Kempen Cahaya Raya Shopee Dan Menangi Rumah Impian Serta Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Kempen Cahaya Raya Shopee Dan Menangi Rumah Impian Serta Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta | Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Cahaya Raya yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1.5 juta termasuk sebuah Rumah Impian bernilai RM350,000, sebuah Honda HRV bernilai RM100,000 dan sebuah Volkswagen Polo bernilai RM80,000 untuk pemenang bertuah permainan dalam aplikasi Ketupat Raya, satu usahasama dengan Visa. Kempen yang akan berlangsung dari 3 Mei hingga 17 Jun akan membariskan pelbagai tawaran eksklusif ke atas lebih 100,000 produk dengan potongan harga sehingga 90%.

Kempen Cahaya Raya Shopee Dan Menangi Rumah Impian Serta Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta

Hasil kaji selidik yang dijalankan oleh pihak Shopee dari 2 April hingga 9 April baru-baru ni  berdasarkan tabiat membeli-belah rakyat Malaysia dan hampir 140,000 orang pengguna dari seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dan hasil kaji selidik tu mendapat maklumat menarik seperti :


Kempen Cahaya Raya Shopee Dan Menangi Rumah Impian Serta Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta


  • Kaji selidik tersebut mendapati, 85% peserta adalah golongan belia berusia bawah 35 tahun yang merupakan pengguna tegar e-dagang.
  • Jumlah responden tertinggi merupakan dari negeri Selangor, dengan rekod lebih 20% daripada jumlah keseluruhan peserta.
  • Penduduk dari Sabah dan Sarawak mencatatkan jumlah 20% daripada peserta kaji selidik ini dan mereka mendapati membeli-belah secara dalam talian adalah lebih mudah di samping menawarkan pilihan pelbagai jenis produk
  • 80% responden membuat persiapan sempena Hari Raya kira-kira sebulan sebelum bulan Ramadan
  • Kira-kira 90% daripada jumlah peserta membeli-belah secara dalam talian secara kerap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan
  • 95% responden lebih gemar membeli-belah secara dalam talian kerana tawaran harga dan promosi yang dilancarkan
S
Selain itu, faktor lain seperti kemudahann, variasi produk dan insentif lain termasuk penghantaran percuma dan komisyen sifar serta platform bayaran yang selamat turut memainkan peranan, semuanya boleh didapati di Shopee!



  • Menariknya, 5 kategori pilihan golongan wanita sempena Hari Raya termasuklah Pakain Lelaki (yang merupakan kategori pilihan utama mengatasi Pilihan Wanita dan Beg Dompet Wanita) dan Kasut Lelaki
  • Bagi golongan lelaki pula, 5 kategori pilihan mereka termasuklah Pakain Lelaki, Aksesori Kasut Lelaki, Beg Dompet Lelaki dan Fesyen Muslim
  • Lebih daripada 40% responden membelanjakan lebih daripada RM200 setiap orang untuk membuat persiapan sempena Hari Raya


Kempen Cahaya Raya Shopee Dan Menangi Rumah Impian Serta Hadiah Bernilai Lebih RM1.5 Juta

“Pengguna Shopee pasti ternanti-nanti akan lebih 100,000 produk yang ditawarkan dengan potongan harga sehingga 90% dari pelbagai kategori seperi Fesyen, Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan Rumah & Ruang Tamu dan banyak lagi. Bersesuaian dengan konsep balik kampung untuk sambutan bersama keluarga dan insan tersayang sempena Hari Raya , kami ingin menghadiahkan sebuah Rumah Impian dan dua buah kereta sebagai kejutan dan berharap, kejutan ini ibarat sebuah impian menjadi kenyataan bagi pemenang bertuah kami,” 
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

“Sejajar dengan perkembangan teknologi yang diintegrasikan dalam gaya hidup rakyat Malaysia, mereka mula mengubah tabiat membeli-belah dari luar talian ke dalam talian. Berdasarkan pada data VisaNet, perbelanjaan menerusi e-dagang dalam kalangan pengguna telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding transaksi secara bersemuka. Sepanjang musim perayaan ini, kami berpegang teguh pada usahasama kukuh dengan jenama seperti Shopee untuk memberi lebih manfaat kepada rakyat Malaysia dan kami komited untuk mengembangkan industri bayaran secara elektronik di Malaysia,” 
Ng Kong Boon, Ketua Pasaran Malaysia Visa.



Shopee turut bekerjasama dengan jenama terkemuka seperti Nestle, XES Shoes, honor Malaysia, Maybelline, Watsons, ASUS, Petpet, Universal Traveller, Russell Taylors, Dettol dan banyak lagi untuk menawarkan pelbagai jualan hebat sepanjang waktu kemuncak Kempen Cahaya Raya dari 3 hingga 6 Mei dan dari 24 hingga 27 Mei.

Sepanjang kempen ini, pengguna Shopee juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti Syiling Shopee, baucar, televisyen, seterika mudah alih, pengering rambut dan lain-lain yang bakal memeriahkan lagi sambutan Raya kali ini. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi hebat tanpa had dari semua kategori yang membariskan lebih 60 jenama terkenal termasuk Fesyen & Aksesori Wanita dan Lelaki, Kesihatan & Kecantikan, dan jualan kilat Shocking Sale akan dilancarkan 5 kali sehari.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my.

Bermula 19 April, korang boleh ler mula meninjau koleksi daripada Kempen Cahaya Raya akan datang, kat SINI

Dah muat turun turun aplikasi Shopee? PERCUMA jer menerusi App Store dan Google Play? Jom sekarang!

Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my

Post a Comment

6 Comments

  1. Wahh, menarik hadiah dia kan hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh siapkan belanja untuk shopping raya online ni nanti.

    ReplyDelete
  3. Jon join..mana tahu tuah di di situ hehe

    ReplyDelete
  4. Patutlah akak letak mcm2 dlm kart sejak bln lepas, tapi x checkout - ada byk offer rupanya... :D Thanks for sharing dear! Time to shop!

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!