Terkini! Piza Domino Menambah Sensasi Dalam Kehangatan Koreanya

Terkini! Piza Domino Menambah Sensasi Dalam Kehangatan Koreanya | Memang Umi dah jatuh cinta dengan Piza Domino sejak lama dulu, sejak diperkenalkan oleh sahabat yang kembali ke Malaysia selepas berbelas tahun rasanya bermastautin di US.  Dia yang memperkenalkan Piza Domino pada Umi yang sangat mesra pelanggan.

Korang pernah merasa atau dah merasa piza citarasa Korea yang dikeluarkan Dominos Piza ke belum? Rasanya memang ramai dah rasa kan dan terkini! Piza Domino Menambah Sensasi Dalam Kehangatan Koreanya pasti membuat korang jatuh cinta berkali-kali dengan piza perasa Ssamjeang untuk piza Udang Ssamjeang yang keempat dalam variasi piza Ssamjeangnya.


Terkini! Piza Domino Menambah Sensasi Dalam Kehangatan Koreanya

Menampilkan Piza udang Ssamjeang kenyal, lembap yang diperap dengan herba Itali dan rempah ratus serta digandingkan dengan perasa rumpai laut umami, tomato ceri segar, lada benggala dengan bijan panggang yang ditabur diatas sos Ssamjeang yang diperbuat istimewa seimbang rasa dan teksturnya.

"Kami menerima maklumbalas yang cukup mengujakan serta sokongan yang sangat baik dari para pelanggan dan peminat Korea apabila pertama kali kami melancarkan piza perasa Ssamjeang untuk Tuna, Ayam dan Daging.  Maklumbalas yang cukup memberangsangkan dan untuk memenuhi permintaan ke atas piza Ssamjeang yang semakin bertambah, kini kami memperkenalkan piza udang Ssamjeang.  Kami percaya tambahan ini mampu meningkatkan profil rasa sos Ssamjeang yang lazat dengan kombinasi pelbagai rasa dan tekstur didalam setiap piza"
"Kami sangat berbesar hati dengan maklumbalas positif dan berharap perasa terkini akan diterima baik seperti yang lain.  Bulan puasa dan Hari Raya sememangnya waktu yang ditunggu untuk bersama  keluarga dan sahabat handai dan bertambah menarik dengan sajian piza kegemaran ramai. Kami menawarkan tawaran hebat di sepanjang cuti perayaan ini dan berharap pelanggan kami akan mengambil peluang untuk merasai perasa terkini sementara tawaran masih ada"  Shamsul Amree, Senior General Manager, Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura.
Terkini! Piza Domino Menambah Sensasi Dalam Kehangatan Koreanya

Diilhamkan mengikut kesukaan rakyat Malaysia untuk makanan Korea, Piza Ssamjeang Domino adalah direka khas dengan penyediaan rasa hasil gabungan lengkap berherba, manis dan pedas.  Cukup menepati (versatile) dan berperisa, terdapat sos Ssamjeang didalam kepak Ayam-Haseyo, yang dibakar penuh sempurna diliputi sos Ssamjeang yang menyelerakan dan pasti memberi ketagihan kat peminat makanan Korea ni.

Terkini! Piza Domino Menambah Sensasi Dalam Kehangatan Koreanya

Sepanjang perayaan Ramadan dan Hari Raya, para pelanggan boleh menikmati Udang Ssamjeang dengan dua combo deals iaitu Ssamjeang Buddy Combo berharga RM37.65 dengan satu Ssamjeang piza bersaiz regular, satu Ayam-Haseyo, satu Garlic Twisty Bread dan dua tin minuman ringan, manakala Ssamjeang Super Combo berharga RM56.51 menyediakan dua piza bersaiz regular, satu Ayam-Haseyo, satu Cheesy Mozzarela/Cheddar Stix dan satu botol 1.5L minuman ringan.



Buat pengetahuan korang semua Ssamjeang Udang ni terdapat di kesemua stor Domino's Pizza untuk jangka waktu yang terhad bermula 4 June hingga 1 Julai 2018.

Jom dapatkan sekarang di semua stor Domino atau tempah secara atas talian di http://www.dominos.com.my/, atau hubung 1 300 888 333

Post a Comment

4 Comments

  1. happy dah tengok udang tu tapi sedih tengok seaweed sebab tak kena tekak

    ReplyDelete
  2. nak try sebab suka ade udang.. tapi takuit laaa pedas hehe..

    ReplyDelete
  3. Wow nampak sedap, terliur saya... hehe belum cuba lg yg ni di Domino's. Masa saya pergi Domino's last month saya cuma try Ayamhaseyo Korean chicken saja, tak perasan pula ada pizza Korea. Serius nak kena cuba ni :)

    ReplyDelete
  4. jom kita g try sama sama umi fuzy. hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!