Resepi Biskut Arab Kuih Favorite Bonda | Syawal dah hampir ke penghujung, tapi cerita bulan Syawal masih lagi kat dalam draft..hehe. Alkisah 2 hari menjelang Syawal, dengan semangat berkobar-kobar Umi berjaya membuat kuih! Dah terlalu lama Umi nak buat kuih biskut arab ni yang sememangnya menjadi kegemaran bonda dan dulu waktu bonda sihat biskut arab ni suatu kemestian selain dodol, kuih gunting, kuih siput, agar-agar kering, kuih sepit dan banyak lagi. Umi waktu muda bukan suka sangat kuih-kuih ni ataupun ketupat sebab pagi raya jer Umi dah cari maggi asam laksa! siapa sama dengan Umi? kita geng ok hehe
Resepi Biskut Arab Kuih Raya Evergreen Favorite Bonda |
Ok, jom try resepi mudah yang berjaya dibuat walau buat pertama kalinya. Alhamdulillah, mak cakap sedap kuih biskut arab yang Umi buat tu bukan Umi saja-saja nak puji diri tau...haha.
Resepi Biskut Arab Kuih Raya Evergreen Favorite Bonda
Bahan-bahan3 cawan tepung gandum,
½ cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
100gm kacang tanah, digoreng, diibuang kulit dan ditumbuk
Cara membuatnya :
- Sangai tepung didalam kuali hingga agak kekuningan tapi jangan hangit. Masukkan kedalam bekas adunan
- Panaskan minyak dan kemudian masukkan mentega didalam kuali dalam 5 minit dan hingga mentega cair.
- Masukkan minyak ke dalam adunan tepung bila agak sejuk, gaulkan sehingga sebati.
- Jemput adunan lebih kurang sebesar duit 20 sen dan bulatkan, lepas tu buatkan lubang untuk masukkan kacang tanah, bulatkan kembali dan letak didalam dulang pembakar
- Bakar dengan suhu 160 darjah lebih kurang dalam 20 minit.
- Letakkan biskut arab yang telah dibakar dan golekkan biskut arab ke dalam pinggan berisi gula, golekkan hingga gula menyaluti biskut. Angkat dan simpan atau boleh jer dimakan terus.
Keenakan biskut arab bonda ni, bila kita makan dia akan macam mencair dalam mulut dan terasa bahang suam walau dah beberapa hari dibuat dengan tekstur yang lembut dan buat jiwa melting gitu.
By the way, memang serius lengah tangan nak buat dia jadi bulat tapi bila rasa dia sedap, hilang kelenguhan tu bagai. InsyaAllah kalau ada kerajinan, raya haji nanti Umi buat lagi
Selamat mencuba
10 Comments
mesti sedap ni :)
ReplyDeleteJemput singgah entry terkini & jgn lupa tinggalkan jejak k ^_^
1. Google Adsense vs Nuffnang
2. Minyak Angin Aromaterapi Fresh Care - Ejulz Blogshop
3. 20% Discount La'Beyla di Shopee
4. Firul Collections
5. Indok Chanteq Kuching
Harap sudi join segmen ejulz kalau belum join :)
1. SEGMEN Tambah Duit Dengan Kerja PARTIME Dari EJULZ
Sedapnya kak biskut arab. Lama dah tak makan biskut ni.
ReplyDeleteWahh macam sedap je ni
ReplyDeleteWahhhh....bahan-bahan die mudah je... Tapi sejenis LeYa ni memang kemalasan kalau bab2 buat kuih ni.. Tapi kalau masak lauk ok la.. hehe... Alaa... nanti Raya Haji mintak Kak Fuzy buat lah.. Hee.
ReplyDeleteWah sedap nie, Sue suka agar-agar kering tapi tak tau nak buat. Nak kena tanya Mak nanti..
ReplyDeleteSedapnyaaa biskut arab. Tak pernah buat sendiri, tengok resepi macam senang aje ni. Heheh :)
ReplyDeletesedapnyaaa biskut arab. my fav too!
ReplyDeleteboleh ttry
ReplyDeleteUjian menunjukkan bahawa Perodua Aruz dapat menyelesaikan sprint 0-100 km / j dalam 15.7 saat.
ReplyDeleteSleep guides from the SweetNight (a mattress in a box brand ).
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!