3 Menu Utama Hidangan Hari Raya Aidil Adha | Seperti setiap tahun, suatu kemestian buat Umi memasak gulai daging utara sepertimana yang dimasak oleh arwah mak mertua untuk dimakan bersama ketupat palas sebab kat kampung DH memang tu satu kelaziman selain laksa atau bihun sup utara.
Selain dari tu Umi akan masak rendang daging pencen yang jadi kegemaran Ayong Azmer tapi kali ni 3 menu utama hidangan Hari Raya Aidil Adha buat mak dan kami sekeluarga. Dan kali ini juga tiada ketupat palas cuma nasi impit Nona menjadi regu untuk gulai, rendang dan kuah kacang. Entahlah, rasa tak de mood jer nak beria-ria kali ni.
Selain dari tu, kakak ipar dan adik beradik yang lain pun bawa pelbagai juadah jugak antaranya nasi daging utara, sup gearbox, ayam masak merah, pulut periuk kera dan banyak lagi la sampai kalau check kolestrol, timbang berat memang melambung naik hehehe
Jom Umi share resepi mudah dan ringkas untuk hidangan raya Aidil Adha kami yang membuat mak tersenyum lebar sebab menepati citarasa dia la tu.
1. Gulai Daging Utara
Anggaran masa memasak : 45 minit
Bahan-bahan:
1 kilo daging pejal atau batang pinang
6 sudu rempah daging cap O ( kat Utaqa mmg cukup popular)
3 sudu kerisek
2½ cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 tangkai daun kari
Bahan untuk ditumbuk/dikisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara penyediaan:
Nota:
3 Menu Utama Hidangan Hari Raya |
Bahan-bahan:
1 kilo daging pejal atau batang pinang
6 sudu rempah daging cap O ( kat Utaqa mmg cukup popular)
3 sudu kerisek
2½ cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 tangkai daun kari
Bahan untuk ditumbuk/dikisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara penyediaan:
- Daging yang dipotong kecil, dibasuh dan dimasukkan dalam besen, campurkan rempah, digaul biar sebati dan mesra.
- Masukkan minyak didalam periuk, tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan daun kari hingga kekuningan.
- Masukkan daging dan santan cair, dikacau dan biarkan dengan api sederhana. Kena kerap dikacau takut rempah melekat di periuk.
- Akhir sekali masukkan santan pekat dan kerisek, dikacau hingga sebati
- Bila kuah dah mendidih, tutup api dan masukkan garam secukup rasa
Nota:
- Umi menggunakan rempah Mak Siti untuk resepi dan selalunya Umi guna rempah ikan bukan rempah daging sebab bahan dalam rempah daging tu bau terlalu kuat datang dari kulit kayu manis.
- Untuk melembutkan daging, boleh tumbuk buah keras dan dimasak bersama daging dan ada beberapa cara lain antaranya guna daun betik, batang pisang, daun nangka, air tebu dll. Umi guna buah keras sebab ni yang paling mudah dan pasti ada di dapur
2. Rendang Ayam
Bahan A
1 ekor ayam - dipotong saiz sederhana
2 kg santan
3 sudu kerisek
3 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit, dihiris halus
3 helai daun limau purut (optional)
Garam secukup rasa
Bahan B - dikisar
10 ulas bawang merah
2 labu bawang putih
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 batang serai
2 inci lengkuas
Bahan C - dikisar
20 tangkai cili kering, dibuang biji
10 tangkai cili api
Cara membuatnya
- Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau wangi dan masukkan bahan C (cili kering dan cili api kisar), tumis sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan santan, masak sehingga keduanya mesra. Masak dengan api sederhana.
- Masukkan kerisek, garam dan sedikit gula serta asam gelugur, kacau dan biarkan direnih.
- Akhir sekali taburkan daun kunyit yang dihiris. Masak sehingga kuah menjadi pekat, kering dan pecah minyak. Siap!
3. Kuah Kacang Istimewa Mak
Anggaran masa memasak : 30 minit
Bahan-bahan:
1 kg kacang tanah
1 keping gula gerek / gula melaka
1 mangkuk kecil air asam jawa
3 sudu kerisek
garam secukup rasa
udang kering (optional)
3 cawan air
Bahan untuk dikisar
20 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
5 biji cili api (kalau nak pedas, tak letak pun tak pe)
15 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
3 inci lengkuas
5 batang serai
1 inci belacan
Cara Penyediaan:
- Goreng kacang tanah dalam kuali tanpa minyak, digoreng hingga masak tapi jangan hangit pulak. Angkat dan sejukkan, buangkan kulit dan dikisar kasar atau ditumbuk.
- Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar. Goreng sehingga masak dan pecah minyak.
- Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Pastikan api sederhana dan dimasak sehingga mendidih.
- Masukkan gula melaka, air asam jawa dan kerisek. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.
Nota :
- Kuah kacang akan nampak masak bila kita nampak pecah minyak dan agak mengambil masa untuk kacang sebati dan masak dengan betul.
- ada yang suka kacang dikisar kasar dan ada yang suka halus atau boleh jugak kalau beli kacang yang telah siap dikisar cuma kalau kurang bernasib baik, kacang kisar tu kurang baik dan berpasir
6 Comments
Ketiga tiganya nampak sedap sangat kak fuzy 😍
ReplyDeleteTiga2 ni antara menu kegemaran keluarga PC....baik belah PC atau belah suami...lagi banyak kali diperangat lagi sedap...makan dengan lempeng...tak pun roti....
ReplyDeleteWahhhh.. sedap :)
ReplyDeleteSEDAPNYA SEMUA HIDANGAN RAYA..DH LAMA TAK CICAH KETUPAT DGN GULAI DAGING
ReplyDeleteGulai daging utara tu nampak sedap..
ReplyDeleteSedapnya tengok tiga2 makanan ni.. Terliur la pula..
ReplyDeleteTerima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!
Thanks for the visit, appreciate your positive comments!