AFB Fun Day Di Banglo Mewah Taj Villa, Taman Zooview | Apa
yang Umi tahu dulu AFB dulunya dikenali EFG pernah membuat gathering 2
tahun lepas, sehari jer kot (masa tu Umi bukan ahli hehe) tapi kali ni AFB Fun Day ni menyewa banglo mewah selama 3 hari 2 malam,
fuhh makin fly high dan mewah sekali! Sememangnya dah jadi trend zaman sekarang, kita lebih suka
menyewa homestay dari hotel sebab lebih mengeratkan silatulrahim dan ukhuwah, boleh memasak,
berborak puas-puas tak kira masa asal tak mengantuk hehe.
Sememangnya pemilihan untuk AFB Fun Day di banglo Taj
Villa ni memang tersangat sesuai sebab kesemua blogger datang dengan ahli keluarga dan segala kemudahan yang sedia ada memang menepati dan serba lengkap.
Jadi kalau sesiapa yang berminat untuk mengadakan sebarang gathering, reunion atau majlis
perkahwinan atau apa saja majlis bersama adik beradik atau sahabat
handai, tempah saja Taj Villa ni, banglo murah dengan kemudahan lengkap. Lokasi banglo ni pun sangat strategik sebab terletak di belakang
Zoo Negara dan pelbagai kemudahan yang terdapat di kawasan yang
berdekatan seperti pusat membeli belah Melawati Mall dan untuk ke tengah bandaraya pun cuma dalam 15 minit.
InsyaAllah esok atau lusa, Umi update kisah AFB Fun Day ni, tunguuuuu
AFB Fun Day Di Banglo Mewah Taj Villa, Taman Zooview |
Banglo
mewah 2 tingkat ni berharga RM1,600 semalam ni dengan 5 bilik air dan 4 bilik air, 2
grill BBQ, ada dapur kering dan basah, ruang tamu dan santai yang luas
dan kolam renang.
Tingkat Atas : 3 bilik dengan 2 bilik air serta ruang rehat seisi keluarga
Tingkat Bawah : 1 bilik membaca, bilik pembantu rumah dan 2 bilik air
AFB Fun Day Di Banglo Mewah Taj Villa, Taman Zooview |
Terdapat 2 dapur iaitu dapur kering dan basah yang luas yang pasti kaum ibu memang suka sangat, agak lengkap dengan peralatan, 1 unit Fagor induction cooker, peti sejuk, oven pembakar, mesin membasuh pakaian berserta pengering dan set BBQ terletak berhampiran kolam renang.
AFB Fun Day Di Banglo Mewah Taj Villa, Taman Zooview |
Ruang menonton dengan 1 unit tv, sofa yang selesa, ruang makan yang luas dan ruang ala bar sesambil minum dan menjenguk anak-anak bermain didalam kolam renang.
AFB Fun Day Di Banglo Mewah Taj Villa, Taman Zooview |
Banglo ni juga dilengkapi dengan 6 CCTV berinfra merah & & motion sensor, 6 unit penghawa dingin, 1 unit TV, 1 Fagor induction cooker, dapur kering dan dapur basah, Pembakar, alat BBQ, Mesin Pembasuh dan Pengering,
Deposit : RM1000 (refundable)
Alamat : No. 1538, Jalan Bulbul, Taman Zooview, Ulu Kelang
Instagram : https://www.instagram.com/duyong_secrets/
No Telefon : 013-3809187 (Ruby)
6 Comments
menarik nampaknya ni, boleh kongsi ramai2 dengan adik beradik buat family gathering nih
ReplyDeletecantik :)
ReplyDeleteSelesa dan luas banglo tu kak. Seronok dpt gather reramai kan. InsyaAllah ada rezeki next time ana join.
ReplyDeletememang kalau wat perjumpaan mcm ni sesuai sewa tmpt mcm ni kan. baru selesa
ReplyDeletevila ni pun nampak besar dan selesa. bestnya gathering ramai2..
nampak seronok geng afb gathering kat sini haritu..saya tak leh nak joint pulak masa ni sebab adik ipar & isteri datang tidur kat rumah kitaorang...so ai tengok je la uolls have fun kat villa yg santek ni...
ReplyDeletewoow cantiknya tempat ni
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!