PRU14 | TV ALHijrah Saluran Pilihanraya

PRU14 | TV ALHijrah Saluran Pilihanraya | Bahang pilihanraya makin terasa, ada bahagian yang semakin panas dan masih ada yang lebih tenang tapi didalam hati tu tak ada siapa yang tahu kan. Kurang dua hari lagi sebelum seluruh rakyat Malaysia yang layak keluar untuk menjalankan tanggungjawab mengundi jentera pilihan yang akan mengemudi Malaysia untuk tempoh 5 tahun mendatang.  Begitu juga TV AlHijrah jua harus kekal relevan di fasa akhit Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dalam memainkan peranan selaku agen penyampai maklumat yang bertanggungjawab, komprehensif dan dinamik buat penonton setia stesennya.

PRU14 | TV ALHijrah Saluran Pilihanraya

Menerus kempen 'TV AlHijrah Saluran Pilihanraya, beberapa stategi dan siri rancangan khas telah dissun dalam memastikan penonton menerima maklumat dan informasi konstruktif serta adil tanpa prejudis mengenai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan berlangsung 9 Mei 2018 akan datang.


SLOGAN IKHLAS, JELAS DAN PANTAS
TV AlHijrah melihat Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebagai satu proses penyatuan ummah, oleh yang demikian kesemua rancangan yang disusun untuk Pilihan Raya Umum ke-14(PRU-14) diterbitkan dengan penuh hemah dan menggunakan slogan Ikhlas, Jelas dan Pantas.

Slogan ini amat bertepatan dalam menjelaskan kedudukan TV AlHijrah sebagai stesen yang bersifat neutral dalam mengupas pelbagai isu sepanjang tempoh kempen.  Ia turur mecerminkan kesungguhan stesen ini menjadi stesen paling cekap dan pantas dalam menyebarkan keputusan undian kelak.

PRU14 | TV ALHijrah Saluran Pilihanraya


Bagi merealisasikan slogan yang dilaung, buat pertama kalinya TV AlHijrah memecah tradisi dengan menjadi satu-satunya stesen televisyen yang menggunakan Teknologi MOJO (Mobile Journalist) dalam laporan berita yang disampaikan.  Menerusi teknologi MOJO, ksemua sepuluh wartawan TV AlHijrah yang diketaui oleh bekas wartawan tersohor Tuan Haji Zainal Rashid Ahmada yang kini menjadi tulang belakang kepada pasukan Berita dan Ehwal Semasa akan menggunakan teknologi telefon pintar serta gabungan aplikasi rangkaian masakini dalam membuat liputan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)

PRU14 | TV ALHijrah Saluran Pilihanraya

REKOD 31 JAM SIARAN LANGSUNG PROGRAM BUAL BICARA TANPA HENTI
Bagi menyemarakkan lagi suasana, TV AlHijrah buat pertama kalinya mencipta rekod dengan menyiarkan sebuah rancangan bual bicara bertajuk PRU14 : RAPATKAN SAF yang akan bersiaran selama 31 jam tanpa henti. PRU14 : RAPATKAN SAF akan memulakan siarannya pada jam 6 pagi 9 Mei 2018 hingga 1 petang 10 Mei 2018 yang mana program  ini akan memberikan penonton kemaskini serta analisa pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).  Rancangan ini akan dihoskan oleh barisan selebriti TV AlHijrah seperti Ardi Herman, Ardi Akmal Sehrom, Syafinza Yunus, Raja Sofie Raja Arif, Abdul Hanan sambil ditemani tetami jempuptan di studio.

Antara tajuk-tajuk pilihan perbincangan adalah Tanggungjawab Mengundi, Pemilihan Pemimpin Dalam Islam, Adab Pilihanraya, Analisa Mengundi, Penggal Ini Milik Siapa, Analisis Keputusan PRU14, Pembentukan Kerajaan dan lain-lain.

Jadi, jangan lupa tonton TV AlHijrah sebagai stesen saluran Pilihan Raya Umum ke-14 buat kita seisi keluarga


PORTAL ALHIJRAHMEDIA.COM
Selain teknologi MOJO, stesen yang memenangi anugerah TV Islam Terbaik Asia ini turut membangunkan portal kemaskini Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) khas buat mereka yang sentiasa bergerak dan tidka mempunyai kesempatan untuk berada di hadapan kaca televisyen.

Penonton hanya perlu ke laman sesawang https://pru14.alhijrahmedia.com/ untuk mendapatkan informasi seperti Senarai Calon-Calon Yang Bertanding di setiap Kerusi Dun dan Parlimen, Trivia dan Fakta Pilihan Raya Umum ke-14, Keputusan Rasmi Pilihanraya dan pelbagai maklumat bermanafaat lain.

Post a Comment

0 Comments