Bayar Zakat Dan Menangi 60 Hadiah Menarik !

Siapa dah berzakat? siapa dah berdaftar membayar zakat secara atas talian? Sekarang ni pelbagai kemudahan tersedia buat kita antaranya pembayaran zakat diatas talian tanpa perlu kita ke kaunter bayaran dan beratur panjang, hanya dihujung jari kita.

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) telah melancarkan satu kempen khas bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my. Portall PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf yang mana pembayar zakat boleh membuat pembayaran zakat secara online bila-bila masa dengan mudah dan cepat.

Dalam menggalakkan perlaksanaan kewajipan berzakat menerusi portal ini, PPZ-MAIWP telah mendapat tajaan daripada SeriGroup Global Sdn Bhd yang menaja 20 hadiah menarik setiap bulan untuk dimenangi pada setiap bulan sepanjang bulan Ogos, September dan Oktober 2018 dengan jumlah keseluruhan bagi 60 pemenang apabila mereka membuat pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP.  Kesemua hadiah bagi ketiga-tiga bulan tersebut akan disampaikan kelak pada  Karnival Zakat pada 1 Disember 2018.


Antara objektif kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyaii keuntunga di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun berkerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.




Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP  dan turut dihadiri oleh Puan Noradzura Podzi, Pengarah SeriGroup Global Sdn Bhd dan Encik Muhammd Khalif Samsudin, Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn Bhd

PPZ-MAIWP sedang mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar dapat menarik minat lebih ramai pembayar yang akan membayar melalui Portal PPZ-MAIWP. Pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta.



SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN :
Pembayar hanya perlu membayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP - www.zakat.com/kempen dalam tempoh kempen bermula 1 Ogos 2018 - 31 Oktorber 2018.

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan dapat menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agaar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar


" PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat "

Jom bayar zakat : www.zakat.com.my
Talian zakat : 1300 88 5757

BERZAKAT MEMBAWA BERKAT

Post a Comment

4 Comments

  1. mudah sekarang ada sistem online zakat kan

    ReplyDelete
  2. lepas ni dah takde alasan untuk tak membayar zakat. semoga makin byk bantuan utk asnaf di wilayah persekutuan nnt :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Bagus perkongsiannya..

    ReplyDelete

Terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! Kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah. Komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!