Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din

Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din | Siapa tak kenal pelakon Dynas Mokhtar yang juga dikenali sebagai pengacara serta usahawan dan baru-baru ni telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan bersama Shazrik Din di Grand Ballroom,  Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Apa yang menarik majlis resepsi Dynas Mokhtar telah ditaja oleh Wilqadry, syarikat pengaturcara inovatif yang pakar dalalm bidang dekorasi dan teknologi. Wilqadry mengorak langkah  dalam menjayakan majlis resepsi dengan menekankan konsep kegemaran Dynas bertemakan hijau alam semula jadi yang berunsurkan bunga kayu putih, tulip dan orkid.

Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din
Untuk pertama kalinya di Malaysia, majlis perkahwinan ini mempamerkan unsur Maghribi diwarnai air yang mengalir dalam pergerakan visual yang dipancarkan di atas pelamin dan juga visual pergerakan tandatangan di atas kek yang menggunakan teknologi 'projection mapping'.  'Projection mapping' yang digunakan pada hari istimewa Dynas dengan inovatif dan unik di Malaysia menggabungkan konsep perkahwinan tradisional dengan teknologi audiovisual terkini, mempamerkan 'X factor' Wilqadry yang mampu memberikan perkhidmatan inovatif dan unik di Malaysia.

Gabungan dekorasi botani yang diregukan bersama teknologi 'digital projection' mampu melonjakkan lagi nama Wilqadry sebagai pengurus acara moden yang berani mengambil risiko untuk memperkenalkan konsep yang baru dan unik di Malaysia.

Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din
Kolaborasi kreatif Wilqadry bersama Dynas Mokhtar dalam menjayakan majlis yang indah ini membawa kekuatan dinamik selebriti yang mampu melontarakan nama Wilqadry ke persada industri pengurusan acara di Malaysia.  Selain itu, kekuatan dinamik Dynas menggambarkan pengaruh kuatnya yanga mampu membawa kejayaan pada masa akan datang.

Kerjasama Dynas bersama Wilqadry akan menentukan rentak strategi pemasaran dan penjenamaan dengan meluas - menggabungkan acara kontemporari dengan komponen audiovisual mempesona yang dikuasai oleh teknologi futuristik.

Wilqadry Meraikan Ikatan Cinta Dynas Mokhtar & Shazrik Din

WILQADRY GRANDEUR ENTERPRISE
Suite 5A, Level 5, Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

Hotline : 012-634 8985

Instagram Dynas : 

Facebook : wilqadry

Instagram : wilqadry

Twitter : wilqadry



MENGENAI WILQADRY

Wilqadry adalah syarikat kreatif dan pengurusan acara yang berpakaran dalam bidang teknologi dan mempunyai pelbagai fungsi dalam pelbagai konsep acara seperti Perkahwinan, Gaya hidup, Hiburan dan Korporat. Wilqadry mengkhusukan diri dalam konsep kontra yang tersendiri dan pelaksanaan kreatif yang hebat. Wilqadry dikuasakan oleh 30 orang kru dan kakitangan dari pelbagai bidang, dari senibina ke media, berkolaborasi bersama sebagai pencipta-pencipta kreatif dengan sokongan usahawan-usahawan berpengalaman.

Kekuatan Wilqadry terletak pada namanya yang menggabungkan perkataan 'will', yang bermaksud pertimbangan untuk mencapai matlamat tertentu, dengan nama pengasas syarikat, Sharifah Rohaidah Al Qadry, dimana nama 'Qadry' membawa maksud 'ketepatan', mengupas idea Wilqadr yang meletakkan kepentingan dalam memasang niat yang pasti untuk melakukan sesuatu dengan tepat.

Sharifah Rohaidah Al Qadry adalah seorang ahli perniagaan yang berumur 32 tahun dan berasal dari Shah Alam. Latar belakangnya dalam industri tekstil, reka bentuk dan kejuruteraan melonjakkan minatnya untuk menerapkan prinsip yang sama di dalam industri aturcara dengan menekankan kemajuan teknologi semasa untuk menyampaikan detik - detik dan pengalaman acara yang sukar dilupakan.

Hari ini, Wilqadry berazam menjadi sebuah syarikat pengaturcara beinovatif yang bakal mengembangkan empayar sebagai pengendali dewan aturcara sendiri, 'Grandeur Hall'. Dewan yang berlokasi di Putrajaya boleh menampung 500 orang hadirin dan akan dibuka pada bulan Julai sebagai lokasi bagi pelbagai acara lain seperti konsert musik, pertunjukan fesyen, dan pameran seni. Wilqadry percaya dengan menekankan penggunaan teknologi terkini di dalam pelbagai jenis acara, ia boleh meningkatkan kekuatan jenama syarikat di pasaran tempatan

Post a Comment

24 Comments

  1. Wah.. Menariknya unsur Maghribi gituu 😍

    ReplyDelete
  2. Konsep yang unik dan menarik..

    ReplyDelete
  3. Tahniah Dynas n suami, senang sekarang kan tak risau bab nak hias atau nak tema apa untuk kenduri kendara..

    ReplyDelete
  4. Mudanya owner Wilqadry tu kak. Semoga terus berjaya buat team Wilqadry.
    Dan selamat pengantin baru dan semoga berbahagia selamanya.

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru dynas dan suami. Hmm menarik konsep tu. Tak pernah orang buat lagi. Lepasni mesti ramai nak buat konsep macam ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya bila jadi selebriti bila tiba hari istimewa mesti ditaja, tuah Dynas dan pasangan la kan..bila majlis diorang eh kak..ke dah sudah tapi SA x alert...hahaha...apapun selamat pengantin baru buat pasangan bahagia ni..

    ReplyDelete
  7. rezeki pengantin baru dpt kolaborasi dengan Wilqadry yg menjayakan majlis resepsi pasangan ini yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi ' projection mapping'

    ReplyDelete
  8. ainy dah tengok gambar2 kahwin dynas tu - cantik2 semuanya kak. pandai Wilqadry hias. tahniah wilqadry moga terus sukses dan selamat pengantin baru untuk dynas dan suami.

    ReplyDelete
  9. Mmg hebat la apa yg Wilqadry buat ni.1st in malaysia lagi dgn tekbologi yang hebat. Tgk teaser hr tu pun dah terpegun ni kan pulak time resepsi

    ReplyDelete
  10. Kalau tak baca post ini, tak tau pun Dynas menikah. Tahniah pada Ms Dynas and mesti best majlis sebab Wilqadry yang susun. Tahniah.

    ReplyDelete
  11. Xpenah dgr nama wildadry ni.. Tapi muda juga kan owner dia... Muda2 dah berjaya... Cantik tema perkahwinan dynas dan pasangan.. Nme lebih kreatif dr susunan dan teratur...

    ReplyDelete
  12. semalam perasan juga pasal ni. ikutkan khai cover juga event ni tapi x dpt dtg sbb ada hal. rasanya dia artis pertama kan yang buat camni. kudos!

    ReplyDelete
  13. untungla dynaz..tahniah dynas & pasangannya. bunyi mcm menarik gak bertemakan ala ala maghribi ni kan

    ReplyDelete
  14. Wah tahniah Dynas! sure meletop majlis resepsi perkahwinan kali ini. Ika tengok Wilqadry ni memang hebat. Bukan calang2 syarikat ni. Sangat cantik hasil dari Wilqadry

    ReplyDelete
  15. Pastinya Wilqadry nih memberi sentuhan ajaib pada majlis perkahwinan pelanggannya. kalau tidak takkan Wilqadry menjadi pilihan Dynas dan suami untuk merealisasikan perkahwinan mereka

    ReplyDelete
  16. Wow hebat Wilqadry.Syarikat pengaturcara pelbagai event.Dan Selamat Pengantin Baru untuk Dynas dan pasangan.

    ReplyDelete
  17. Beruntung betul Dynas...siap ada pengatur cara majlis berkerjasama untuk majlis yang penuh bersejarah dia kali ni. Cantik-cantik pulak gambar2 majlis dia..sure mahal kan?

    ReplyDelete
  18. Wahhh bestnya dapat dtg wedding dia awak. Tahniah tau terpilih. Nanti nak terjah ig dynas nak tgk gambar-gambar lain. Mesti kebabom kan gambar dia

    ReplyDelete
  19. Tahniah buat Dynas Mokhtar & Shazrik Din atas ikatan cinta yang terbina.... Siap majlis mendapat tajaan dari Wilqadry lagi tue....

    ReplyDelete
  20. Sukanya tengok pasangan pengantin ni nampak sepadan. Suka dengan penampilan Dinas dari dulu yang tinggi dan cantik. Rezeki pasangan ini dapat meraikan cinta bersama Wilqadry. Siap ada projection mapping lagi. Memang gempak.

    ReplyDelete
  21. Great looking couple! Congrats on the commitment to marriage!

    ReplyDelete
  22. Congratulations to the newly weds, this is so sweet of Wilqadry for organizing something like that, I cannot imagine how happy they would be.

    ReplyDelete
  23. Sukalah dengan cara Dynas ni. Reception pun dress simple sangat. Menampakkan seri wajah dia kan and makeup pun on-point pulak tu.

    ReplyDelete
  24. However, in the event that you invest more energy in autos or on the off chance that you need a decent stable framework, you will presumably need to supplant your old auto radio.Best double din head units

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!