Abah Dalam Doa Dan Ingatan | Hujan pagi Isnin ni membuat Umi teringat abah. Memang tak pernah tak ingat sejak abah pergi minggu lepas tapi ingatan masih segar sebab abah pergi meninggalkan kami pada hari Isnin dan hujan membasahi bumi di waktu pagi sama seperti hari ini. Memang rindu nak peluk cium abah, kucup tangan abah, beri abah susu walau melalui tiub, berborak dengan abah walau abah terbaring tapi masih bersuara walau sukar untuk kami fahami. Alhamdulillah, setiap dari kami bersyukur sebab punya waktu untuk berbakti untuk abah sewaktu abah terbaring. Ya Allah, tempatkan abah bersama orang-orang yang beriman
Istimewa buat abah Sarjan (B) Haji Hamid B. Awang
26 Jun 1926 - 23 Julai 2018 (10 Zulkaedah 1439H) @ 2.30 petang
Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan
Wad Rafflesia
Abah Dalam Doa Dan Ingatan |
Puisi buat Abah lelaki terhebat kami
Isnin muncul lagi
hari ini, minggu depan dan seterusnya
Isnin mengimbaukan kenangan
hari abah pergi meninggalkan kami
Lebat hujan seakan memberitahu
abah, terbaring namunt tidak seperti selalu
mata tertutup, nafasnya payah
ahhh...situasi biasa, hati menelah
abah!, ni kak cik nak bagi abah susu ya
bangunlah abah, kita minum ya
namun abah tetap tak berubah
mata terpejam, tanpa reaksi
"agaknya mata abah banyak tahi mata" telah hati
mata abah disapu dengan cermat
ahh...abah tetap tak buka mata
tapi biar abah rehat
abah!, kak cik balik dulu tau
kesian tengok mak keletihan menanti
mak peluk cium abah
dalam sendu kami mengundur diri
ok, nanti petang kak cik datang lagi
jadual hari ni disusun rapi
harus segera diselesaikan tanpa tangguh
lazimnya luka abah akan dicuci
jururawat pun dah menyuntik ubat tahan sakit
pasti rawatan luka sebentar nanti
kesempatan untuk selesaikan tugasan peribadi
segera dijalani
Icik!, abah dah tak ada!
jeda
Innalillahiwainnaillahirojiun
dari Dia kita datang, dan kepadaNya kita kembali
air mata berderai
abah! kak cik rindu
gelak tawa abah, gurau senda abah
cerita abah, keperihatinan abah
abah sesungguhnya yang terbaik
kerinduan akan terus mendatang
tapi abah jangan risau
kami tabah, mak akan kami jaga
doa untuk abah tetap akan kami titipkan
setiap hari, setiap masa
semoga abah tenang
semoga abah selesa
walau kita berada didunia berbeza
doa kami abah bersama para syuhadah
Isnin tetap akan muncul setiap minggu
tanpa jemu tanpa penghujung
dan abah akan terus bersemadi dijiwa
sampai kita bertemu lagi abah
di syurga
7 Comments
salam takziah..semoga abah umi diletakkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh
ReplyDeleteSemoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya dan sentiasa tenang di sana.. aamiin. Al Fatihah.
ReplyDeleteAllahu..Al Fatihah.Moga sejahtera ayah akak di sana.Takziah ya untuk akk sekeluarga.
ReplyDeleteSalam takziah kak Fuzy, sedih LZ baca..
ReplyDeleteSemoga roh abah akak dirahmatiNya selalu..
Aminnnn...
Salam takziah ye kak. Semoga arwah tenang di sana.
ReplyDeleteSemoga arwah Abah akak ditempatkan bersama orang beriman.. Aaminn.
ReplyDeleteMemang sayu bila kehilangan orang kita sayang.. Rasa gelap je dunia ni😥😥
salam takziah akak :') Doa banyak2 moga Arwah ditempatkan dalam kalangan yang soleh.
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!