikmati keindahan River of Life @ Kolam Biru  yang nampak membiru dengan irama dan percikan air yang memercik halus dan menghasilkan pemandangan seakan berkabus. Lebih menarik lagi apabila pemandangan indah ini dikelilingi pelbagai bangunan lama dan bersejarah ditambah dengan cahaya lampu yang menyinari.  Jadi jangan lepaskan peluang kalau berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni untuk alami sendiri dan menyaksikan sendiri tarikan yang pasti membuat kita teruja dan terbuai leka dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung.

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Kita boleh berjalan di sepanjang tepi sungai seperti sambil menikmati permandangan sungai yang nampak berwarna biru dan kat sesetengah bahagian ada kolam kecil menempatkan ikan-ikan kap dan teruskan berjalan sampai ke anjung tinjau (observation deck) untuk menikmati dan menghayati pemandangan River of Life @ Kolam Biru dari pandangan atas dan disitu jugak terdapat segala maklumat berkaitan projek River of Life @ Kolam Biru ni

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

River of Life @ Kolam Biru  ini walaubagaimana pun tak setanding dengan Sungai Cheonggyecheon kat Korea Selatan tu tapi sebagai warga Kuala Lumpur kita tetap sokong  usaha dan projek berkaitan pemeliharaaan dan pemuliharaan sungai yang dilakukan dan  kita semua sangat berharap Dewan Bandaraya  sebagai pihak berkuasa tempatan dapat meneruskan inisiatif seperti ini kerana ianya akan terus menjadi tarikan buat  para pelancong tempatan dan luarnegara.

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

River of Life @ Kolam Biru  adalah suatu permulaan yang baik dan diharap ada inisiatif lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara amnya. Terima kasih Dewan Bandaraya yang telah menjadikan sungai ini satu lagi tarikan dan kami warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berharap ada lagi inisiatif seperti ini di lokasi yang lain pulak.

Post a Comment

77 Comments

  1. Replies
    1. Tengok gambar pun dh teruja kan Mellya..

      Delete
  2. Dah tak perlu jauh nak fly ke Korea.. Di KL pun ada 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul tu tp masih xsetanding yg kt aana tuu

      Delete
  3. Wah.. Cantiknya biru di sana sini. Nanti nak ajak encik suamilah jln sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pergi Cik La dan saksikan sendiri lg awesome

      Delete
  4. Cantikkan umi.. Rasa nak pergi lagi. Tak puas tengok

    ReplyDelete
  5. #RiveeofLife ni dah boleh jadi antara 1 tarikan menarik di KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ia antara tarikan yg cukup menarik kt KL

      Delete
  6. Satu inisiatif yang sangat baik. Tak perlu jauh2 nak nikmati view yg cantik macam ni.

    ReplyDelete
  7. Cantiknyaaa tempat ni. Parking sesak x kat sni nti?hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab parking tu mmg sedia maklum tp banyak parking cuma kena jalan jauh la sikit..

      Delete
  8. Cantik sangat, Sue belum sempat lagi nak datang sini Kak..

    ReplyDelete
  9. Org kl pyn belum smp lg.. jeles kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita lepak pastu ngeteh dgn roti banjir..

      Delete
  10. Cantik! Syukurnya ada usaha nak cantik kan semula sungai tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. thumbs up kat DBKL yg mencantikkan semula sungai sampai jadi tarikan ramai

      Delete
  11. Cantiknya.. brlum prnah pefi lagi. Nanyi nak pegi laa.. seronok rasanya bila sungai yg Kotor boleh diberi nafas Baru macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..bawak anak2 utk nikmati dan belajar sayangi sungai kita 😀

      Delete
  12. Cantiknya! Dulu tempat ni kotor & busuk taw. Tak sangka dah jadi macam ni 👍

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Cantik kan..harap ada byk lagi sungai yg akan dinaiktaraf gini kan

      Delete
  14. cantiknya umi....tak sangka berubah jadi gini kan....terbaik lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja kan..bangga jd org KL tau..😀

      Delete
  15. Cantiknya! Ramailah photoshoot sini nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn photoshoot jer..ramai yg selfie..wefie bagai😀😀

      Delete
  16. dulu dan sekarang berbeza tmpt ni, makin ctk..

    ReplyDelete
  17. oo..ada time dia ke..haha..nasib baca entry umi..klu tak, nak main terjah je bebila free kot lalu kat area sini waktu malam..haha

    ReplyDelete
  18. mempesonakan ... cantik sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tgk gambar dh cantik..pergi tgk dgn mata sendiri mmg teruja kita 😀

      Delete
  19. tarikan bukan sahaja kepada pelancong tapi juga untuk kita warga tempatan. Yang penting pemulihan alam sekitar dapat diteruskan. Syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah DBKL dan kita sipport usaha yg begini utk sunhai2 yg lain kan

      Delete
  20. Pemandangan waktu malam sangat cantikkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Nampak tenang je kan dgn warna biru tu

      Delete
  21. cantiklah sungai ni. teringin nakpi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom..tp jgn salah time mcm Umi😀😀

      Delete
  22. memang dulu lain sekarang lain la, rugilaa kalau dah dekat tapi tak dapat cuci mata kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn kupa abadikan kenangan kt sini tau

      Delete
  23. Malam malam suka lepak sini hehehe

    ReplyDelete
  24. Memang cantik kalau snap gambar kat sini...

    ReplyDelete
  25. kolam biru yang sangat cantik..dulu rasa x nak g pon sini..sekarang jadi tarikan kot

    ReplyDelete
  26. Cantiikk. Nanti Nani nak pergi jugaklah.

    ReplyDelete
  27. kalau ganu ada tasik pepsi blue. Kl ada kolam biru hihi

    ReplyDelete
  28. hebakk! cantikk.. macam kat overseas dah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh berangan mcm ada kt oversea kann😂😂

      Delete
  29. Cantik.. tak berpeluang lagi ke sini..

    ReplyDelete
  30. Wahh... Bagusnya. Sungai ni yang dulu sapa pun tak pandang, kini jadi daya tarikan Kuala Lumpur!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esp waktu siang nampak cik ti berlarian kan..hihi

      Delete
  31. Alaa geramnye xdpt tgk lgi depan mata. Mesti kena kunjung nnti.

    ReplyDelete
  32. Cantiknya ROL ni...tak sabar nak naik KL p tengok

    ReplyDelete
  33. Alahai canyiknya. Teringin nak pergi sana..

    ReplyDelete
  34. nampak cantik kan.. dari sungai yang orang xnk tengok ponnn.

    ReplyDelete
  35. Nak ajak abe dating sini la :) haha

    ReplyDelete
  36. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  37. Seriously memang tak pernah tahu pasal kolam biru ni. Ini bukan pelancong je tertarik, warganegara pun sama2 teruja. Cantik sangat ! Nanti suami sembuh, nak ajak dating kat sini jugak lah.

    ReplyDelete
  38. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    ReplyDelete
  39. Cantiknya ROL ni. Macam tak percaya sungai yang kotor dulu dah cantik macam ni.

    ReplyDelete
  40. Cantik dah sungai kl la ni... the

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!